}

Jom Click beramai2.. ~wink~

 Baby Birthday Ticker Ticker

Ammar Jr.

 Baby Birthday Ticker Ticker

Monday, December 22, 2014

POWER OF DOING GOOD

Aritu ada 5 ekor anak kucing kat depan rumah ni. Entah sapa la buang. Dah besau skit..bukan baby merah lagi. Jadi bila domokss nampak anak2 kucing yang comel ni..maka bertempiaran diorang berlari kejar anak2 kucing tu. Mummy dia?? hahaa..mummy dia larik nyorok belakang sliding door coz mummy dia memang x suka kucing :P

Ok..aku kata ngan diorang boleh tgk aje..!! Aci x? memamg x la kan diorang nk tengok. Peluang depan mata daaa.

Memang si Ammar buat macam kawan dia la. Lepak sama2..borak..bercerita. Tak tau la kucing tu faham ke tak. Tapi aku ckp ngan dia kena buat baik ngan kucing..eh! bukan kucing je..semua binatang la.

Ok..nak citer Power of doing good by Pirate and Princess: POWER OF DOING GOOD. Boleh main-main kat sini tau http://www.disneyjuniorpowerofdoinggood.com/  Boleh ajak anak2 sekali. Sangat menarik.

Kitaorg tengah cuba nak register ni..ada error skit. Nak buat aktiviti Ammar akid dan kucing2 nya. Sesuai la tu untuk umur diorang kan. Lagipun dioarang kan suka kucing.

Kat bawah ni ada info details..jom mak2 bapak2..cuti sekolah ni kan





DISNEY JUNIOR LANCARKAN LAMAN WEB INTERAKTIF BARU -
‘PIRATE AND PRINCESS: POWER OF DOING GOOD’

URL:
BILA: 
Bermula 9 Disember 2014
APA: 

Kempen ‘Pirate and Princess: Power of Doing Good’ Disney Junior bertujuan memperkenalkan kepada kanak-kanak yang berusia antara 2-7 tahun idea dan nilai-nilai cinta terhadap - alam semulajadi, haiwan dan saling bantu-membantu. Kempen ini juga akan memperkasakan kanak-kanak prasekolah untuk turut serta dalam aktiviti sukarela yang digalakan ibubapa dan disokong oleh masyarakat.  
“Kami mengharap kekuatan cerita dan watak kami boleh memberi inspirasi kepada kanak-kanak untuk membayangkan dunia yang lebih baik dan membantu mereka memahami, melalui setiap langkah prihatin terhadap persekitaran dan komuniti, yang mereka berpotensi membuat perubahan positif terhadap dunia ini. Kempen “Power of Doing Good” di Disney Junior memperkasakan kanak-kanak dan keluarga mereka dengan maklumat dan peluang untuk bekerjasama dengan kawan-kawan, keluarga dan komuniti mereka untuk meninggalkan kesan positif kepada alam sekitar mereka. Kami berterima kasih kepada rakan-rakan kempen kami – WWF (World Wide Fund for Nature), SPCA Singapura dan Selangor, dan Majlis Alam Sekitar Singapura – di atas sokongan mereka,” kata Natasha Malhotra, Pengurus Besar, Branded Media and Content,  Walt Disney Company Asia Tenggara.     
"WWF gembira menyokong kempen “Power of Doing Good” Disney Junior. Kanak-kanak perlu belajar dari usia muda lagi untuk mengambil berat terhadap alam sekitar, haiwan dan masyarakat. Ini akan banyak membantu dalam memupuk generasi yang lebih bertanggungjawab dalam membentuk planet yang sihat," kata Elaine Tan, Ketua Pegawai Eksekutif, WWF Singapura.
Watak popular Disney Junior Jake (dari Jake and the Never Land Pirates) dan Sofia (dari Sofia the First) akan menjemput kanak-kanak dalam pengembaraan yang memperkasakan diri melalui kempen ‘Power of Doing Good’.

BAGAIMANA:
Ibubapa perlu memuat-turun senarai aktiviti-aktiviti menyeronokkan dari laman web - www.disneyjuniorpowerofdoinggood.com yang berasas dari empat tema  – Komuniti, Haiwan, Alam Sekitar dan Penceritaan. Sijil dan lencana penghargaan online akan diberikan kepada mereka yang telah berjaya menyempurnakan semua aktiviti dan belajar etos berbuat kebaikan. Selain itu, kanak-kanak dan keluarga mereka akan berpeluang membuat “power promises” (janji berbuat baik) online.

