}

Jom Click beramai2.. ~wink~

 Baby Birthday Ticker Ticker

Ammar Jr.

 Baby Birthday Ticker Ticker

Monday, October 31, 2011

Bila merajuk...

Err...semalam aku merajuk ngan encik usrule.

Eippss...merajuk  pun mau citer ka??? ~wink~

Muahaha..ala..sebabnyer kecik KOT..

Biasela..sorang tu muka selamba..jawapan dia kekadang main2 pun buat yang sorang lagi kecik ati..dapat2 plak time pregnant ni kan..terlebih emosi..hehee..

Ok..ok..sebenarnyer bukan nak citer pasal merajuk ni.

Nak citer, bila ikutkan perasaan merajuk tu.

Bawa diri...gi amik angin sambil bawa si anak kecik yang x tau apa2 (dgn keizinan la kan)

Siap kuar jalan kaki lagi. Tak mau bawa keta.

Yang sorang lagi pujuk and nak ajak kuar sama2, jual mahal. Ikutkan juga rajuk tu..

Tapi bila tengok muka si anak..Alahai..sayu jek hati.

Dia happy sebab dapat jalan..tgk Car, lorry, playground..

Tapi kenapa Mummy jek ader..babah mana?

Ok..tobat.. I luv my family..cinta sama encik usrule..sama Ammar.

So next time..Bertiga lebih baik..next year kita tukar berempat lebih baik..heheh



Ammar luv Mummy and Babah.. ~wink~

Thursday, October 27, 2011

Ammar tidak sihat!

Lama gak x update blog ni kan?.. dari Jumaat last week..huhu

Nak citer skit pasal Ammar Hafiy x sihat ni.

Mula2 kan, Jumaat aritu masa amik Ammar kat school, muka dia merah. Pengasuh tu cakap baru kejap Ammar berlaga. So aku ok jek la. Then ader hingus..huhuu. Sejak kat nursery ni dia selsema. Skit la.  Aku x derla nak kecoh2 kan.

Pastu balik rumah and bersiap nak balik melaka. Perasan Ammarnyer peha merah. Sebab hari tu aku bagi Huggies biru, so aku fikir mayber effect Huggies biru tu. Huggies biru ni cutting dia seksi skit. Peha Ammar kan before ni taraf bam2.

Sabtu pagi still merah lagi. Tapi aku sapu bedak jagung. Then gi pasar and tesco ngan encik usrule, emak and Ammar.

Tetiba jek dalam keta tu dia buat perangai. Pujuk x jalan..susu pun x jalan. Tido baru senyap. Kitaorg pk sebab dia nampak mak aku. Nak ngada2 la kan. Dah 2 minggu tak jumpa nenek tersayang. Malam kitaorg sampai Melaka tu, mak aku siap bangun main2 ngan Ammar lagi even dah kol 1 lebih. Ammar punyerla eksyen ngan kitaorg sebab dapat nenek dia.

Ok..balik citer lepas balik pasar and Tesco. Aku salin Huggies pakaikan CD plak. Dia tido. Lama. Sekali pas dia bangun. Amik ko!!

Peha and montot dia merah giler. Banyak ok. Dia plak dah melalak meraung. Kaklong aku tgk. Dia kata bukan sebab pampers ni. Sebab bakteria. Sebab lambat salin pampers. Kaklong aku pun sapu cream calamine. Then kipas kat montot ammar yang seksi tu. Kipas pakai tangan tau. Lama kaklong aku kipas. Dari meraung2 tadi sampai la dia dah relaks. Suka sebab bogel and semua org bagi perhatian kat dia. Bergilir2 la kitaorg kipas. Dari kaklong aku then pass kat kakak ipar then aku take over pastu pass kat encik usrule plak. Memang nampakla pertukaran dari merah ke kurang merah. Kaklong aku kata kena bagi berangin and sampai kering. Baru pakai bedak merah Pureen tu.

Petang Ammar berbogel..hehehe

Suka giler dia dapat bogel. Dah la ramai kazen2 dia balik.

