}

Jom Click beramai2.. ~wink~

 Baby Birthday Ticker Ticker

Ammar Jr.

 Baby Birthday Ticker Ticker

Sunday, September 27, 2015

Apa itu ITP

Copy dari sini https://www.nlm.nih.gov/medlineplus/ency/article/000535.htm



Trombositopenik Purpura Idiopatik (Idiopathic Thrombocytopenic Purpura - ITP) adalah sejenis penyakit darah yang jarang ditemui tetapi ia sangat serius kerana boleh menyebabkan pendarahan berpanjangan yang membawa kepada kematian.

Pesakit ITP akan mengalami bengkak dan pendarahan berlebihan. Dalam beberapa kes, pesakit mengalami pendarahan serius seperti di otak yang boleh membawa maut jika tidak dirawat segera.


Kekurangan Platelet
Seseorang dikatakan menghidap ITP apabila jumlah platelet dalam darahnya terlalu rendah iaitu kurang daripada 150,000 bagi setiap mikro liter. Jumlah normal platelet ialah antara 150,000 hingga 400,000 semikro liter.

Seseorang pesakit dikategorikan dalam kumpulan serius jika jumlah plateletnya kurang daripada 10,000 semikro liter. Jumlah platelet kebanyakan pesakit ITP ialah 30,000 semikro liter dan jumlah ini cukup untuk menghalang pendarahan.

Bagaimanapun reaksi badan pesakit terhadap keadaan kekurangan platelet ini berbeza.


Sistem Imun Musnahkan Platelet

Tiada siapa tahu penyebab sebenar ITP tetapi ia dipercayai berpunca daripada kecelaruan sistem imun badan. Dalam kes ITP, sistem imun menyerang dan memusnahkan platelet serta sel yang menghasilkan platelet (megakariosit) yang dianggap sebagai benda asing.

Sistem imun pesakit akan sentiasa memerangi dan memusnahkan platelet dan megakariosit sehingga jumlah platelet dalam badan pesakit menjadi terlalu kecil.

Keadaan ini menyebabkan pesakit berisiko mengalami lebam, pendarahan mukosa (lapisan sel yang melapik rongga dalam badan) dan dalam sesetengah kes teruk, berlaku pendarahan pada dalam tengkorak secara tiba-tiba.

Wanita Lebih Berisiko

Siapa yang terdedah kepada penyakit ini? Sesiapa saja. Ia boleh berlaku pada semua peringkat umur; biasanya kanak-kanakperempuan dan wanita muda lebih ramai mengalami penyakit ini (2 kali ganda) berbanding lelaki.

ITP pernah dianggap penyakit orang muda tetapi kini pakar perubatan mendapati ia lebih kerap menyerang orang berusia sekurang-kurangnya 60 tahun.

Kanak-kanak mudah mengalami IPT terutama selepas jangkitan virus seperti virus selesemaatau beguk. Begitupun keadaan mereka dikelaskan sebagai IPT akut; yang hanya berlaku pada ketika itu dan tidak berlanjutan sehingga dewasa. Pada kebanyakan kanak-kanak, ITP akan hilang sendiri dalam masa 2 hingga 8 minggu.

Jarang Ditemui

ITP adalah penyakit yang jarang ditemui dengan kelaziman 9.5 kes bagi setiap 100,000 orang. Di Malaysia, jumlah sebenar pesakit tidak diketahui tetapi dianggarkan seramai 2,500 orang dengan 500 kes baru setahun.

Jumlah kematian dalam tempoh 5 tahun ialah 2% bagi pesakit kanak-kanak dan 48% bagi pesakit dewasa. Risiko kematian akibat ITP pula dianggarkan 1.2% bagi pesakit berumur 40 hingga 60 tahun dan 13% bagi pesakit melebihi 60 tahun.


Tanda dan Gejala ITP

Antara tanda dan gejala ITP ialah :

* Lebam (akibat berlaku pendarahan pada salurdarah halus di bawah kulit pecah)
* Bintik merah atau ungu pada kulit (petekia)
* Bagi pesakit wanita, haidnya lebih banyak

Selain itu, pesakit ITP juga akan mengalami beberapa komplikasi seperti lebam, hidungberdarah, gusi berdarah terutama ketika rawatan gigi atau pendarahan lain yang sukar dihentikan. Pendarahan otak jarang berlaku tetapi boleh membawa maut.

