}

Jom Click beramai2.. ~wink~

Ammar Jr.

 Baby Birthday Ticker Ticker

Tuesday, January 3, 2012

1 Tahun 3 Bulan

Salam.. and Selamat datang 2012..

Sebenarnya dari last week nak buat entry 1 tahun 3 bulan ni, tapi sebab sibuk menghabiskan cuti and cover orang2 yang menghabiskan cuti terus terlupa.. ~wink~

Jom tengok aper yang Abang Ammar dah tau..

1.  Dah tau kalau bunyi azan, terus jek lari gi bilik solat, tarik sejadah and sebut Allahuakbar. Then solat. Solat ala2 dia la. Kekadang memang kitaorg tergelak, sebab sgt cute ok tgk dia sungguh2. Dengan sujud dia, sebutan dia, pastu nak pakai kopiah encik usrule (macam dalam entry WW sebelum ni). Nak lagi best, dia nak pakai telekung aku, nak pakai tudung aku...heheh

2.  Dah tau, kalau nak makan kena baca Doa. Angkat tangan and Doa. X kisahla aper bunyi yang keluarkan. Still dia dah mula berlajar.

3.  Kalau masa 1 tahun 2 bulan dia tau nak minta susu and letak botol susu kat sinki, kali ni dia dah tau nak minta makanan kat mana. Roti or kuih kat atas meja. Sama ngan tempat susu. Tapi dia nak org dirikan dia atas kerusi and nanti dia pilih sendiri apa dia nak atas meja tu. Kalau biskut, dia tau benda tu kat atas fridge (baru discover). Malah, pinggan yang dia makan pun dia nak angkat sendiri ke sinki. Pastu basuh tangan and kaki.

4. Ammar juga dah reti nak buang sampah kat mana. Tapi kekadang dia kutip apa yang ada dalam bakul sampah tu. Jenuh kata yang tu kotor. Dia suka ambil kotak2 makanan or air. Nak lagi best, dia dah boleh gi buang pampers dia sendiri or dia nak buang pampers dia sendiri. Kalau bukakan pampers dia, nanti dia yang minta pampers tu and nak gi buang.

5. Satu lagi, dah tau mana nak letak baju and seluar yang dia dah pakai. Kitaorg bagi dia satu bakul (yang macam bakul sampah) untuk baju kotor dia. Tapiii..aritu masa balik umah nenek kat Melaka, nenek dia punyer bakul sampah sama dengan bakul baju kotor dia. Dia letak baju kotor dia dalam bakul sampah nenek dia. Tergelak semua orang..heheh.

6.  Bab makan, masih macam dulu. Nasi, dia x mau makan sangat. tapi kalau mee, laksa, apam, roti or pau memang dia suka. Last week balik Muar, Onyang sana dah bagi dia makan donut (bergula ok!). Balik rumah nenek Melaka plak, makan jagung bakar. Pandai plak makan. Dia ambil jagung rebus tu terus gigit. Lepas dia umur setahun nu memang dia makan macam2. Mengucap panjang aku. Selalunya orang2 sekeliling la. As long as kurang garam and gula, aku tak la strict sangat. Cuma kekadang kalau x bagi, dia nangis nak. Contoh macam aritu, dia nak makan buah rambutan. Aku tak bagi sebab dia batuk, boleh dia gigit buah rambutan tu depan aku. Aku ambil. Tengok2 dia dah gia makan ngan nenek, nekyang and tok ngah dia. Yang tu semua tukang kopek, dia tukang makan. Laju jek dia makan.




7.  Dah pandai tgk tv. Ehh!! bukan TV. Tapi video2 lagu kanak2, flashcard, abc and mengaji yang kitaorg download dari youtube and pasangkan kat TV. Remote astro and TV tu memang dia lah yang conquer. Kalau kitaorg buka, memang senyum lebar lah. Tapi...kalau nak tgk aksi bapak rebut remote control and tv ngan anak..masa ni la  ~wink~



8.  Memang berani! Berani panjat and duduk atas meja, pastu kat meja makan nak duduk kat kerusi biasa. Dah tak nak duduk dalam baby chair lagi (memang dia boleh behave kalau dapat duduk kat kerusi biasa) and dah pandai nak berdiri atas car mainan dia. Err..x lupa juga kereta mainan berlagu kat shopping tu. Cuma dia x kisah ada lagu ke tak. Dapat naik pun dia dah OK!






Ok..cukup lah 8 tu. Nanti2 update lagi untuk next moth..:)

11 comments:

mRs.fAriDnAnA said...

wah pandainye ammar skrg yea...bgs2 sng nti mummy dah ade adik...

MyRule said...

Nana..aha..lega..dah boleh berdikari skit2.. :)

mRs.fAriDnAnA said...

ok la tu sng skit...nih akif mengada lbh taw...

MyRule said...

Nana..ala..Akif belum nak dapat adik lagi. Biarla dia manja lama2 dulu. Nanti nak dapat adik..ader 9 bulan boleh praktis..heheh

atulhani said...

comeynya abang ammaar...... :)

azian abdullah said...

abg ammar good boy la. behave sgt eh...pandai buang pampers sendiri yg tak tahan tu. hihi. senang mummy nanti. tolong mummy jaga little jr k... :)

MyRule said...

Atul..time buat perangai pun cumel gak..cumel nak kena marah..

Azian...ooo..bab tolong jaga little Jr. tu mummy x berani lagi nak bagi..heheh Kang dia buat macam bunnie dia..abisla.. :)

nur easy said...

tgelak2 baca progress ah ni. esp ttg baju kotor n sampah tu. seronok kan, melayan budak2 umur mcm ni..

MyRule said...

easy..aha..seronok..kekadang nak marah pun x jadi. Tapi ader gak perangai negative yang dia buat.. :)

Lisa said...

pandai erk ammar mkn rambutan, hadfina xsuka sgt buah2an lain puas dah ummi ajar, hadfina cuma suka delima n durian jer.. huhu camne nak soh dia mkn buah2an lain erk??

MyRule said...

Long..ammar memang suka buah. Mangga, manggis, durian (mummy dia makan banyak masa pregnantkan ammar dulu heheh), epal, etc la. Sayur dia kureng skit. Ikan, ayam and daging pun so far dia luek balik.

Cuba bagi Fina rasa ski2 dulu. Kena try and error. At least ader gak buah yang dia nak makan.. :)