Thursday, November 6, 2014

DUGROSTAR FINALE SUNWAY PYRAMID

Salam semua.. arini ada masa sikit, marilah kita upload blog secara berjemaah :)

Ok..masih nak bercerita pasal DUGROSTAR FINALE yang diadakan di Sunway Pyramid hari Sabtu lepas. Mula2 memang plan nak gi satu family. Ngan encik usrule and the domokss. Tapi apakan daya ada hal lain la plak, So, kitaorg bahagi dua. Aku bawa Hanin gi Dugrostar Finale, Encik usrule bawa the domokss hehe. Giler adil kan. So, kira girl's day out and boy's day out la kan.

Pagi Sabtu tu kitaorang banyak hal nak kena settle. Balik rumah untuk makan je jap. Pastu siapkan Hanin and terus shoot ke Sunway Pyramid. Berdua ok! Tabah giler. First time bawa Hanin sorang2 kuar dari Shah Alam. Tapi kalau ikutkan rekod Hanin so far, dia memang suka jenjalan..naik kereta.

Sepanjang dalam kereta dia senyap je. Takder bunyi. Sampai je kat Parking terus dapat parking. Pastu dekat ngan escalator and lift plak tu. Then terus turun bawah since parking kat atas and event tu kat lower ground. Eh! tetiba je..turun je terus sampai kat event tu.Alhamdulillah. Memeang mudah sesangat. Kalau camni, memang nak jenjalan berdua ngan Hanin.

Dari escalator tu namapak mainan kat bawah ni..


Adusss...rasa sayang plak the domokss takde...huhu.. Tetap ingatkan anak2 gak.


Pemenang 
Ashley Yong Hui Jing, 4y old, Dancing
Vincy Kong Yun Sim , 5y Old, Singing
Cindy Lim, 5y Old, Played the piano


 

Judges
Ruth Liew, Director of Malaysian Child Resource Institute and Child Develomentalist
Elza Irdalynna, Actor, Producer, Speech/drama Instructor at BluBricks
Nur Diyana Hashim, Radio DJ and Instructor at BluBrick




Supporter


Drawing Contest









Antara aktiviti untuk anak2





 Dugro Dance..



Hanin...budak paling sporting heheh

Sangat best..bakat masing2 memang tak boleh blah. Dapat2 yang menari. Selalu terkagum ngan org2 yang pandai menari ni.

So, pada sesiapa yang nak tengok finale ni, masih ada lagi. Weekend ni kat IBorneo Sabah dan di Mahkota Parade Melaka. Jom datang. Jangan lupa tau :)


 DUGRO® MENGANJUR MAJLIS PENGHARGAAN BAKAT KANAK-KANAK TERBESAR DI MALAYSIA PADA TUJUH PERTANDINGAN AKHIR DUGROSTAR™ DI SELURUH NEGARA!
Peringkat Finale Lembah Klang Menyaksikan 40 Kanak-kanak Dinobatkan Sebagai Bintang dalam Dugrostar™ 2014 yang Julung-julung Kali Diadakan

Dugrostar™, wadah seni persembahan pertama yang dianjurkan oleh Dugro®, mengadakan siri persembahan peringkat akhir yang mempamerkan bakat luar biasa kanak-kanak dari seluruh Malaysia.  Seramai 6,381 kanak-kanak tampil menunjukkan potensi dan kreativiti mereka dalam nyanyian, tarian dan bermain alat muzik sejak kempen Dugrostar™ dilancarkan pada bulan Ogos.

Dicipta untuk mendorong kanak-kanak mencungkil potensi diri mereka sepenuhnya, Dugrostar™ merupakan pengiktirafan terbesar Malaysia kepada bakat kanak-kanak. Ia berakhir dengan tujuh pertandingan akhir yang diadakan di tujuh negeri dengan hadiah wang tunai melebihi RM175,000 yang diberikan kepada seramai 280 kanak-kanak di seluruh negara.
Tempat
Tarikh
KB Mall, Kelantan
24-25 Oktober 2014
Plaza Merdeka, Sarawak
31 Oktober-2 November 2014
Sunway Pyramid, Selangor
31 Oktober-2 November 2014
1Borneo, Sabah
8-9 November 2014
Mahkota Parade, Melaka
7-9 November 2014
KSL Mall, Johor Bahru
7-9 November 2014
Queensbay Mall, Pulau Pinang
13-16 November 2014