Bukan semua pesakit ada tanda atau gejala ITP dan keadaan kekurangan platelet biasanya dikesan apabila mereka menjalani ujian darah bagi tujuan lain. Doktor biasanya mengesyaki pesakit menghidap ITP jika tiada masalah kesihatan lain dikesan. Pengesanan penyakit dilakukan berdasarkan sejarah perubatan pesakit, pemeriksaan fizikal, ujian darah dan bagi sesetengah kes mungkin memerlukan ujian sumsum tulang.

Oleh kerana ITP tidak mempunyai tanda dan gejala yang nyata, maka ia sukar dikesan jika tidak melakukan ujian darah. Antara pendekatan yang disarankan bagi pesakit yang disyaki menghidap ITP ialah :

* Pemeriksaan kesihatan menyeluruh
* Sejarah perubatan pesakit dan ahli keluarga
* Pemeriksaan fizikal
* Pemeriksaan paras immunoglobulin
* Pemeriksaan sumsum tulang
* Ujian kumpulan darah (Rh)
* Ujian langsung antiglobulin
* Ujian untuk jangkitan bakteria Helicobacter pylori, virus HIV


Rawatan

Sehingga kini tiada kaedah dikenalpasti yang boleh menyembuhkan ITP tetapi ia boleh dirawat dan jumlah platelet boleh ditingkatkan dengan pengambilan ubat. Antara kaedah rawatan yang digunakan sekarang ialah :

Ubat

Ubat seperti steroid dan immunoglobulin adalah ubat pertama yang akan diberikan kepada pesakit. Ia boleh membantu menambah jumlah platelet dalam darah dengan mengubah aktiviti sistem imun.

Bagaimanapun ubat ini mempunyai banyak kesan sampingan dan masalah boleh berulang. Pengambilan ubat steroid yang berpanjangan boleh menimbulkan banyak kesan sampingan seperti pertambahan berat badan, ciri sindromcushing (leher berlapis), kencing manis, tekanan darah tinggiosteoporosis, emosi tidak stabil dan cepat berubah, katarakglaukoma, risiko jangkitan meningkat dan haid yang tidak menentu.

Pembedahan pembuangan limpa (splenektomi)

Kebanyakan pembedahan dilakukan pada pesakit dewasa jika pengambilan ubat steroid tidak menampakkan sebarang kesan. Pembuangan limpa akan menghentikan kemusnahan platelet di dalam limpa tetapi pada masa sama, pesakit terdedah kepada risiko jangkitan sepanjang hayat mereka. Bagaimanapun risiko jangkitan ini boleh dikurangkan dengan mendapatkan vaksinasisebelum pembedahan.


Pilihan lain

Dalam sesetengah kes, pesakit ITP yang teruk dan boleh mengalami pendarahan yang mengancam nyawa mungkin memerlukan transfusi platelet dan perlu tinggal di hospital sepanjang rawatan. Walaupun jangka hayat platelet sangat pendek (akibat kesan antibodi antiplatelet), ia tetap diberikan kepada pesakit sebelum pembedahan.

Bagi individu yang mengalami masalah kekurangan platelet akibat jangkitan, rawatan untuk melawan jangkitan berkenaan boleh membantu menambah jumlah platelet dan mengurangkan gejala pendarahan.

Masalah Kekurangan Platelet

Selain ITP, isu kekurangan platelet adalah masalah besar dalam pelbagai kes yang dirujukkan ke hospital. Sekurang-kurangnya satu pertiga kes yang dirujukkan kepada pakar darah (hematologi) di hospital besar adalah berkaitan dengan kekurangan platelet.

Kira-kira 5 hingga 10% pesakit yang dimasukkan ke ICU berikutan masalah ini dan jumlahnya kini meningkat kepada 35%. Apa yang membimbangkan ialah kadar kematian pesakit yang kekurangan platelet lebih tinggi (2 kali ganda) berbanding pesakit lain.

Friday, September 25, 2015

Akid dan ITP

Lama betul tak update blog. Dulu2 sebab anak 3..memang tak dan la. Bila nak pgg laptop je, askar2 pun join skali hehe. So, at the end, memang tak siap la keja hehe.

Banyak betul benda nak cite. Dari citer Hanin setahun, percutian di Langkawi, citer raya dan now citer raya haji plak.

Cuma ada kesempatan nak cerita kami semua diduga pada bulan puasa aritu. Dugaan yang memang tak disangka. Dugaan yang memerlukan kami sekeluarga menjadi lebih kuat and tabah. Yang lagi mengeratkan ikatan kasih sayang kami. Cerita Akid Hadi disahkan mengidap ITP @

Idiopathic thrombocytopenic purpura.