After that kitaorg balik Muar. So, terpaksalah pakai pampers on the way balik. Singgah tgk Paklang aku kat GH melaka, and singgah makan kat Bentayan. Sampai umah nenek encik usrule dah merah balik. Meraung2 la Ammar time nak salin lampin.

So, malam tu kitaorg decide Ammar tido bogel. Tak payah pakai pampers.

Bentangkan tikar ABC and alaskan dgn selimut kain. Dia macam pelik jek dapat tido bogel.

SO, malam tu bermula la episode tido2 ayam kitaorg. Setiap kali dia kencing je, sure melalak and meraung. Abis satu umah bangun. Setiap kali tu la aku wipeskan momtot dia. Sapu cream, kipas and letak bedak merah.

Macam tu gak la hari Ahad. Abisla Onyang dia punyer toto, tikar, selimut semua dia kencingkan. Opss..lupa plak nak cakap, Sabtu tu dia kena cirit birit. X teruk. Tapi jenuh gakla kitaorg kena bersihkan tikar, carpet semua tu.

Pastu dengan merengek2 and panas badan.

Hari ahad tu baru perasan. Rupa2nyer gigi geraham dia tumbuh.

DUSHHHH!!! Bertimpa2. Dugaan2

Kesian plak tengoknnyer. Mengada2 dia pun double dose.

Hari Isnin tu aku cuti. Sebab x berani nak antar gi School. Takut merah balik.

By that time pagi Selasa tu memang dah 90% pulih la merah kat montot tu.

And siap pesan kat budak pengasuh tu pasal keadaan Ammar.

Tapi, sedihnyer petang tu amik dia..merah balik..huhuhu

Semalam cuti kan. So pagi tadi antar dgn montot yang sudah kembali seksi and licin. Harap2 petang ni takder merah2 lagi...~wink~

Ps: Mak and nenek aku siap cakap. Diorg jaga setahun x pernah jadi camni. Sekali antar school 2 minggu terus jadi camni...huhu..

Friday, October 21, 2011

Rezeki Ammar

Aku menang contest GA My.Little.Secret!


Walaupun dapat no 3, still rasa happy sebab memang dah niat mau belikan Ammar Doodle Water MAgic Playmat




Ammar dah start nak pegang pensi/pen. Kadang2 kalau dapat salah satu tu, sure dia cari tempat nak conteng. 


Jadi bila menang contest di atas, pucuk dicita ulam mendatang la kan..


Ni hadiah dia




Walaupun lain skit dari yang aku nak beli, still function dia sama kan?


So, jimat duit mummy..heheh

Thursday, October 20, 2011

Tendangan pertama



Ooo...seronok sangat dapat rasa untuk sekian kalinyer..

Start rasa masa minggu ke 16. Sekarang ni memang boleh nampak perut turun naik.

Ammar pun suka guling2 atas perut mummy, maybe jeles kot Ammar Jr. dapat perhatian.

Nak lagi best, dia panjat mummy and nak main kuda2 ngan mummy.

Tak sabar nak tunggu check up Sabtu depan. Boleh nampak x jantina dia or malu2 macam Ammar du.u.. ~wink~

Wednesday, October 19, 2011

Friday, October 14, 2011

Mari LUPA beramai2..

Salam semua..

Hari ni x mau citer pasal Ammar la.

Di hari Jumaat yang mulia ni, kita just doakan dia semakin OK and back to normal ye.

Hari ni nak citer pasal LUPA.. ~wink~

Pagi tadi.. seperti biase la..masuk opis, cek email opis, yahoo and Gmail.

Pastu, terus buka FB. Err..buka jap jek.

Tetiba.. partner aku kat sebelah ni tanya.

"Harini kita bukan inventory ke?"

Aku pun jawab " ha..aha la..inventory..aku lupala..", sambil tersengih2.

Dia pun kata dia lupa.

Nak lagi best..boss aku yang kat sebelah kanan pun boleh lupa.

Korang bayangkan, inventory start kol 9am.