Pada peringkat finale di Lembah Klang yang diadakan di Sunway Pyramid, seramai 40 kanak-kanak telah dinobatkan sebagai bintang Durgostar™ kerana semangat, minat, tenaga dan bakat yang telah ditonjolkan semasa persembahan mereka, yang telah mencuri hati orang ramai dan juga para juri. *Sila rujuk senarai 40 finalis yang dilampirkan. Untuk setiap lokasi, tiga pemenang hadiah utama menerima hadiah wang tunai masing-masing berjumlah RM5,000, RM3,000 dan RM1,000 di samping piala kejohanan, manakala finalis lain menerima hadiah sagu hati.

“Pakar perkembangan kanak-kanak percaya bahawa seni persembahan mempunyai kesan yang positif ke atas kanak-kanak, seperti meningkatkan keyakinan dan disiplin diri, serta menambahbaikkan kemahiran bahasa dan sosial mereka. Inilah sebabnya mengapa Dugrostar™ diwujudkan, iaitu supaya kita boleh menggalakkan kanak-kanak sedari usia muda dan memberikan mereka peluang untuk mengembangkan kemahiran dan sikap sepanjang hayat,” kata Cik Connie Ang, Pengarah Urusan, Danone Dumex Malaysia. “Kami juga memahami kebanggaan setiap ibu bapa terhadap anak mereka dan kami amat gembira kerana ramai ibu bapa mengambil peluang ini untuk meraikan kualiti bintang yang ada pada anak mereka dan berkongsinya dengan orang ramai.” 

Finale Dugrostar™ juga menonjolkan persembahan menarik daripada kanak-kanak dan promosi serta aktiviti di atas pentas dan gerai untuk disertai keluarga yang berkunjung, misalnya Dugrostar™ Step, Dugrostar™ Beat, Dugrostar™ Style dan aktiviti mengambil gambar keluarga. Pada masa yang sama, bagi mereka yang tidak sempat mendaftar, mereka masih boleh membuat persembahan di gerai video Studio Dugrostar™ dan berpeluang memenangi hadiah menarik yang lain!

Panel juri Dugrostar™ dan penasihat kempen terdiri daripada pakar kanak-kanak seperti Cik Ruth Liew, Pengarah Institut Sumber Kanak-kanak Malaysia dan Pakar Perkembangan Kanak-kanak;   En. Zaid Mohamad, Kolumnis, Penulis Buku Terlaris, Perunding Keibubapaan; Cik Elaine Yong, Pakar Psikologi Perkembangan dan Pensyarah di Jabatan Psikologi di Universiti Sunway; dan profesional seni persembahan dari Blubricks, sebuah pusat pertuturan dan drama terkemuka yang diketuai Encik Az’farr Baginda, Pengamal Teater, Pendidik dan Pengetua Blubricks.

Dugro® adalah jenama susu formula untuk kanak-kanak membesar. Inovasi terbarunya, Dugro® dengan 5 Nutri, membantu menyokong tumbesaran pelbagai dimensi keseluruhan pada kanak-kanak yang termasuk lima aspek tumbesaran utama, iaitu minda, tulang, imuniti, penghadaman dan kecergasan.

Untuk maklumat lanjut tentang Dugro® dan Dugrostar™, layari www.dugro.com.my atau hubungi Dumex CareLine di 1-800-38-1038.

Mengenai Danone Dumex
Danone Dumex (Malaysia) Sdn Bhd ("Danone Dumex") adalah pakar dalam pemakanan kanak-kanak dan memasarkan rangkaian produk pemakanan kanak-kanak yang inovatif, terbukti dan berasaskan sains. Danone Dumex adalah sebahagian daripada DANONE, sebuah syarikat antarabangsa yang beroperasi di kesemua benua. Kumpulan ini berada di tempat teratas dalam industri makanan sihat melalui empat perniagaannya: Produk Tenusu Segar, Nutrisi Awal Kehidupan, Air dan Nutrisi Perubatan. Misinya ialah untuk memberi kesihatan melalui makanan kepada seramai orang yang mungkin. Danone mempunyai lebih 190 loji pengeluaran dan kira-kira 104,000 pekerja. Disenaraikan di Euronext Paris, Danone merupakan saham komponen indeks tanggungjawab sosial utama termasuk Dow Jones Sustainability Indexes, Vigeo dan Ethibel Sustainability Index. Danone Dumex juga diletakkan pada kedudukan nombor 1 dalam indeks ATNI 2013.

