}

Jom Click beramai2.. ~wink~

 Baby Birthday Ticker Ticker

Ammar Jr.

 Baby Birthday Ticker Ticker

Friday, March 4, 2011

Saya Mahu iPad Dari Blog MySuperKids 4

Waaa... banyak entry hari ni...

Sebab semangat mau Ipad..heheh

No..no.. sebab malam tadi dapat ilham masa pump susu ammar.

Pukul 3 pagi ilham datang mencurah2. Nak buat terus.. x larat la plak.

So, arini pulun la. Sambil2 setup 7 bijik pc baru sampai ni.

Kali ni plak aku mau jadi macam WATI.

Saper WATI?

Haaa... ini la WATI

Aku sgt envy (dari segi positif la) sama ini WATI.

Kedua2 princess Q dia sangatla bijak..genius. And hasil didikan Wati.

Tapi cara wati agak relaks, enjoy and sempoi.

Usaha dia berjaya. Ooo.. aku pun mau jadi macam dia.

Aku cuba ikut cara dia. Tak banyak..tapi aku usaha.

Tetiap kali aku balik jumpa Ammar.. aku praktikkan aper yang aku baca dari blog WATI.

Aku turut berkongsi ilmu yang aku dapat ngan encik usrule.

Wati x kedekut ilmu. DIa banyak berkongsi tip dan ilmu. Cara dia tulis blog pun sempoi jek.

Rasa macam kengkawan jek.

Entry terbaru, little Q dah boleh baca LR ketika 10 bulan.

Sgt terharu baca entry tersebut.

Aku mau ammar cepat membaca. No..no.. bukan mau ammar jadi genius. Genius tu tidaklah. Tapi aku mau ammar cepat pandai membaca agar ammar dapat menikmati ilmu yang banyak didunia ni. Membaca tu kan bagus. Agar ammar boleh tahu kenapa, mengapa dan apa bila dia ingin tahu jawapannya. Biar dia mengeksplore sendiri dunia ilmu yang terbentang luas ni. Kalau selepas tu dia mau jadi genius.. aku support. Tapi aku x mau dia terlebih advance..sehingga hilang dunia kanak2 dia..hilang dunia remaja dia.

Dan kalau boleh aku x mau memaksa Ammar seperti mana mummy and daddy zaman sekarang yang dah antar anak ke sekolah seawal umur 2 tahun. Kalau sekolah utk berkawan and bersosial..aku Ok jek. Tapi ni sekolah memang utk kanak2 tu berlajar. Kelas music la, art la etc la. Come on la. Nanti muak plak budak tu. Dia ader bertahun2 lagi untuk berlajar. 

Maybe org akan kata, kalau x antar dari awal..anak ko ketinggalan. Zaman sekarang semua org advance. Ye..saya tau. Tapi boleh x ko imagine kan budak kecik sepatutnyer enjoy hidup dia sebagai budak kecik. Contoh yang Wati tulis dalam blog dia, anak2 dia still have fun walaupun berlajar dari awal. Itu yang aku mau.
Sangat suka tgk princess Q. Auww..so cute..(ini selingan saje ye)

Dulu aku selalu bandingkan perbezaan sistem pendidikan di Malaysia dan di barat. Di sini kita terlalu berorentasikan exam. Kalau sedara mara balik sure tanya, anak ko dapat no. baper?. Anak si polan dapat no 1. Anak si polan yang lain dapat no 30.. lalu dijuihkan bibir. Tak pun..terdengarlah emak2 berkata " nanti ikut macam anak si polan ye.. dapat no 1". Haaa..tengok!!

So.. x mau tulis panjang2. Kesimpulannya aku harap Ammar akan berjaya dalam hidup dia. All rounded. Bukan hanya pelajaran dia sahaja. Yang penting dia menikmati hidup tanpa menyesal. Dan semoga menjadi anak yang soleh. Aku dan encik usrule akan cuba sediakan yang terbaik untuk dia (yang terbaik dari kaca mata kitaorg la kan)..amin



Artikel ini ditulis sebab saya mengidam iPad percuma MySuperKids. Sertai Bengkel Adsense di lamanweb buat duit online & mulakan gaya hidup sihat dengan vitamin semulajadi ShakleeTrialPack




2 comments:

nur said...

SETIAP IBU PASTI NAK YANG TERBAIK BUAT ANAKNYA..

JOM KE: ALL IN ONE
GOOD LUCK

MyRule said...

Yup..betul tu