5 Minit awal, auditee and auditor telah di arahkan berada di stesyen masing2.

Tapi..kol 8.45 baru dialog di atas tu berbunyi.

Berteraburla aku n partner berlari (tipuuu ajek) turun tangga yang 3 tingkat tinggi masuk ke Shipping area.

Tengok2..satu aper pun x siap lagi. Laaaa...tetiba diorg cakap " Mai, sorry! Aku lupa la pagi ni inventory". sambil tersengih2.

Adeii..cane semua org boleh lupa ni?

Bukan sekali dua buat. Sebulan 2 kali and dah bertahun2 dah buat..hehehe

Dengan sepantas kilatnyer kitaorg pun setup notebook, tarik extension, pasang plug..etc.

Tepat kol 9, separuh dari auditor dah sampai.

Baru lah aku perasan..antara auditor yang terlibat adalah Managing Director (Jepanese) kitaorg. Bukan tu jek, ader sorang lagi Jepun (Mkt Exec).  Sorang lagi boss QA.

Muahaha..kritikal sungguh kitaorg time tu.

Tapi boss2 ni x derlah kecoh. Relaks jek.

Kitaorg dapat setupkan everything kol 9.10 and 9.15 semua dah start..:)

Tapi yang kelakarnyer..ader ke patut diorg ni bagi mamat2 Jepun ni partner ngan akak2 Supervisor. Dah macam ayam ngan itik bercakap dah. Tak pasal2 boss Prod kena turun jadi translator (dah dia yang susun jaudal)..hehehe

Boleh plak semua org LUPA di pagi Jumaat ni.. ~wink~



Thursday, October 13, 2011

Ammar ooo Ammar..

Salam..

Erm..Ammar still merajuk. Marah kot kat kitaorg coz antar dia kat tempat yang semua org dia x kenal.

Menangis berguling2.

Semalam dia menangis lama sambil guling2 kat lantai. Aku n encik usrule x pernah tgk dia menangis lama macam tu. And style guling2 tu first time tgk masa malam senin aritu.

Sampai aku call mak kat melaka. Mak panggil2 pun dia nangis gak.

Then dia ok sendiri. Tapi jangan la ader benda x kena. Sure dia merengek and cari port untuk berguling balik.

Nak solat pun dia x bagi. Nampak jek aku pakai telekung, dia start guling2 and merengek.

Nak mandi jgn cakaplah. Dah 2,3 kali dia dtg buka pintu bilik air tu (pintu jenis slide and memang x kunci).

Rindu kat Ammar yang happy, suka membebel and bergelak ketawa..huhuhu

Dan ader sekali tu tasa nak gelak pun ader..marah pun ader..

Dia nangis guling2, aku pujuk. Angkat n letak dia atas tilam. Dia diam. Pastu aku tgk, dia turun dari tilam tu.
Rupa2nyer, dia gi kat lantai sambung guling2 and nangis...


Tuesday, October 11, 2011

Selepas sehari di School

Salam..

Hari ni hari kedua Ammar gi School.

Semalam, pukul 5.30 aku dah sampai depan school Ammar. Tapi x masuk. Sebab janji ngan encik usrule nak amik sekali n bayar duit school.

Encik usrule sampai around 5.50. Then kitaorg masuk. Ader owner suami isteri tgh tgk bebudak main. Bebudak ni pamggil owner Mak and Abah.

Pengasuh bawa kuar Ammar. Rupa2nyer dia tido (memang time tu time tido kat umah nenek).

Terkebil2 mata dia tgk kitaorg dtg amik.

Bawa dia gi makan. Haaa..masa ni lah dia start tunjuk ragam. Tak nak duduk dalam babychair. Then bagi dia roti bakar. Makan skit. Pastu dia tarik encik usrule. Rupa2nyer nak hug. HUg kuat2. Pastu kiss. Lama. Tapi x abis kat situ. Pusing plak kat aku. Buat benda yang sama. Dekat 5,6 kali gakla.

