Malam tadi hujan..and pagi ni mendung jek kat Shah Alam, seakan2 memahami hati staf2 kat opis ni.
Ramai yang bertanya mengenai entri BERITA YANG TAK TERDUGA semalam.
Thanks pada yang sudi mengambil berat..terharu beb! :P
OK..semalam petang kitaorg semua dah dapat penjelasan yang sangat terang pasal apa yang berlaku. Memang berita sedih buat semua.
Semalam pagi masa aku masuk kerja, line internet down. Users cakap dari Jumaat. So, tanya kat boss aku. Dia syak akibat TM maybe tutup line sebab Jumaat tu ader kilang berhampiran terbakar.
So, diorg call TM directory. Dalam pada nak settle problem tu, aku nampak gak SALES manager keluar masuk bilik server. Tapi tak kisah lah kan. Sebab dia x der keja kot..heehe
Tak lama lepas tu, internet pun ok. Tetiba boss aku keluar dari bilik server. Dia gelak2 and cakap kat aku and partner aku, ada masalah besar. Bila aku tanya, dia macam bagi signal ajak masuk bilik server. Aku malas la nak gi. So partner aku gi.
Tak lama lepas tu partner aku keluar dari bilik server. Aku tanyalah apa cerita. Dia just cakap pasal TM. So, aku diam je la. Then tak lama lepas tu, boss aku datang and tanya aku dah tau ke belum? Aku cakap lah tau ape?
Dia pun amik keyboard aku, buka website our HQ kat Jepun. Buka press release yang latest (date semalam) then highlight kat satu statement ni.
Discontinue OK!.. Kalau baca ayat penuh..HQ akan tutup semua kilang2 dia yang produce gold wire. Bukan kitaorg yang di Malaysia ni jek. Semua! Worldwide! Reason? Tak untung sebab harga emas makin melambung.
For info, Co. kitaorg ni bukan co kecik2 kat Jepun tu. Gold mines pun sendiri punyer. Ada banyak cabang bussiness. Lagipun, semua orang macam x sangka. Tak ada khabar berita, tetiba TUTUP terus.
Cuma masa pagi tu kitaorg2 jek yang tau. Antara comfirm ngan tak. Tapi kalau dah kuar official press release, nak expect apa lagi kan?
So, petang semalam lepas meeting ngan exec baru kitarorg tau. Comfirm tutup! First batch akan berhenti end of March. After that End of June. Shipment akan berakhir bulan September.
Yang kesian sangat2 pada husband and wife yang keja kat opis ni. Macam boss aku pun, dia memang terror IT, tapi dia hanya ada cert matrix jek. Umur pun dah 40. Sapa mau amik keja kan? Even manager jepun pun kata dia balik Jepun takder keja dah.
Semalam dah sampai rumah, tengok Ammar baru rasa sedih. Dengan baru nak beli rumah ni. Dengan kedatangan Ammar Jr. Tapi encik usrule positif jek. Rezeki ada di mana2. Aku suka keja kat opis ni. Boss ok..kengkawan ok..enviroment pun ok. Setakat nak cuti ke mc ke boss aku takder hal. Boss yang paling best. Semua ni akan jadi kenangan lepas bulan 3. Sure rindu nanti... :(
Sedih dan happy bila pandang Ammar. Ammar last gi school bulan Feb ni ek. Mummy kata lepas tu mummy jaga Ammar sendiri ~winK~
12 comments:
semua pasti kan ada hikmahnya.. sapa tau ammar hafiy n his jr happy with this.. mummy akan ada lebih banyak masa together ;)
Yes dear..Insyaallah ada hikmahnyer. Bab masa tu yang buat i happy. Boleh jaga anak2 sendiri..masak etc..
sabar k. maybe u boleh rest dulu sambil jg ammar and his jr. pastu try cr keje tempat lain. experience ade, insyaAllah... ade rezeki dimana2. org kata rezeki anak :)
Azian.. thanks dear.. Memang plan camtu la. Berpantang dulu..sambil riki2 keja. Tapi kena ada backup plan gak..in case lambat dapat keja.. :)
baru nk tahu apa yang hot pasal TM pasal kite keja TM kekeke. bahagian Fault Management plak tu.. rupanya pasal company nak tutup. Alahai sedihnya.. Mai dah kena start cari job lain lah ni. Betul, rezeki ada di mana2.. insyaAllah kedatangan baby baru pun membawa rezeki... Ammeeen... dont sedih2 sangat k..
ermm ermm...y pasti rezeki ALLAH tu ada di mana-mana!!
sy sokong en usrule
cheers :)
Farhana....i pun sokong encik usrule..heheh
insyaALLAH rezeki tu ada kat mne2...mgkn ada hikmahnye...cube tgk blk...tup2 en.usrule dpt kje sini...u all together..then tetiba bnd camni jd...dkt2 nk dpt ammar jr plak tu kan....(^^,)
Nana..thansk.. Insyaallah..doa2kan la yer.. :)
jangan asedih ya dear..ada rezeki tuh nanti, lagipun lagi best sebenarnya, boleh jaga babies sendiri :) how i wish taw.. hihihi
salam...insyaAllah ada rezekinya kat tpt lain tu...usaha, kay! kalau nak jadi fulltime housewife pun ok, niaga je ol mcm ramai org buat tu...
Mrs NAgeb...Insyaallah...amin. Bab boleh jaga babies sendiri tu la pengubat hati i tau.. :)
Mama2Q..wsalam...insyaallah. Akan difikirkan...mana tau kan hikmahnyer begitu..:P
Post a Comment