}

Jom Click beramai2.. ~wink~

 Baby Birthday Ticker Ticker

Ammar Jr.

 Baby Birthday Ticker Ticker

Monday, March 26, 2012

Berat Kami

Salam semua..

Lama x buat entry. Bukan apa..macam2 nak tulis, tapi masa takder :P

Nak citer pasal berpantang buat kali kedua. pasal breastfeeding kali kedua dan juga perangai budak 2 orang ni.

Arini kita citer pasal berat ek.

Minggu lepas (khamis) Akid dah sebulan. Manakala Rabu plak Ammar genap 18 bulan.

So, berduyun2 la kitaorg 4 beranak termasuk nenek gi checkup kat klinik desa sebelah rumah.

Pukul 9.30, kami jadi orang pertama. YUP!! orang pertama kat klinik tu. Nurse ader sorang. Nurse enon yang jaga klinik tu gi kursus. So, ader nurse yang kitaorg x kenal. Nama Nicky.

Dia x tau mana letak kad ammar and Akid. Semua x tau.

Ammar sangatlah aktif macam biasa. Tapi bila time nak kena inject, punyerlah meraung x ingat. Dah la nurse sorang. Ngan aku and mak aku kena pegang dia. Meronta2 tak hingat.

Akid pun sama, meronta2 gak. Tapi sebab tenaga baby lagi. So ok la.

Part paling best adalah sesi timbang berat.

Berat Akid  1 bulan = 5KG (abang Ammar sebulan baru 4.2kg)

Ammar 18 bulan  = 11.5KG

And mummy  = 3 kg lagi dapat berat zaman bujang and berat lepas pantangkan Ammar.

Yeah..target mau boleh pakai baju nikah and jeans2 Levis yang ada.. ~wink~

Harap2 dapatla capai berat tu kan.. wish me luck ok..


Wednesday, March 21, 2012

WW-Yang Akid.........





Monday, March 19, 2012

Murah! Murah!

Pepagi dah online!

Hari ni dapat gaji..yeah!

So, lepas encik usrule balik tadi (kol 5am)..terus on notebook. Sementara hero comel 2 org tu tido.

Buka Groupon and terus click cuti2 di PD. Dari aritu memang nak beli. Mula2 memang nak ajak encik usrule gi bercuti, and PD adalah tempat pilihan sebab dekat. Adalah plak voucher Ancasa All Suites PD. Apa lagi. Terus beli bila dapat gaji.

Kitaorg beli Apartment 3 bilik sebab nak ajak mak and adik2 aku sekali. Ingat nak gi bulan 5 sebab nak celebrate besday adik2 aku sekali.

Ok..mari klick ye kengkawan

http://www.groupon.my/deals/travelcity/ancasa-allsuites-resort-and-spa/715996092

And satu lagi.. (shopping..shopping)

For those yang nak beli botol susu, pun ader voucher gak. Murah ok. Avent botol special edition tu. Ala..yang kaler biru and pink tu. Baru RM62 ok! Memang murah! Sila la beli. Aku nak beli gak even last 2 weeks baru beli botol sepcial edition tommee tippee ammar. Takper2...botol boleh simpan. X der expired

http://www.groupon.my/deals/national-deal/littlekids-com-my/716001984

Friday, March 9, 2012

Detik kelahiran Akid Hadi Mohd Asrul

Salam korang..ok, seperti yang dijanjikan arini nak buat entry pasal bersalinkan Akid.

Seperti Ammar, kita orang gi checkup kat SALAM (Shah Alam sepecialist) sebab kita orang suka sangat kat Doktor Mariam. Very motherly, lembut and Islamic.

Due date adalah pada 2/3/2012. Terbalik ngan besday encik usrule. Tapi disebabkan ammar lahir on 36w so kita orang berharap gak Akid lahir on 3/2/2012 (besday encik usrule) iaitu 36w. Tapi akid memang nak duduk lama dalam perut. Tunggu punyer tunggu pun x keluar. Baru la merasa camner perasaan menunggu tu kan. Dulu2 x rasa heheh

Pastu ada checkup on 21/2. Aku siap minta MC sampai 24/2. Dengan alasan x larat nak naik tangga opis. Lagipun keja pun dah takder. So pagi2 masa nak gi checkup (gi sorang sebab encik usrule keja) dah siap2 antar Ammar gi school. Lepas antar Ammar gi school tu terasa macam nak masak plak. Terus aku gi pasar section 6. Beli ayam, ketam, sayur bendi, cendawan n ikan 3 ekor. Beli gak pisang. Haaa..ini macam masa bersalinkan Ammar la. Siap masak bihun goreng lagi.

