}

Jom Click beramai2.. ~wink~

 Baby Birthday Ticker Ticker

Ammar Jr.

 Baby Birthday Ticker Ticker

Sunday, September 27, 2015

Apa itu ITP

Copy dari sini https://www.nlm.nih.gov/medlineplus/ency/article/000535.htm



Trombositopenik Purpura Idiopatik (Idiopathic Thrombocytopenic Purpura - ITP) adalah sejenis penyakit darah yang jarang ditemui tetapi ia sangat serius kerana boleh menyebabkan pendarahan berpanjangan yang membawa kepada kematian.

Pesakit ITP akan mengalami bengkak dan pendarahan berlebihan. Dalam beberapa kes, pesakit mengalami pendarahan serius seperti di otak yang boleh membawa maut jika tidak dirawat segera.


Kekurangan Platelet
Seseorang dikatakan menghidap ITP apabila jumlah platelet dalam darahnya terlalu rendah iaitu kurang daripada 150,000 bagi setiap mikro liter. Jumlah normal platelet ialah antara 150,000 hingga 400,000 semikro liter.

Seseorang pesakit dikategorikan dalam kumpulan serius jika jumlah plateletnya kurang daripada 10,000 semikro liter. Jumlah platelet kebanyakan pesakit ITP ialah 30,000 semikro liter dan jumlah ini cukup untuk menghalang pendarahan.

Bagaimanapun reaksi badan pesakit terhadap keadaan kekurangan platelet ini berbeza.


Sistem Imun Musnahkan Platelet

Tiada siapa tahu penyebab sebenar ITP tetapi ia dipercayai berpunca daripada kecelaruan sistem imun badan. Dalam kes ITP, sistem imun menyerang dan memusnahkan platelet serta sel yang menghasilkan platelet (megakariosit) yang dianggap sebagai benda asing.

Sistem imun pesakit akan sentiasa memerangi dan memusnahkan platelet dan megakariosit sehingga jumlah platelet dalam badan pesakit menjadi terlalu kecil.

Keadaan ini menyebabkan pesakit berisiko mengalami lebam, pendarahan mukosa (lapisan sel yang melapik rongga dalam badan) dan dalam sesetengah kes teruk, berlaku pendarahan pada dalam tengkorak secara tiba-tiba.

Wanita Lebih Berisiko

Siapa yang terdedah kepada penyakit ini? Sesiapa saja. Ia boleh berlaku pada semua peringkat umur; biasanya kanak-kanakperempuan dan wanita muda lebih ramai mengalami penyakit ini (2 kali ganda) berbanding lelaki.

ITP pernah dianggap penyakit orang muda tetapi kini pakar perubatan mendapati ia lebih kerap menyerang orang berusia sekurang-kurangnya 60 tahun.

Kanak-kanak mudah mengalami IPT terutama selepas jangkitan virus seperti virus selesemaatau beguk. Begitupun keadaan mereka dikelaskan sebagai IPT akut; yang hanya berlaku pada ketika itu dan tidak berlanjutan sehingga dewasa. Pada kebanyakan kanak-kanak, ITP akan hilang sendiri dalam masa 2 hingga 8 minggu.

Jarang Ditemui

ITP adalah penyakit yang jarang ditemui dengan kelaziman 9.5 kes bagi setiap 100,000 orang. Di Malaysia, jumlah sebenar pesakit tidak diketahui tetapi dianggarkan seramai 2,500 orang dengan 500 kes baru setahun.

Jumlah kematian dalam tempoh 5 tahun ialah 2% bagi pesakit kanak-kanak dan 48% bagi pesakit dewasa. Risiko kematian akibat ITP pula dianggarkan 1.2% bagi pesakit berumur 40 hingga 60 tahun dan 13% bagi pesakit melebihi 60 tahun.


Tanda dan Gejala ITP

Antara tanda dan gejala ITP ialah :

* Lebam (akibat berlaku pendarahan pada salurdarah halus di bawah kulit pecah)
* Bintik merah atau ungu pada kulit (petekia)
* Bagi pesakit wanita, haidnya lebih banyak

Selain itu, pesakit ITP juga akan mengalami beberapa komplikasi seperti lebam, hidungberdarah, gusi berdarah terutama ketika rawatan gigi atau pendarahan lain yang sukar dihentikan. Pendarahan otak jarang berlaku tetapi boleh membawa maut.

Bukan semua pesakit ada tanda atau gejala ITP dan keadaan kekurangan platelet biasanya dikesan apabila mereka menjalani ujian darah bagi tujuan lain. Doktor biasanya mengesyaki pesakit menghidap ITP jika tiada masalah kesihatan lain dikesan. Pengesanan penyakit dilakukan berdasarkan sejarah perubatan pesakit, pemeriksaan fizikal, ujian darah dan bagi sesetengah kes mungkin memerlukan ujian sumsum tulang.

