Salam..
Ammar dah ader GIGI.. ~wink~
Baru sebatang je tumbuh. Bahagian bawah.
Sebatang lagi akan menyusul x lama lagi.
Mula discover Pagi Jumaat minggu lepas ketika Ammar genap 7 Bulan.
Tapi mak aku ckp, mak aku dah nampak 2,3 hari sebelum tu.
Ammar amik tangan mak aku and letak kat gusi dia. Dia suruh nenek dia gosokkan.
Patutla 2 minggu lepas dia demam.
Mak aku cakap lagi, nasib baik dia x demam teruk. Selalunyer baby demam teruk nak tumbuh gigi. Tapi Ammar aritu malam je kepala dia panas. Pastu siang ader merengek ngada2 skit bila nampak aku.
Kesannyer..dia ngan selamba test gigi baru dia ketika menyusu. Sakit oiii.
Nak2 plak.. encik usrule selalu menyakat ammar time dia menyusu. Encik usrule selalu cakap camni "Babah nak gi jalan2..Ammar tinggal". Aper lagi..x tentu arah la mamat sorang ni. Cepat2 dia pusing, tapi nipple x mau lepas. Korang (pompuan saje ye) bayangkan dia pusingkan kepala sambil nipple di dalam mulut dia.
Lagi satu, dia suka minum kejap pastu stop. Gi main2..usik sana usik sini. Pastu dtg lagi nak susu. Camtu la sampai 5,6 kali. Kalau pegang x bagi dia main2 dia akan gigit nipple sesuka ati dia. Pastu pandang muka aku sambil buat muka ala2 cute. Dia akan menyusu secara tekun bila dah betul2 lapar atau mengantok.
Pasal makan plak..jgn tanya la. Aku rasa Ammar ni jenis x suka makan la. Dulu masa aku kecik2 pun, setahun lebih baru makan. Mak aku kata bagila apa pun. Semua aku muntahkan balik. Errr..adakah Ammar mengikut perangai aku?..hihihi
Bila dia tgk je sudu ngan bowl..automatic muka dah start mau nangis. Bila suap dia tutup mulut dia rapat2. Lepas 2 sudu dia akan melalak macam kena dera. Menangis sungguh2 ni. Nak lagi best..kalau x nangis, dia akan sembur.
Tapi kalau bagi tembikai or pisang dalam Munchkin Food Feeder bole plak dia makan. Siap tambah lagi. Jadi kitaorg decide lepas ni mau bagi dia makan camtu. Tapi takkan nasi nak masuk dalam tu kan?..
Tengokla camner nanti.
Lagipun, dah google..as long as baby menyusu, should be ok la. Umur bawah setahun ni dia nak kenal rasa jek. Dalam Islam pun ader mengatakan baby lelaki yang minum susu ibu sahaja dan bawah 2 tahun, air kencing dia najis ringan kan. So, memang x der prob kalau dia x makan sgt la malah kalau dia menyusu susu ibu je pun x der masalah. Boleh refer kat sini
So far la kan.. nampak yang boleh masuk ngan ammar ialah epal, pear, keledek and kentang puree. Lepas la 2 sudu masuk dalam mulut dia. Nasi out..avocado lagi la out.
Then ader gak try Heinz yang dalam bottle tu. Pun lepas gak la dalam 2 sudu. Tapi yang ni time travel balik Sri gombak jek. Aritu masa ammar balik shah alam, ader bagi nestum (free sample) and biskut farley rusk. Nestum pun out. Farley rusk ok.. Tapi...nestum tu aku rasa manis..sure ader gula kan..biskut tu pun. So lepas ni kalau boleh memang x mau bagi nestum until dia setahun. Biskut tu pun dah simpan dalam almari. Tunggu dia setahun. Kalau boleh elak, aku nak elakkan bagi yang dalam bottle or packet ni.
Tadi plak member aku, Azri kata anak dia makan baby bites. Tak cair di tgn, cair dalam mulut..hehehe. SO, nak kena tgk ingredients dia. Kalau ok, mau letak dalam beg jalan Ammar. Bukannyer ape..Ammar ni memang byk travel, so sebagai back up je la.
Yang ni aku dapat sample buah2an. OUT!!
Yang mi beli masa pureen warehouse..Packet besar RM22 x2. Dah simpan sebab ader gula.
Yang ni..epal..OK. Campur ngan puree homemade.
Biskut ni keras. Dah beli baru perasan ader contain SIKIT GARAM..bukan brand kat atas ni la. Garam digunakan utk keraskan biskut tu.
Yang ni baru nak rikki. Aderkah ader gula or garam?
No comments:
Post a Comment