Untuk maklumat lanjut mengenai Danone Dumex, sila layari www.dumex.com.my.

Tuesday, October 21, 2014

DUGROSTAR - FINALE


Salam semua.. Kali ni nak cerita pasal finale Dugrostar plak. Boleh refer kat bawah ni, ada senarai tempat dan masa. Kalau macam kitaorang paling dekat sekali kat Sunway Pyramid la. Yeahh! ada alasan nak gi shopping :)

Sape2 yang free, jom kita pergi ye. Bawa anak2 sesekali. Macam2 aktiviti menarik..sesuai untuk satu family.

DAN LAGI BEST ADA HADIAHHHHH :)

Nak register lagi pun boleh..mana tau..bakal bintang yang menyerlah adalah anak anda..ye mana tau kan..bakat tersimpan. JADI...apa lagi..siap sedia dari sekarang tau. Jangan malu2...heheh


Haa..selain tu, kita ada special skit... Saper nak tengok video Ammar Hafiy joget tarian Dugrostar? Hahaha..puas mummy tunjuk ajar sifuuu..tapi takdernyer...camtu gak yang dia joget. Nak gelak guling2 pun ada..tapi sebab anak sendiri..redha je la.. :)










Kalau nak tengok video Link dia kat sini





FAKTA-FAKTA DUGROSTAR™


·         Raikan kualiti bintang kanak-kanak dengan Dugrostar™, iaitu platform seni persembahan mengujakan anjuran Dugro®, jenama susu formula untuk kanak-kanak membesar. Pertandingan ini bertujuan untuk mendorong kanak-kanak mencungkil potensi diri mereka sepenuhnya dan mempamerkan bakat mereka kepada seluruh negara!


·         Kini, seramai dua ratus lapan puluh (280) finalis muda akan disenarai pendek untuk peringkat seterusnya yang melibatkan persembahan langsung di tujuh pusat membeli-belah di seluruh Malaysia yang akan diadakan dari 24 Oktober hingga 16 November. Di setiap lokasi, pemenang Hadiah Pertama, Kedua dan Ketiga bagi setiap kategori umur akan memenangi hadiah yang hebat, manakala kesemua finalis akan menerima hadiah menarik sebagai tanda penghargaan di atas hasil usaha mereka!


Venue
Date
KB Mall, Kelantan
24-25 Oktober 2014
Plaza Merdeka, Sarawak
31 Oktober-2 November 2014
Sunway Pyramid, Selangor
31 Oktober-2 November 2014
One Borneo, Sabah
8-9 November 2014
Mahkota Parade, Melaka
7-9 November 2014
KSL Mall, Johor Bahru
7-9 November 2014
Queensbay Mall, Pulau Pinang
14-16 November 2014
·       

        Program di pusat membeli-belah, yang dijadualkan setiap hari 10.00pagi-10.00malam, juga termasuk promosi yang menarik, pelbagai aktiviti-aktiviti seperti Langkah Tarian Dugrostar™, Beat Dugrostar™, dan aktiviti mengambil gambar sekeluarga serta booth video Dugrostar ™ dimana anak anda masih boleh mendaftar untuk menyertai kempen ini dan memenangi hadiah-hadiah menarik yang lain!

·         Untuk maklumat lanjut tentang Dugro® dan Dugrostar™, layari www.dugro.com.my atau hubungi Dumex CareLine di 1-800-38-1038.


Datang...Jangan tak datang!

Tuesday, September 30, 2014

Flexworklife.my

Ok..ni ada berita baik buat mak2 yang berhenti kerja sebab nak jaga anak sendiri kat umah, tapi x mau ilang skill, nak buat duit poket gi shopping or nak keja yang flexi masa dia..tak pun nak cari co. yang mother n baby friendly. Haaa..boleh try kat sini www.flexworklife.my

Actually benda ni baru lagi, so tak banyak lagi co. yang join. Tapi takpe, korang boleh usha2 dulu. Mana yang sesuai, boleh apply. Pastu yang menarik ada article and rujukan untuk mak2 yang nak keja balik ni. Ada link2 yang menarik utk kita baca.