Thursday, September 24, 2015

Masa bersama Play-doh

Ammar suka main mainan ais krim. (Baca: aiskrim adalah mainan tanah liat =play-doh). Jangan ditanya kenapa dia panggil aiskrim ok.

Kalau kitaorang keluar shopping, dia mesti berhenti kat bahagian play-doh. Tau lama dah, dia sgt berminat nak dapatkan set play-doh tu, sekali dengan acuan dia. Budak2 kan, dia tengok iklan. So aritu, dapat email untuk blogger..play-doh. Ok..peluang jgn ditolak hehe

Bila bagitau ammar, play-doh on d way, dia memang excited. Masa tu dia kat Melaka. Rupa2 nya bila sampai, bukan je dia sotang je yang tak sabar nak main. Si akid n hanin pun sama ;)










Behind the scene..memang kelam kabutla nak handle tiga orang ni. Yang abang nak buat camni..akid camtu..hanin plak lebih nak mengacau. Sgt havoc..boleh bayangkan tak? Tapi memang seronok. Suka aktiviti camni. Masing2 nak keluarkan idea. Pastu bila time nak bergambar..masing sibuk nak pose..hehe.


Ok..kalau korang berminat meh joint even #playdohmonth2015 kat bawah ni

Don’t forget to join us at the Play-

Doh Roadshow this coming 


Saturday, 26 September 2015 at 

10am, 1 Utama Shopping Centre, 

Highstreet New Wing.

Read more http://www.life-muses.com/2015/09/play-doh-shape-a-colorful-community.html

Jangan lupa tau

Thursday, May 28, 2015

Saya jual TUPPERWARE

Salam korang.. Tengok tajuk skit..kasi gempak. Direct je. Aku dah jadi ahli Tupperware and jual gak kat sape2 nak beli. Kasi harga baik punyer!

Pada sesiapa nak buat side income pun jom join. Kalau dah join n active, banyak dpt free je tau. Nak beli harga murah2 pun boleh. Nak katalog free pun meh la habaq..aku leh bagi..no prob ;)

Meh aku tepek promo May..tinggal 4 hari je lagi promo ni..pastu promo June plak. Berminat WA/telegram/pm 0122850892

Thursday, April 9, 2015

KOLEKSI TUDUNG dari ZALORA


Salam korang semua.. Dah masak lom? Aku dah. Jap lagi nak amik Ammar. Dia balik kol 12.30 nanti. Jadi surirumah ni memang camni la. Pagi2 siap masak. Hanin tido je..berdesup gi masak. Siap masak sempat la lepak depan HP/laptop jap. Ni dia dah bangun. Harus menaip sambil berdiri ni. Kalau tak kang, dia pun sibuk menaip gak hehe.


Eh!..even surirumah pun, nak gi amik Ammar kena pakai kemas n cantik tau. Pakai bedak skit, liptick skit, tudung matching ngan baju dan parfume hahaha. Dulu2 masa kerja, tudung memang benda penting tau. Ye la..keja kilang ada uniform. Semua sama, dari boss no 1 sampailah operator..semua ada uniform, kasut pun tau. Jadi, tinggal tudung je la nak melawa pun. Masa zaman anak dara, memang macam2 fesyen tudung aku try. Tapi sebab keja aku y macam lelaki ni..panjat sana, dok bawah meja..kena la cari tudung yang senang and kemas.

Citer pasal tudung ni kan..aku ada satu link baru nak beli tudung. Best..pilih2..tekan2..pastu boleh bayar COD kat depan pintu rumah (depends pada kaw. umah kengkawan ye). Kat mana tu?..OF COZZ kat ZALORA la hehe. Kitaorang baru je klik2 tekan2 beli sport tight encik Usrule. Free delivery.  Pastu ada pilihan..nak Shawl, Syria ataupun Cotton...pilih jeee :P



Koleksi Tudung untuk Ke Pejabat

Selain pemakaian baju yang bersesuaian, pemilihan tudung juga adalah penting untuk memastikan anda kekal sepanjang hari. Lebih-lebih lagi apabila seharian berada di pejabat, pemilihan tudung yang betul bukan sahaja menyerlahkan lagi penampilan anda, malah menjadikan anda lebih fokus dan meningkatkan keyakinan diri.