Balik dari pasar tu, terus bersihkan semua. Masak nasi. Buat rencah etc. Just siapkan sup cendawan + ayam untuk Ammar. After that, sapu satu rumah and mop. Iron baju keja encik usrule sampai Jumaat. Siap semua. Pukul 1 lebih gerak gi SALAM. Aku orang first. Takder orang lain. Bila jumpa doktor Siti, dia check VE. Dah buka 1.5cm. then dia tanya aku, nak dia tolong bukakan jalan ke? Dah alang2 kan, aku ok jek. Sakit gak la. Tapi kejap jek. Dia cakap, after dia bukakan jalan tu dah 3 cm. So maybe dalam sehari dua. Datang hospital bila dah sakit selang 5 minit.

Balik tu terus amik Ammar kat school. Sampai rumah terus masak ketam bercili. Siap masak terus rest. Masa ni x rasa sakit lagi. Lepas jek kol 4, dah start rasa sakit sikit2. Pukul 6 encik usrule balik. Masa ni memang dah rasa sakit. Ader blood stain. Masa abang Ammar dulu pecah air ketuban and x rasa sakit.

Encik usrule tanya nak gi Salam ke? Aku kata x lagi. Contraction pun selang 9 minit camtu. Lepas maghrib kitaorg makan. Encik usrule kata sedap aku masak ketam..heheh. Bangga kejap, sebab dah lama giler x masak. Dia makan bertambah.

Lepas tu aku baring balik. Memang sakit ooo. Time contraction tu memang x boleh nak bercakap. Bangun gi toilet pun terbongkok2. dalam kol 9 tu, aku minta encik usrule kertas and pen untuk catat waktu contraction. Dari 6 minit...5 minit..and pukul 10 dah 4 minit. Terus siap2 nak ke SALAM. Tapi kena antar Ammar kat rumah adik aku. Sampai jek Salam dah dekat kol 11. Register and diorang check bukaan dah 5cm.

Sebab dah 2nd time kan? so dah boleh expect aper yang akan dilalui. So tak nervous sgt. Nurse bagi ubat buang air besar. Masa ni doctor x sampai lagi. Check heartbeat baby. Encik usrule memang ada kat sebelah.  Tolong pegang air zam zam. Epidural memang x boleh dah la time ni. So, nurse nak bagi  phetidine  (masa ammar dulu amik suntikan ni). Sekali, dia orang check dah 7cm. Terus dia orang kata tak boleh bagi. Gas saje yang boleh. Aku rasa gas tu x membantu langsung. Siap cakap ngan diorg. Terasa giler sakit.

Masa dekat2 nak pukul 12 tu dah dekat 10cm. Encik usrule cakap dgn Doktor Siti nak date 21022012. So, doktor jawab, "ok..ader 5 minit lagi ni. Kita try ek". Try2 memang x boleh. Sebab aku x boleh fokus sebab sakit giler. Kalau masa Ammar dulu, x rasa sakit. Tapi kali ni memang rasa. Sebab aku amik gas jek. Akid plak 3.5kg (ammar hanya 2.9kg). Aku amik masa untuk kuarkan Ammar. Sampai satu tahap, aku dah give up. Series give up. Tak mau teran. Hehehe..malu bila pikir balik tau. Masa tu aku rasa nurse2 tu tarik tangan aku and suruh aku teran. Pastu aku teras encik usrule kiss aku banyak kali.

Yang pasti entah bila la aku rasa doktor Siti kata ok..bahu dah nak kuar. And dah takyah teran. Baby keluar. LEGA!!

Aku dengar Doktor Siti kata kat encik usrule, bersalin memang sangat sakit. Dapat2 plak baby besar and takder ubat tahan sakit. Akid lahir pukul 12.56am. Aku masuk labour room dekat pukul 11pm. 2 Jam lebih jek. Masa Ammar masuk SALAM pukul 10.30pm. Bersalin 3.44am. Ammar lama skit tapi tak rasa sakit. Akid sekejap..tapi memang sangat sakit. Tapi Alhamdulillah dipermudahkan semua...





Wednesday, March 7, 2012

WW




Monday, March 5, 2012

Entry Bersalin?

Salam semua..

Rasa macam nak buat entry bersalinkan Akid, tapi masa takder.

Tengah menaip ni pun Akid dah ek ek. Abang Ammar plak memang tido nyenyak kat sebelah Akid. Akid melalak meraung2 pun dia selamba jek tido.

Masa memang sangat2 cemburu. Kena tunggu dua2 tido baru boleh buka notebook. Err..yang penting abang Ammar la. Dia kena tido. Akid x tido x per lagi.

Kalau x, memang la. Dia akan kacau (sayang) Akid. Pastu dia kacau mummy dia plak. Memang take time lah nak adjust semua ni. Dapat2 encik usrule dah balik Shah Alam. Weekend jek ader. Sedih giler bila suami takder. Kalau x, amik sorang satu. Takla terasa sangat.

Menanti saat2 kembali ke Shah Alam.

PS: Entry bersalin nanti2 la ye.. :P

Saturday, March 3, 2012

Us!!