Ni pun aku tau masa gi JJ avent, ada sorang ni dtg approach and promote website ni. Siap bagi pamplet lg. Aku apa lagi..memang happy la sebab keinginan nak keja balik tu ada, tapi memandangkan Hanin kecik lagi and susah nak cari orang yang sesuai, so pendamkan je la.

Ok..gi tengok tau...daaa...


Friday, September 26, 2014

Jom jadi DUGROSTAR!

Halllooo..



Dugrostar??  eH..bukan untuk mak2 ye..ni untuk anak2 je yang berumur 4-12 tahun. Mana la tau anak2 ada bakat terpendam kan? Apa lagi..jom la join :)

Kat bawah ni si Ammar sudah dress up bagai star. Ni je la yang mampu mummy dia buat ok. Dengan si Akid nangis nak spec mata tu..melalak kat belakang..ngan si Ammar nak terbang jadi burung..ffitammm mak dia muahaha



Akid: Let my brother be a Dugrostar Mummy...let him be so much more.. :)
Mummy : Ok my boys...let celebrate his talent -wink-

Nanti nak upload gambar ni kat FB..

Ok jom..sape nak join tu boleh register kat www.dugro.com.my pastu nanti masukkan KOD bawah ni ek masa register. Letak kat KOD RUJUKAN VIDEO.

HH0025


FAKTA-FAKTA DUGROSTAR™


·         Dengan Dugrostar™, setiap kanak-kanak berpeluang menjadi bintang! Peluang ini terbuka kepada kanak-kanak dalam dua kategori berasaskan umur: tiga hingga enam tahun dan enam tahun lebih hingga 10 tahun. Peserta dalam setiap kategori umur boleh menyertai dalam tiga segmen ini – menyanyi, menari, bermain alat muzik atau gabungan kesemua bakat ini, serta membuat persembahan secara individu atau berkumpulan sehingga seramai enam orang.

·         Dari sekarang hingga 12 Oktober, sertailah ibu bapa di seluruh Malaysia untuk menonjolkan bakat istimewa anak mereka dengan menyertai peluang yang unik ini. Ibu bapa boleh mendaftarkan anak mereka dalam tiga cara:

                                                              i.      dengan memuat naik video persembahan anak mereka di www.dugro.com.my  ;
                                                            ii.      dengan mengunjungi siri jelajah terpilih di seluruh negara di mana rakaman langsung boleh dibuat di Gerai Rakaman Dugrostar™; atau
                                                          iii.      dengan menyerahkan borang pendaftaran yang telah lengkap diisi bersama rakaman persembahan anak mereka dan menghantarkannya ke alamat yang dinyatakan pada borang pendaftaran. 

·         Penyertaan dalam Dugrostar™ adalah percuma tanpa memerlukan bukti pembelian!

·         Kanak-kanak juga boleh menikmati koleksi eksklusif barangan Dugrostar™ dengan pembelian Dugro® bungkusan 900g dalam tempoh kempen, seperti beg piano atau gitar, jaket eksklusif dan jam tangan, serta banyak lagi!

·         Untuk maklumat lanjut tentang Dugro® dan Dugrostar™, layari www.dugro.com.my atau hubungi Dumex CareLine di 1-800-38-1038.




Wednesday, September 17, 2014

ARE YOU CARING FOR HIS SKIN THE RIGHT WAY?

Salam Semua..

Kembali lagi. Lama betul tak update blog. Masa memang cemburu kat kita hehe. Sebenarnya mood nak berblog ada, tapi apa kan daya, memang tak dan nak buka komputer. Buka je..ada lah budak domokss dua orang datang hulur2 jari jemari diorg :)

Baru-baru dapat jemputan untuk join Johnson's Baby punyer event kat OU. Memang excited nak join. Tajuk dia macam tajuk kat atas tu. Ada talk and ada juga sesi main2 urut ngan Baby Hanin. Tu yang nak sebenarnya. Actually masa  Ammar dulu dapat gak jemputan, tapi tak dapat gi sebab ada kenduri arwah datuk Encik Usrule. Masa tu memang sedih la tak dapat join. Masa dapat je jemputan yang ni, terus hint kat Encik Usrule. Pastu terfikir plak nak ajak adik aku. Jadinya masa hari kejadian tu hanya aku, Baby Hanin n adik aku je join. Encik Usrule dok umah jaga Ammar and Akid ;)





Masa talk tu ada dua orang doktor iaitu Dr. Aileen Wee dan Dr. Yap Hsiao Ling dan tak lupa gak pelakon pengacara yang cun ok Dynaz. Masing2 cerita pengalaman dan pengetahuan mereka.