Apakah perbezaan koleksi tudung ke pejabat dengan pemakaian tudung untuk menghadiri acara lain? Secara amnya, kita sedia maklum bahawa rata-rata daripada kita semua menghabiskan sekurang-kurangnya 8-9 jam di pejabat setiap hari. Oleh yang demikian, pastinya kita mahu memakai tudung yang kelihatan ringkas dan tidak membataskan pergerakkan





Contoh pertama adalah dengan memakai tudung jenis sarung seperti berikut. Tudung jenis ini juga dikenali sebagai Tudung Syria. Bukan sahaja paling mudah dipakai, malah memberikan keselesaan yang optimum kepada si pemakai.




Pilihan kedua adalah tudung instant shawl. Sejak kebelakangan ini, instant shawl memang trending dikalangan wanita berhijab kerana cara pemakaian yang cukup mudah tanpa perlu menggunakan sebarang brooch atau pin tudung,




Pilihan seterusnya adalah tudung cotton yang boleh anda temui dalam potongan tudung bawal dan juga wide shawls. Tudung cotton amat selesa dipakai dan menggunakan fabrik cotton yang tidak panas. 

11 Bulan umurnya...

Salam semua.. Buat apa tu? Hahaha..soalan tak boleh blah. Biasalah, orang dah lama tak buat post. Sian plak ngan si Hanin ni. Update pasal dia memang skit giler. Makin ramai anak..makin jarang berblog. Hanya update kat FB and IG je.

Jadi..moh la kita update skit pasal anak dara nama Haninda Aulia ni. Babah dia suka nau panggil dia AH. AH??? yee.. jangan tanya nape ok. Aku pun tak tau. Nama manja katanyer. Tapi..lama2 panggil sedap plak hehee..

Hanin ni memang tak nak kat orang. Tak nak langsung. Dia nak kat kitaorang berempat je. Aku, babah, Ammar and Akid. Jangan la berangan nak angkat dia. Pegang pun tak nak. So, kalau kitaorang balik kampung ke or gi memana memang dia melekat je la diorang. Stress?? ye juga. Nak buat apa pun tak boleh. Kat rumah ok je. Tapi fikir2 balik..bagus gak..ada alasan nak peluk dia je..hahaha

Satu lagi..masa umur dia 8 bulan setengah dia dah berdiri. Jadi kitaorang syak dia akan cepat berjalan. Maybe dalam 10 bulan ke. Sekali masa umur genap 9 bulan, dia dah berjalan ngan jayanyer. Haa..kurus i ok. 10 bulan dah panjat sofa. Sekarang..baru masuk 11 bulan dia dah boleh jalan2 atas sofa. Siap gelak2 lagi kalau kita suruh turun. Selalu cakap ngan..awak baru 11 bulan tau..slow2 skit..nanti Mummy rindu..hahaha

Pastu sekarang ni dia dah faham arahan simple macam "AH..jom mandi" "AH..amik pampers" "AH, Babah balik" dan banyak lagi. Maybe sebab anak pompuan kot.Orang kata, anak pompuan memang cepat. Dannn yang best..gigi sudah 4 batang hehehe

Ok..rasa cukup la tu. Nanti kita citer pasal Abang Ammar n Akid plak ek. Nak citer gak kitaorang travel ke Langkawi with the Domoksss..3M4H. :)

PS: Banje gambar AH skit


Saturday, January 31, 2015

Is it necessary to bathe your newborn every day?





Salam semua..korang apa khabar?.. ada tak lagi yang jengah2 blog ni x? Janji tinggal janji ek? Sorrry..ya ampun..x sempat nak buka laptop. Nak blogging dari fon tak feel.
Hanin dah nak masuk 9 bulan dah ni. Dah pandai berdiri..skit ari lagi jalan le tu. Dulu kecik je..
Ok..mai dekat skit. Tengok tajuk..nak citer pasal bebudak ni dari kecik. Ammar, Akid and Hanin. Bab mandi.
Masa diorg kuar spital, memangla kitaorg bawa balik umah Shah Alam jap. Tunggu sehari baru balik Melaka. Kat Shah Alam ni memang kompom la kan tak dimandikan. Uihshh..aku tak berani nak mandikan. Lap2 pun tak. Wangiii je.
Tapi bila balik Melaka..umah nenek Leila, nenek Leila mandikan. Sepanjang pantang memang nenek Leila or encik usrule yang mandikan hehe. Selalunyer Nenek Leilala. Nampak tak betapa pentingnyer Nenek Leila kat situ? Nenek Leila suka mandikan cucu2 dia. Siap pakai baju sekali..baru pas kat aku ;)
So..selalunyer bergantung pada cuaca..and keadaan baby. Kalau selsema..lap2 je. Tapi so far takdela yang selsema dalam pantang. Air pun kena jaga. Lagi satu yang penting toiletries yang digunakan kena lah sesuai and diperbuat khas tok baby. Sesuai tok kulit dia. Itulah pengalaman aku bila dah berank 3 ni...