Lepas tu kitaorg gi pasar malam. Balik tu start la drama. Merengek2. Ader jek yang x kena. OK..Ammar baby yang active and periang. So bila dia buat camtu maknanyer dia MERAJUK!

Kitaorg tanya gak, dia buat aper kat school, best ke tak etc. Tapi dia marah (style dia la kan). Pastu buat x tau.
Malam tadi pun tido merengek gak.

And pagi tadi dia bangun awal. 6.30 dah bangun. Bagi susu and tukar pampers. Cakap lagi dia kena gi school arini. Feedback ok. Masuk dalam carseat, dia masam jek. Bila dah sampai tu aku cakap la ngan dia. "ammar ni masam jek..senyum la skit". Tau aper respond dia?

DIa pandang aku and cakap " caaaaakkk"..hehehe

Okla tu... :P


Monday, October 10, 2011

First day gi School

Hatiku gundah gelana..

Ammar relaks jek..

Masuk School.. semua org dia tegur.

Masa kitaorg nak tinggalkan dia..

Dia peluk erat..nak kiss..nak peluk kuat2 x mau lepas..

Peluk aku..peluk encik usrule..

Kakak pengasuh nak amik..dia marah..tak mau..

Tapi....................

Bila kitaorg dah kuar..x dgr pun dia nangis ( Ammar kalau nangis, takder slow2 la..)

Huhuhuhu.....

Wednesday, October 5, 2011

Tuesday, October 4, 2011

Pasal Nursery

Salam..

Saper yang antar anak ke nursery?

Ader x diorg bagi surat untuk kita sign seandainya apa2 terjadi terhadap anak kita, kita tak akan ambil tindakan undang2 / mahkamah serta membuat tuntutan atau gantirugi?

Ok..tu satu..

Satu lagi pasal taska berdaftar. Boleh tengok kat sini?

Taska berdaftar di Selangor

Then aku call JKM Selangor. Memang latest la kat website tu. Sampai bulan 8 punyer.

Diorg suruh call JKM Shah Alam untuk lebih detail taska yang baru apply lesen.

Aku pun call la.

Tau x?

Kat section 18 ni, hanya ada satu je taska berdaftar!

Bayangkan la..punyerlah ramai umat kat 18 ni, hanya ada satu Taska berdaftar.

Nursery banyak. Kat area umah aku ni ader 4,5 nursery. Tapi satu je yang berlesen!

Memang dekat la and aku dah gi survey semalam. And ader satu lagi nursery yang kitaorg survey semalam gak.

Nanti aku citer kat bawah ni pendapat kitaorg ek.

Kat Section 19 plak, takder taska berdaftar. Yang ader satu taska yang dalam proses memohon lesen.

Begitu juga kat Section 20. Satu taska dalam proses permohonan.

So, salah sapa kalau parents hantar ke nursey tak berdaftar?

OK..meh citer pasal nursery yang kitaorg survey semalam.

Taska ceri

Taska ni ade 2 cawangan. Satu kat 20, satu lagi yang kat 18 ni. Rumah owner sebelah je.

Mula2..encik usrule gi dalam kol 3 lebih. Memang dgr suara bebudak sgt bising.

Amik EBM tapi tak mau CD. Takper..it's ok. Yang penting EBM.

Suasana taska sgt ceria, pengcahayaan and pengudaraan bagus.

Bila tanya pasal lesen, owner cakap dalam proses nak ambil. Down kejap.

Owner sangat friendly. Ada 4 pengasuh. Bebudak diasingkan ikut umur. Ader xtvt and menu disediakan.

Overall aku ngan encik usrule (aku survey petang kol 6) puas hati..cuma belum berdaftar.

Taska Anggerik.

Berdaftar.

Aku gi dah petang. Owner dah balik rumah. Aku x masuk la..kat luar je. Bebudak pun dah balik.

Amik Ebm and CD..yeah!!

Pengasuh 2 org jek x silap la.

Baby ada 2 org sahaja. budak 2-3 tahun pun 2, 3 org je.

Pencahayaan and pengudaraan agak kurang sebab macam tertutup..pagar batu.

