}

Jom Click beramai2.. ~wink~

 Baby Birthday Ticker Ticker

Ammar Jr.

 Baby Birthday Ticker Ticker

Monday, June 10, 2013

Baju tshirt muslimah untuk kanak-kanak



Cantik x? New design ok. Pastu ada untuk orang dewasa tau. Sama design and warna. Sesiapa yang nak pakai ngan anak sama2, bolehla beli.

Open for pre order :)

Ps: size s dan m, pakej ngan seluar sekali. Size L dan XL baju sahaja.

Kalau berminat, boleh whatsaap, viber or msg 0122850892. X pun gi tgk kat domoks garage kat fb ye :)

posted from Bloggeroid

Friday, June 7, 2013

Aku yang tak sabar...

Salam semua dan selamat petang Jumaat.

Perasan tak, aku jarang giler update blog kan. Kalau dulu sebab keja. Ya...keja yang banyak giler amik masa aku tu. Tapi ni dah resign pun still x berupdate blog? Haha...la ni busy dok mengejar domoks dua orang ni.

Tak yah nak cakap ok. Dedua sangat lah aktif. Anak korang active sangat x? Aku x tau la taraf keaktifan diorg ni normal ke tak. Tapi memang kadangkala sangatlah menguji kesabaran aku yang tak berapa sabar ni.

Ok..dulu kan, masa start jadi surirumah, masa akid baby lagi..aku selalu marah ammar. Bukan marah je, terrrjerit, tersuruh dia dok luar, terrrmacam2 lagi (ye..my bad). Sampai ammar tu kuat tantrum and menjerit. Sebijik macam aku. Aku ada blog pasal ni dulu. Bila aku dah tersedar, aku start belajar nak kontrol sabar.

And bila aku start keja aritu, domoks ni hantar kat rumah kak wi. Kak wi ni memanglah orang yang sgt penyabar. Dah la penyabar, cakap pun lembut je. Kontra giler ngan mummy dia ni haa.

Tapi bila dah tak keja ni, of coz la dah tak hantar domoks 2 orang ni kat kak wi kan. So, ini lah masa nak test balik kesabaran mummy dia ni. Betullah...aku ni memang tak sabar. Tiap kali lepas solat, doa agar dibagi kesabaran yang banyak untuk handle domoks. Korang doakan sekali ye.

Ok..kat atas tu intro je. Yang sebenarnya aku nak cite, tadi aku marah domoks. Haisshhh..yes, ilang sabar.

Citernye cani, tadi aku nak solat asar. Domoks memang tengah main2. Selalunye, kalau aku solat, aku akan letakkan 2 sejadah kecik n 2 kopiah kat sebelah aku. Ni memang untuk elakkan domoks mengacau. Tapi kekadang memang diorang akan kacau, terutama ammar.

Tapi, tadi dia sudah lebih. Masa aku rukuk, dia tolak2 kepala aku. First rukuk, aku diam je. Tapi dah x kusyuk la kan. Kena rakaat kedua dia buat lagi. Apalagi..hangin la mummy dia. Terus aku bangun, babap skit kat dia (ok...tindakan refleks sbb geram sgt) n suh dia and akid keluar bilik and tutup pintu bilik.

Apalagi..meraung la budak 2 orang tu terutamanyer ammar. Aku cool down n solat balik. Dengar ammar meraung kat luar. Lepas solat aku buka pintu. Dedua dtg peluk. Dengan hingus meleleh.

Pastu baring kat hall. Sorang ketiak kanan, sorang lagi ketiak kiri. Layan perasaan jap sambil dengar esakan ammar (rasa bersalah plak)

Bila semua dah cool, cakap2 ngan diaorg. Tapi tegas la. Last sekali, ammar cakap, minta maaf mimi. Huhu..sedih plak rasanyer. Terus gi buat susu dia.

Sesungguhnyer..daku ni, kesabaran senipis bawang huhu

posted from Bloggeroid