johnsons-baby
Babies need to be kept clean, but frequent baths or over-cleaning can damage a new-born’s delicate skin. To properly care for your baby’s skin first you must understand some facts about your baby’s skin.
Many parents often wonder, how often should I bathe my baby? Do I really need to give him regular baths? How many times should I bathe my baby? How do I know if my baby is clean enough?
Baby’s skin is 30% thinner than adult skin, with a barrier function that is still thin and weak. This barrier function, which continues to develop during their first 12 months helps to protect the skin against harsh environmental elements like the sun and wind, but this barrier function can be disrupted by harsh soaps and cleansers. Although your baby’s skin is naturally more hydrated than yours in the first 12 months of life and it may seem visibly hydrated and soft even after cleansing, your baby’s skin actually loses moisture very easily. To prevent moisture loss from baby’s skin it needs proper care so that the barrier function remains healthy.
In the first days of your baby’s life, gentle care and hygiene are very important to protect your new-born’s delicate skin. Naturally, every parent wants the best for their baby and do not want to do anything that might lead to common skin troubles. However, there are some parents who go to the extreme and refuse to use any kind of cleanser at all, while others take the opposite view by insisting that their child is kept clean at all times, even if it means bathing them several times a day.
“As a general rule, babies can be bathed once or twice a day”; says paediatrician Dr. Foo Chee Hoe. This excludes regular cleansing between diaper changes and keeping their mouth and hands clean throughout the day. Despite our warm weather, avoid giving frequent baths so that your new-born’s delicate skin is able to maintain its natural moisture and pH balance. Most importantly, remember to use products that areclinically proven to be safe, mild and effective for babies.”
Here are some simple Do’s and Don’ts to keep in mind for baby’s bath time:
Do
  • Prepare what you need in advance.
  • Test the water temperature before putting baby in. Use a bath thermometer to check for atemperature of 37 degrees. If you don’t have a thermometer, dip your whole elbow into the water to test that it is not too hot or too cold.
  • Keep it simple. All you need is a bath with warm water, a mild and gentle baby cleanser and a fresh towel, as well as a calm and safe space to undress and later dress your baby. If your baby is still very small, a small basin placed on a flat, stable surface such as a countertop may be easier for bathing your new-born rather than a full-sized baby bathtub. When using a baby bathtub, use a rubber mat to prevent baby from sliding.
  • Stay calm. Your baby’s temperament will often reflect your own mood. Enjoy the bath time experience because every bath time can be a special moment to help a mother and her baby develop a stronger and deeper bond. To maximise the benefits, create a soothing ritual out of bath times; choose a time when you’re least likely to be interrupted, in between feeds so that he is neither full nor hungry, and use the time to interact fully with your child, without rushing.
  • Give your full attention to your baby; distractions like the telephone ringing will just have to wait.
Don’ts
  • Don’t leave your baby unattended even for a moment, regardless of whether he is in the tub or on the changing mat. Taking your attention away from your baby even for a second can affect his safety and well-being.
  • Don’t use any kind of skincare or products that is not specifically formulated for babies as may contain ingredients that are too harsh for baby’s delicate skin, leaving it dry or irritated.
Baby Skincare Essentials
Choosing the right skincare for your baby is very important, as the right skincare regimen will help protect your baby’s skin health and early development. While there are a great variety of options available, it’s important to use a trusted and established brand, with a long history of safe and trusted products. The ideal cleanser for babies is one that safely and mildly cleanses without drying your baby’s skin. It does not cause irritation or inflammation, and respects baby’s sensitive skin barrier by maintaining the skin’s natural pH level. As harsh soaps and cleansers can damage the skin barrier, causing the skin to lose its natural moisture and making the skin more vulnerable to irritants, it’s essential to choose products that are specially formulated for babies, which are hypoallergenic and clinically proven to be mild and gentle.
Dr. Foo Chee Hoe is the co-founder of Doktorbudak.com. This feature is an educational initiative by Doktorbudak.com, with support from Johnson’s Baby. For more information, visit www.doktorbudak.com