Oleh kerana ITP tidak mempunyai tanda dan gejala yang nyata, maka ia sukar dikesan jika tidak melakukan ujian darah. Antara pendekatan yang disarankan bagi pesakit yang disyaki menghidap ITP ialah :

* Pemeriksaan kesihatan menyeluruh
* Sejarah perubatan pesakit dan ahli keluarga
* Pemeriksaan fizikal
* Pemeriksaan paras immunoglobulin
* Pemeriksaan sumsum tulang
* Ujian kumpulan darah (Rh)
* Ujian langsung antiglobulin
* Ujian untuk jangkitan bakteria Helicobacter pylori, virus HIV


Rawatan

Sehingga kini tiada kaedah dikenalpasti yang boleh menyembuhkan ITP tetapi ia boleh dirawat dan jumlah platelet boleh ditingkatkan dengan pengambilan ubat. Antara kaedah rawatan yang digunakan sekarang ialah :

Ubat

Ubat seperti steroid dan immunoglobulin adalah ubat pertama yang akan diberikan kepada pesakit. Ia boleh membantu menambah jumlah platelet dalam darah dengan mengubah aktiviti sistem imun.

Bagaimanapun ubat ini mempunyai banyak kesan sampingan dan masalah boleh berulang. Pengambilan ubat steroid yang berpanjangan boleh menimbulkan banyak kesan sampingan seperti pertambahan berat badan, ciri sindromcushing (leher berlapis), kencing manis, tekanan darah tinggiosteoporosis, emosi tidak stabil dan cepat berubah, katarakglaukoma, risiko jangkitan meningkat dan haid yang tidak menentu.

Pembedahan pembuangan limpa (splenektomi)

Kebanyakan pembedahan dilakukan pada pesakit dewasa jika pengambilan ubat steroid tidak menampakkan sebarang kesan. Pembuangan limpa akan menghentikan kemusnahan platelet di dalam limpa tetapi pada masa sama, pesakit terdedah kepada risiko jangkitan sepanjang hayat mereka. Bagaimanapun risiko jangkitan ini boleh dikurangkan dengan mendapatkan vaksinasisebelum pembedahan.


Pilihan lain

Dalam sesetengah kes, pesakit ITP yang teruk dan boleh mengalami pendarahan yang mengancam nyawa mungkin memerlukan transfusi platelet dan perlu tinggal di hospital sepanjang rawatan. Walaupun jangka hayat platelet sangat pendek (akibat kesan antibodi antiplatelet), ia tetap diberikan kepada pesakit sebelum pembedahan.

Bagi individu yang mengalami masalah kekurangan platelet akibat jangkitan, rawatan untuk melawan jangkitan berkenaan boleh membantu menambah jumlah platelet dan mengurangkan gejala pendarahan.

Masalah Kekurangan Platelet

Selain ITP, isu kekurangan platelet adalah masalah besar dalam pelbagai kes yang dirujukkan ke hospital. Sekurang-kurangnya satu pertiga kes yang dirujukkan kepada pakar darah (hematologi) di hospital besar adalah berkaitan dengan kekurangan platelet.

Kira-kira 5 hingga 10% pesakit yang dimasukkan ke ICU berikutan masalah ini dan jumlahnya kini meningkat kepada 35%. Apa yang membimbangkan ialah kadar kematian pesakit yang kekurangan platelet lebih tinggi (2 kali ganda) berbanding pesakit lain.

Friday, September 25, 2015

Akid dan ITP

Lama betul tak update blog. Dulu2 sebab anak 3..memang tak dan la. Bila nak pgg laptop je, askar2 pun join skali hehe. So, at the end, memang tak siap la keja hehe.

Banyak betul benda nak cite. Dari citer Hanin setahun, percutian di Langkawi, citer raya dan now citer raya haji plak.

Cuma ada kesempatan nak cerita kami semua diduga pada bulan puasa aritu. Dugaan yang memang tak disangka. Dugaan yang memerlukan kami sekeluarga menjadi lebih kuat and tabah. Yang lagi mengeratkan ikatan kasih sayang kami. Cerita Akid Hadi disahkan mengidap ITP @

Idiopathic thrombocytopenic purpura.


Thursday, September 24, 2015

Masa bersama Play-doh

Ammar suka main mainan ais krim. (Baca: aiskrim adalah mainan tanah liat =play-doh). Jangan ditanya kenapa dia panggil aiskrim ok.

Kalau kitaorang keluar shopping, dia mesti berhenti kat bahagian play-doh. Tau lama dah, dia sgt berminat nak dapatkan set play-doh tu, sekali dengan acuan dia. Budak2 kan, dia tengok iklan. So aritu, dapat email untuk blogger..play-doh. Ok..peluang jgn ditolak hehe

Bila bagitau ammar, play-doh on d way, dia memang excited. Masa tu dia kat Melaka. Rupa2 nya bila sampai, bukan je dia sotang je yang tak sabar nak main. Si akid n hanin pun sama ;)










Behind the scene..memang kelam kabutla nak handle tiga orang ni. Yang abang nak buat camni..akid camtu..hanin plak lebih nak mengacau. Sgt havoc..boleh bayangkan tak? Tapi memang seronok. Suka aktiviti camni. Masing2 nak keluarkan idea. Pastu bila time nak bergambar..masing sibuk nak pose..hehe.


Ok..kalau korang berminat meh joint even #playdohmonth2015 kat bawah ni

Don’t forget to join us at the Play-

Doh Roadshow this coming 


Saturday, 26 September 2015 at 

10am, 1 Utama Shopping Centre, 

Highstreet New Wing.

Read more http://www.life-muses.com/2015/09/play-doh-shape-a-colorful-community.html

Jangan lupa tau