}

Jom Click beramai2.. ~wink~

 Baby Birthday Ticker Ticker

Ammar Jr.

 Baby Birthday Ticker Ticker

Wednesday, November 30, 2011

WW: Ammar Jr

Tuesday, November 29, 2011

1 tahun 2 bulan

Salam..

Banyak betul nak update pasal Ammar Hafiy. Tapi macam takder idea plak. Malas pun ye..heheh

La ni kalau balik umah jek, mesti dok layan Ammar dulu. Masak pun seminggu 2,3 kali jek. Sebab Ammar ni ader time, ngada2 dia berada di tahap maksima. Mummy bz nak masak, dia pun bz nak kokong (dukung) and nak tgk aper ader dalam sinki, dalam kuali, dalam peti ais. Tapi kalau mood dia ok, mummy boleh masak and Ammar boleh main2 kat belakang mummy..takpun layan babah kat depan.

LAst week kan, mak aku ader kat sini, so Ammar sangat lah happy sebab hari2 x yah gi school. Nenek ader, boleh layan dia. And last week gak ader bawa dia gi JJ card Day kat JJ bukit Tinggi. Sangatlah mencabar, even kitaorg gi bertiga (aku, mak and adik aku). Boleh plak dia lepuk sorang budak pompuan baya dia. Melalak x hingat budak tu. Adesss....ammar..ammar. Tapi berbaloi la..baju jalan murahla.

Setelah x gi school selama 8 hari, pagi tadi memang sgt mendebarkanla untuk antar dia gi school. Tapi awal2 kitaorg dah pesan, hari Selasa kena gi school balik sebab nenek dah balik kampung.

Masa mula2 masuk carseat tu dia happy jek. Siap salam, kiss and byebye encik usrule lagi. Sampai school pun dia senyum2. Bila nak pass jek kat pengasuh, dia ek ek skit. Tapi............. Ammar x nangis! Muka pun relaks jek. Siap pandang2 mummy lagi. PHEWWW!!! lega beb.

Pada umur 1 tahun 2 bulan ni Ammar dah pandai...

1. Mintak susu. Bukan mintak ngan ayat la. Cuma kalau dia dah start merengek tu, kitaorg akan tanya "nak susu ek, tunjuk kat mummy/babah kat mana susu?". Kalau dia nak susu, dia akan bangun and gi tempat kitaorg buat susu dia. Let say kat umah Shah alam, dia tau kat mana, umah Melaka pun dia tau kat mana and yang lagi best.. rumah muar yang dia jarang2 balik pun dia tau kat mana..heheh.

2. Then kalau dah habis minum susu, dia kan cari penutup botol and cuba untuk tutup. That's mean dia dah tak nak lagi.

3. And semalam (latest) bila dia abis menyusu, aku cakap ngan dia. Letak tepi dulu. Mummy penat. Nanti mummy basuh. Tetiba jek dia bangun. Amik botol susu and nak gi dapur. Aku ikutla sambil tanya dia nak gi mana. Rupa2nyer dia nak antar botol susu tu kat sinki. Huhuhu..sgt terharu ok. Bukan sampai pun dia nak letak kat sinki tu. So aku angkat dia and dia letak sendiri botol tu kat sinki..~wink~

4. Bab menyapu jangan cakapla. Pantang jumpa penyapu. So, kitaorg ingat nak beli satu penyapu untuk dia. So, suka ati dia lah nak buat aper ngan penyapun tu. OK x?..heheh

5. Ammar tau, kalau dia nak makan, kena duduk atas tikar ABC or tikar buluh. Sebelum2 ni siap naik atas tilam lagi (abis bersemut). So, kalau dia makan sambil jalan2 tu, kitaorg cakap..makan kena duduk kat mana? Sure cepat2 dia cari tikar ABC..muahahaha

Cukuplah 5 tu jek. Ader lagi..tapi yang kecik2 la. Kita jamu mata dulu.. ~wink~





Monday, November 28, 2011

Awal Muharam 2 tahun yang sudah..



Hujan lebat mengiring pernikahan kami dipetang Jumaat...


