Salam..
Hari tu.. encik usrule ader tunjukkan aku paper pasal Arwah Adelia.
Encik usrule kata satu lagi.. :(
Aku speechless..sedih...
Membayangkan perasaan ibu bapa arwah.
Banyak dah blog ibu bapa yang kehilangan sebab kecuaian nursery yang aku baca.
Aderkah keputusan aku tinggalkan Ammar di Melaka memntingkan diri sendiri?
Tapi aku perlu tawaqal kan?
Bila fikirkan rindu..memang nak bawa Ammar balik ke Shah Alam sekarang juga!
Tapi bila fikirkan balik.. Ammar kalau mau tido..pegang baju or tgn mak aku..ajak mak aku tido sekali.
Lepas mandi ajak mak aku jalan2 naik stroller..x kisah..walau dalam rumah pun..janji dapat naik stroller..
Tengahari..aderlah time untuk encik usrule balik tgk Ammar..pastu gi keja balik..
Ooo...camner kalau Ammar kena duduk ngan pengasuh or nursery?
Mau ke dia?
Kalau dia buat macam duduk ngan nenek dia? Sure orang x layan kan?
Itu baru keselesaan dia.. camner ngan keselamatan dia?
3 comments:
itulah tugas kita sebagai khalifah didunia...diberi tanggungjawab untuk menyelesaikannya..mudah-mudahan satu hari nanti anda sekeluarga dapat nikmati kehidupan seprti keluarga2 yg lain.
Dari Nizzam; Bapa kepada Arwah AdeLia; A'kum wbt. Terima Kasih tak terhingga atas kesanggupan saudara berkongsi kisah tentang pengalaman pahit yang kami sekeluarga hadapi sekarang. Mudah-mudahan sokongan moral terus diberi, agar perkara ini diselesaikan baik dari segi undang-undang dunia, dan di akhirat.
Pada pandangan saya, sepertimana Taska yang berusaha mencari rezeki daripada perkhidmatan mereka, kita pula sedang membuat perkara yang sama, iaitu mencari rezeki demi keluarga kita juga. Di sini tinggal hanya isu 'khianat', di mana pihak Taska AdeLia tidak mengawasi 'job scope' mereka dengan teliti, dan menyedari nya hanya apabila Arwah sudah tiada
shestepsintoo...salam.. thanks.. amin..
EN. Nizam..ini saje yang mampu saya bantu.. semoga taska2 lain akan lebih bertanggungjawab dalam menjaga amanah mereka..
Post a Comment