Tapi tak dapat tanya banyak, sebab owner takda.

Tadi call owner, dia kat Kelantan. Anak buah meninggal. So Insyaallah esok petang baru gi sana and nak tau lebih lanjut and tgk taska tu.

Masa cal JKM Shah alam tu, aku ada tanya pasal Taska Ceri ni. Pegawai JKM ni memang mengesahkan yang TAska Ceri memang ader membuat permohonan lesen. Sekarang ni, permohonan untuk Section 20 dalam proses kat JKM. AKan diikuti oleh section 18.

SO....kami sebenarnyer dah tertarik dengan TAska CERI. Cuma taska tu belum berdaftar...huhuhu



Monday, October 3, 2011

Seminggu lagi..

Salam..

Yeah..seminggu jek lagi...Ammar, Mummy and Babah will stay together kat Shah Alam ni.

Sangat2 bersyukur and happy dengan ketentuan Allah ni.

Dulu..masa mula2 pregnantkan Ammar Jr. terdetik skit rasa sedih, sebab memang plan bila Ammar genap setahun nak bawa dia stay ngan aku kat Shah Alam ni. Tapi camner nak bawa bila dah pregnant kan? Aku takut tak dapat layan Ammar. Kasih sayang tu memang sentiasa cukup. Cuma perhatian. Ye la..ngan kepenatan..pastu sorang2. Ammar dah la sangat active. X tau penat. Series..aku menangis sungguh2 kat encik usrule. Bukan menangis sebab pregnant anak dekat2. Tapi sebab x dapat nak bawa Ammar.

Encik usrule cool aje. Dia cakap.. "apa2 pun kita hadapi sama2".

And YES..di kotakan aper yang dia janji.

Time aku penat, x larat..semua dia buat. Jaga Ammar..kemas umah etc. Dah la jumpa weekend je..memang terabai skit la encik usrule.

Then aku macam berkeras jek nak bawa Ammar datang Shah Alam. Encik usrule kata OK. Try dulu. Aku plak berbelah bagi. Bukan tak nak, tapi aku takut Ammar rasa berbeza. Kat sana ramai yang bagi perhatian. Kalau aku kepenatan tapi Ammar nak main2..cane?

Dengan rasa berat hati..aku beralah. Macam2 plan kitaorg buat. PLAN A, PLAN B dan juga PLAN C.

Tapi................

Tak sebagus PLAN yang ALLAH dah tentukan untuk kami bertiga.

Saat2 aku redha dengan PLAN kami yang ader kelemahan..ALLAH bagi PLAN yang x kami jangka.

Encik Usrule dapat offer keja kat sini!

Offer lebih baik..malah lebih dari apa yang kami expect.

Dan Ammar sudah setahun..sudah sesuai untuk dihantar ke school (nursery)

Plan untuk beli rumah macam smooth aje..

Dengan kedatangan Ammar Jr. membawa rezeki yang kami tak jangkakan. Anak2 kan membawa rezeki.
Ammar pun semakin berdikari walaupun masih manja. Sudah faham arahan.

Walaupun dia x pandai nak cakap lagi, tapi dia faham apa yang kami cakapkan.

Contoh "ammar, ambil botol susu yang Ammar campakkan kat bawa meja tu..then bagi mummy".

Yes..dia pergi ambil botol susu kat bawah meja kecik tu and bagi kat aku ~wink~

Ader satu lagi contoh.

Kalau kami tanya dia "Ammar..mummy penat la dukung Ammar. Ammar duduk kat kerusi sebelah ni ek"
Kalau dia setuju, dia akan pandang aku. So aku akan letak dia.
Tapi kalau dia x nak. Dia akan ronta2kan badan dia sekejap. Haaa..jgnlah letak..SUre menjerit.

Kitaorg juga cakap ngan dia, yang baby akan lahir..nanti Ammar akan jadi Abang Long. So, Ammar kena jadi Good boy. Nanti baby akan ikut..etc la..

Ps: Encik usrule akan gi meninjau School Ammar petang ni.. :)