Setengah jam selepas menjadi Hubby and wife

Thursday, November 24, 2011

Baby



Aritu Mummy and babah bawa Ammar gi UMRA. Mummy kata nak tgk baby. Ermm..rasa macam kat mana2 boleh tgk baby kan. Kan SALAM masa checkup pun boleh tgk baby.

Tapi Mummy kata yang ni lain. Special skit. Masa Ammar dulu Mummy and babah x sempat nak tgk. Sebab babah dok jauh.

So, masa ni la nak try. Saja suka2 jek.

Memang betulah. Boleh tgk baby gerak2. Dengar bunyi jantung baby. Tengok jantina baby. Tengok semua la. Pastu mummy and babah kata, baby marah sebab kena kacau time tido tu, sebijik muka Ammar.

Tapi..Ammar x heran sgt. Ammar buat benda lagi best. Ammar gi tekan kat kotak kecik bawah meja. PAstu jap tu kuar gambar. Babah kata tu CPU. PAstu Ammar dapat capai kertas banyak2 atas meja aunty tu. Babah jeling jek..heheh

Ammar jumpa plak tong macam kat umah. Tapi tong tu ader tutup. Best giler Ammar main ketuk2 tong tu. Nasib baik Babah x jeling. Sebab babah sibuk tgk kat screen. Bila Ammar nak tarik wayar cantik2 bawah meja tu, cepat2 plak babah amik.

Aiseh..babah tunjuk and sebut BABY kat screen tu. Ammar jawab "BUUUU".... ~wink~


Ni gambar adik baby...Mummy and babah kata macam Ammar.. CUTE!!

Tuesday, November 22, 2011

Ammar ikut Mummy and Babah gi Dinner!



Ok.. arini mau citer pasal kitaorg bawa Ammar gi Annual dinner co. aku.

Nak lagi best, sebenarnyer x boleh bawa anak. Tapi apakan daya. Siang tu kenduri adik encik usrule. Nasib baik buat kat dewan and guna catering. So, kitaorg pakai cantik2 dan layan tetamu jek.

Plan awal, sepatutnyer encik usrule akan antar aku ke CITITEL Mid Valley pukul 3. Tapi nak dijadikan cerita, hujan turun dgn lebatnyer. Family aku yang dtg kenduri semua x boleh nak balik. Lepak2 jek kat dewan tu. Member Welfare (committee yang incharge dinner) dah sms aku bila mau sampai. Sebab aku committee welfare gak.

Tunggu punyer tunggu sampai kol 5. Hujan still x behenti. Last2 kitaorg gerak terus ke Cititel dalam ujan tu. Dengan Ammar tido and kitaorg dgn baju kenduri tu. Belasah jek. Dari Gombak tu kitaorg lalu DUKE then masuk ke Kerinchi Link terus sampai Mid Valley. Ngam2 kol 6 kitaorg sampai. And nasib baik senang cari parking even parking penuh. Rezeki2.. :)

Terus gi kat bilik Committee, mandi and siap2. Tapikan ader budak tu memang x penat2. Dah la sepanjang hari lari2 dalam dewan. Masa kat luar ballroom tu pun dia bantai lari sana sini. Lari bawah meja buffet, pungut batu hiasan and tegur opismate aku. Sampaikan ader sorang chef yang lalu behenti main2 ngan dia. Chef tu siap buka topi dia and letak kat kepala Ammar.



Tengah melasak. Main bawah meja buffet before start even.


Aku risau jek dia buat perangai time dalam Ballroom. Tapi.......... 10 min sebelum function start, dia minta susu. Dia tertido sambil minum susu.. LEGA!

Lepas dia tido, aku pun masuk dewan. Alamak!! Meja aku (VIP) dekat giler ngan speaker. Tapi nak buat cane kan..senang nak buat keja. So, bergilir2 la kitaorg pegang Ammar. Nasib baikla meja VIP, ader org serve. So relaksla skit.