Apa yang kita perlu tahu?

Memahami dan Menjaga Kulit Bayi dengan Cara yang Betul:

Memahami dan Menjaga Kulit Bayi dengan Cara yang Betul:


     ·         Kulit bayi adalah 30% lebih nipis daripada kulit orang dewasa, dan kehilangan air lebih cepat dalam 12 bulan pertama kehidupannya.

·         Produk penjagaan kulit khusus untuk bayi yang betul amatlah penting pada bulan pertama kehidupan bayi kerana kulit bayi lebih mudah mengalami kekeringan, kerengsaan dan jangkitan dalam tempoh ini.

      ·         Walaupun penting untuk tidak menggunakan sabun yang kuat kerana ia boleh merosakkan lapisan pelindung kulit bayi, menggunakan air sahaja tidak memadai. Berdasarkan penyelidikan oleh Johnson’s® Baby, bayi yang dibersihkan menggunakan Johnson’s® Baby Top to Toe Wash tidak menunjukkan sebarang perbezaan dalam beberapa penunjuk utama apabila dibandingkan dengan bayi yang dibersihkan menggunakan air sahaja. Ini menunjukkan bahawa Johnson’s® Baby Top to Toe Wash lembut pada kulit seperti air.

·         Adalah penting untuk membersihkan muka, leher, tangan dan punggung bayi anda dengan teliti setiap hari.

·         Lebih penting lagi untuk mengkaji semula produk dari perspektif kelembutan dan keselamatannya dan juga bukti saintifik daripada semata-mata bergantung pada label yang mengatakan ia ‘semula jadi’ atau ‘organik’.

·         Memilih pembersih yang tepat untuk bayi anda, terutama dalam beberapa bulan pertama selepas kelahiran, dapat membantu menghalang kerosakan kulit yang sukar dipulihkan seperti kemerahan dan kegatalan, kekeringan, mengelupas dan kasar serta rasa tegang selepas mencuci.

·         Tidur yang nyenyak pada waktu malam memberi perbezaan yang besar dalam pembawaan bayi apabila dia bangun! Inilah sebabnya mengapa rangkaian produk Johnson’s® Baby Bedtime dihasilkan, dengan rumusan unik untuk membantu merelakskan bayi, dengan itu memudahkan mereka tidur nyenyak pada waktu malam. Harumannya yang unik dan bahan-bahan yang lembut daripada pati Natural Calm™, yang terdapat dalam seluruh rangkaian produk yang terdiri daripada mandian, losyen, minyak dan bedak.  Paling penting, Johnson’s® Baby juga mempunyai rutin yang terbukti secara klinikal untuk membantu bayi tidur lebih nyenyak yang akan ditunjukkan sebentar lagi!

Beberapa Petua Penting mengenai Penjagaan Kulit Bayi:

·         Pertama sekali, pilih produk penjagaan kulit yang betul yang dirumus khas sebagai selamat dan lembut untuk bayi.

·         Selepas mandi, sapukan losyen atau minyak urut pada kulit bayi untuk mengekalkan lembapan di dalam kulit bayi.

·         Adalah penting untuk sentiasa berwaspada dengan sebarang petanda kerengsaan kulit, terutama pada lipatan kulit seperti leher, bahagian dalam siku dan di belakang lutut di mana kotoran, peluh atau lembapan berlebihan boleh terperangkap. Sebarang ruam hendaklah segera dirawat untuk mengelakkannya daripada menjadi bertambah teruk. 

·         Ibu-ibu juga boleh menolong mengurangkan pendedahan bayi kepada perengsa dengan mencuci pakaian dan peralatan tempat tidur baru sebelum digunakan, menggunakan penghalau dan jaring nyamuk untuk mengelakkan gigitan serangga, dan menjauhkan bayi daripada matahari bilamana mungkin.





SSetiap produk Johnson's adalah selamat, berkesan dan lembut kerana telah diuji secara klinikal.
  Siap ada kuiz lagi. Dapatlah satu beg barang2 baby Johnson's. Memang suka and pakai dari kecik. So, memang takde prob la nak habiskan :)











  Kalau nak tau lebih lanjut, boleh gi kat www.johnsonsbaby.com atau