Tengah2 Event, AMmar bangun. Kitaorg dah tepuk dahi. Tau2la kan. Sure punyer dia turun and jalan2, nak pegang sudu la, nak kacau org. Tapi ajaib!! Tadaaaa.......... Dia relaks jek. Melekap je kat kitaorg. Bunyi pun takde. Dia layan perasan tgk atas stage. Sangat behave ok.. Kitaorg pun senyumlah sampai ke telinga sampai balik..hehehe




Tunggu mummy settlekan apa2 yang patut, babah plak gi bergambar ngan Band yang best...

Monday, November 21, 2011

No School for Ammar this week?

Ye..x tipu punyer...

Sebabnyer??

NENEK Ammar (mak aku) ader kat umah kitaorg sampai Jumaat ni..yeah!!

Sabtu aritu mak aku dtg sini untuk attend kenduri kawen adik encik usrule.

Mula2 mak macam tak nak stay lama2 kat sini. Tapi bila nampak Ammar..terus jek setuju untuk lepak sini sampai Jumaat.

Ammar plak, bila nampak jek nenek dia, teru melekap ngan nenek. Sure rindu giler kat nenek dia.

Sampaikan, kitaorg nak amik pun dia x mau.

Dapatlah tido kat pangku nenek dia 2 jam.. :)

PAgi tadi pun dia bangun dengan senang hati bila tgk nenek dia ader kat umah..heheh

SO, harap2..batuk and selsema dia baikla bila mak aku jaga seminggu ni.. ~wink~

Ps: Nanti akalau ader masa aku citer pasal Ammar kat kenduri adik encik usrule, Ammar ikut mummy and babah gi Annual dinner CO (walaupun sepatutnyer x boleh bawa anak) and Ammar gi tgk Ammar Jr.

Thursday, November 17, 2011

2 Tragedi

Salam..

Sebulan lepas, sehari selepas Deepavali, salah sorang staff kat Department aku ni meninggal. Accident. Arwah encik IShak. Arwah adalah penghantar surat merangkap driver MD. Baik je orang dia.

Arwah tinggal kat Dengkil. So, pagi2 naik motor dia gi tropicana amik our MD. Drive ke opis di Shah Alam. Then hantar surat, cek, pos something etc la. So, keja dia banyak jalan2. Petang2 baru nampak dia kat opis. Selalu gak nampak dia tido dalam keta sementara tunggu MD.

Malam sebelum dia meninggal tu, arwah bawa MD dinner ngan Japanese yang datang dari Jepun. So balik lewat la. Nak balik Dengkil lagi. PAgi2 hari kejadian plak, dia memang bgn awa sebab nak travel dari Dengkil naik motor. Tapi... x sampai. Arwah langgar belakang lori yang berhenti tepi jalan.

MD tunggu, at last MD drive sendiri ke opis. Sampai opis, MD suruh HR director gi cari arwah kat umahnyer di Dengkil.

So, sekarang ni, MD tak mau guna driver lagi. Bila rasa bersalah sebab balik lambat malam sebelum kejadian.

Tregedi kedua plak kat Department ni.

Semalam, sorang kakak Finance yang due date dia awal 4 hari kot dari due aku, kehilangan baby dia. Tali pusat baby tersimpul mati. So, baby x dapat oksigen. Dah seminggu meninggal. Kakak ni ader 4 orang anak. Hubby plak memang keja waktu malam. So everything dia handle sendiri. Campur plak ngan kenduri kahwen adik ipar dia.

Ooo..sedih n kasihan sgt kat dia. Sebelum ni kitaorg selalu ckp, saper antara aku n dia bersalin dulu. Sebab dia pun before ni anak ke 4 dia lahir awal sebulan setengah. Konon2 nak tgk la..kitaorg ader sejarah anak lahir awal.

Untuk aku..lepas ni sila duduk diam2 ye..jgn bising2..sedih nanti akak tu.. :(


Wednesday, November 16, 2011

WW



Tuesday, November 15, 2011

Ejad & Nanie


Salam

11.11.11 aritu kitaorg ke Kuala kangsar. Pakcik Ejad and Acik Nanie Ammar Hafiy nikah.

Boleh plak pagi2 masa nak gerak ke rumah PIL di Sri Gombak, stereng lock boleh jem.

Tak pasal2 kena panggil pomen datang umah and zasssss stereng tu.

Asal nak gerak kol 9 lebih terus lambat. Sampai SG dah pukul 12 lebih.

Tgk gambar nikah dulu ye..

Nanti update gambar kat bukit merah and gambar Ammar n his kazen..


Acara membatalkan air sembahyang


Pengantin baru dengan Ibu and abah encik usrule


Rombongan kami


Our small family with Pengantin baru


Adik beradik ecik usrule, aku, biras, ammar and atif

Thursday, November 10, 2011

Qurban

Salam..

Allhadullillah..tahun ni ader rezeki lebih. Dapat lah buat ibadah Qurban kat umah mak aku.

Satu bahagian untuk aku, abangah, kaklong, pakngah, bangcik, emak and satu bahagian Aqiqah for kazen aku Nabilah.

Memang niat dah lama, cuma x berkesempatan.

Encik usrule dah buat before ni. Ammar plak dah settle Aqiqah dia. So, untuk aku plak.

Petang Sabtu tu, kitaorg siap bawa Ammar gi Kandang lembu lagi. And Ammar sebagai peminat lembu, memang sangat happy dapat tgk buu dekat2.

Pagi raya tu pun kitaorg bawa dia tgk ibadah Qurban tu. Cuma dia x tgk la proses sembelih tu. Aku pun x tgk. Wakilkan kat encik usrule jek.

Jom tgk gambar..Gambar2 adalah x ikut turutan ye..malas mau susun.. :)



Encik usrule sibuk melapah tulang


Ni masa lembu baru sampai dari tapak pemyembelihan


Pagi raya, kaun pompuan dok lepak tunggu turn untuk lembu Qurban kitaorg.



Ini budak kecik jadi mandur tgk org melapah lembu. Niat hati nak tolong. Tapi org suh dok dalam umah.


Moh ramai2 gi tgk proses Qurban.. Eipp!! ammar..tgn kat mana tu?


Dia pun nak join dok belakang tu.


Mandur....


Tgk tu..sampai nekcik dia amik and bawa ke tempat org melapah.


Pengantin baru yang kena buli..


Itulah lembu Qurban kitaorg



Kak Ain..yang selalu jadi mangsa lepuk - then peluk- Ammar.



Anak2 saperla ni..

Wednesday, November 9, 2011

The real WW




Tuesday, November 8, 2011

Mr Bunny



Salam..

opss..tersilap plak buat WW. Ini gara2 kes x sabar mau gi holiday ujung minggu ni la..

Nasib baik My dear Atul perasan.. :)

Nak tunjuk gambar Mr bunny si pinky minky tu.

Peneman Ammar tido.







Wednesday, November 2, 2011

WW - 22W - Ammar Jr.


Tuesday, November 1, 2011

Jom kita beramai2 ke SINI!!!

Salam..

Ke SINI?

Mana tu?

Aku pun x pernah gi lagi..tapi opismate aku, Azri dah gi.

So dia telah merajinkan diri gi amik gambar2 kat SINI tu..

Jom..kita cuci mata dulu..




Perpustakaan baru Shah Alam. bangunan dia... yg kanan bawah tu cafeteria dia


Map - Kena masuk ikut KGSAS



PC yg leh digunakan utk surfing, RM1 sejam.


Rak2 buku dihujung sana


Dari tingkat 4 pandang ke bawah


Pintu masuk. Setiap org kena amik beg tu, masukkn kasut/sliper & bwk masuk sama... so kena berkaki ayam la dalam tu


Betul la, ada apple imac... hehe... tp tk semua, yg belakang2 tu brand HP


Ni kawasan lepak/rehat ground floor


Kawasan rehat pandang ke atas


Kawasan kanak2 plak. (opposite side) byk gak buku2nya


Pokok tempat rehat2... siap ada yg baring2... hehe


Tasik belakang library


gambar dr jauh

PS: Dekat tingkat 4 ada gimnasium... ada la basikal tk kayuh setempat, tempat jogging setempat...