}

Jom Click beramai2.. ~wink~

 Baby Birthday Ticker Ticker

Ammar Jr.

 Baby Birthday Ticker Ticker

Tuesday, January 17, 2012

Mari membeli Rumah!

Salam semua..

Lately ni kan, ramai gak blogger yang buat entry pasal rumah, membeli rumah, menyewa rumah and tips berkenaan rumah.

Dan macam tau2 je kan yang kitaorg juga tengah memburu rumah untuk dibeli. Series!! sangat susah ok. Yang membuatkan sangat susah sebab mau cari rumah di tempat yang sesaui, harga berpatutan and jatuh cinta ngan rumah tu.. ~wink~

Macam kitaorg ni kan... Aku kerja kat Shah Alam ni jek. 10 minit dari umah. Dah dekat 10 tahun camtu. Manakala encik usrule plak keja kat PJ tu. Naik motor. Lalu laluan motor kat Federal Highway. Aku balik 5.10. Sampai school ammar dalam 5.30. Sampai umah 5.40. Encik usrule plak balik 5.10. Gi beli makan (opsss..kantoi..hehhe.. aku x masak since pregnant 7 bulan..x larat + nanti ader budak kecit dok kat kaki sambil hulur tangan suh dukung sebab nak tgk ape ader dalam sinki and kuali. Kalau x bagi nanti dia gigit peha mummy dia sebab geram..heheh) sampai umah kol 6. Heaven!!

Rumah sewa sekarang memang best. Rumah kecik jek. Tapi depan sekolah. Jalan kaki je gi kedai and school Ammar. Surau dekat. Giant, care4, kfc, mcd..kira senanglah. Dan kitaorg memang ada niat nak beli rumah tu dari owner (sebagai kenangan our home sweet home yang pertama) tapi, tuan rumah tak mau jual.

Harga rumah kat araea Shah Alam ni memang mahal. 300K ke atas la. Rumah baru 400K starting. Bukan x mampu, tapi untuk jangka masa panjang, takkan nak bayar rumah aje sampai 2k++ sebulan.

So, kitaorg luaskan kawasan ke

1. Bandar Saujana Putra.

- Tepi Elite. Senang nak balik melaka and muar.
- Dekat ngan adik beradik aku yang lain. Abangah kat Putrajaya, Kaklong kat Bandar Sri Putra Bangi, Kidot    kat Nilai.
- Tak jauh dari PJ dan Shah Alam.

Tapi, bila survey, Crime rates tinggi. Jalan x berapa elok. Jalan masuk keluar ke taman x berapa friendly.

So..the answer is NO!

2. Puncak ALam.

- Rumah murah lagi.
- Dekat ngan Mak usu aku kat Saujana Utama.

Tapi, jauh nak ke PJ, Shah alam (even org kata OK) aku still rasa jauh.

So, NO to Puncak Alam..Saujana Utama and seangkatan dengannye.

3. Shah Alam.

- Centre.
- Suka Shah ALam

Pernah survey 3 rumah.

Rumah pertama- emm...sgt kecik pada harga yang dibagi - NO

Rumah kedua - Design agak pelik. KAlau beli mau kena renovate jek 15K sebab design dia sgt pelik ok. Rumah luas tapi banyak dinding partition. At the end, dapat 2 bilik jek. Dapur pun sangat lah kecik - NO

Rumah ketiga - Kejiranan dia adalah sangat serabut. Dan hujung jalan adalah jalan mati - NO

4. Area bukit Tinggi Klang.

Dah tengok dua rumah.

Rumah pertama, taman kecik jek. Aku rasa jauh gile. Sebab bila kuar KEsas tu, masuk dalam lagi dan lagi dan lagi - NO

Rumah kedua, semalam kitaorg gi tengok. Harga sangat ok, rumah cantik tapi kejiranan adalah sangat mengecewakan. Pulang dengan hati yang sangat Frust huuh...

Ooo...bilalah mau dapat rumah yang berkenan dengan hati, mata and poket ni..huhuu





14 comments:

mRs.fAriDnAnA said...

hurm keadaaan skrg mmg sgt2 ssh nak cr umh...nana pun dari thn lps dok cari2 tp xsecara serius la...tp aritu kami plan nak beli umah kat mlk...wlupun xduduk sne tp harga dan keadaan umah tu sgt jatuh cinta...so blh bt sewa or homestay...sbb kami pikir kalau dok cr2 jer kat sini rasanya sgt susah nak dapat...huhu

MyRule said...

Nana..kitaorg dulu kan PJJ sebab nak back for good kat melaka tau. Hubby pindah dulu ke Melaka stay with my mom. Tapi at the end balik shah alam balik huhuu. Memang rumah kat melaka murah. Kalau setakat 300K tu memang dpaat banglo or semiD. Comfirm beli kalau kitaorg dok melaka..huhuhu

Mrs Zulkarnain said...

cari dengan sabar tau. ade nanti. insyaALLAH :)

MyRule said...

mama ZZ..yeahh!! tgh slow and steady ni..hehhe

fana said...

samala..kami pun sdg srvey rmh..dlm kl x bleh bli..melampau mhl

MyRule said...

Farhana..KL mahal..huhu x mampu.. U cari area mana ye?

Ibu Najla said...

i pun sampai sekarang tak jumpa lagi yang berkenan. kalau tgk harga boleh gigil lutut. tak mau lah beli rumah mahal2 pastu nanti anak beranak dok dalam rumah mkn nasi lauk kicap :p

MyRule said...

Azian.. betul tu. Memang la mampu beli umah mahal skit..tapi kena ikat perut..tahan dari gi holiday or tutup mata bila nampak beg branded..hehehe. er..ke tu masuk dalam x mampu.. :)

nur easy said...

memang makin lama makin mahal kan.. nak satisfy 3 kriteria sesuai, suka dan murah tu, err kdg2 perit juga.. huhu

p/s: kitorang pun bila ntah nak ada rumah sendiri ni..

MyRule said...

Easy..umah kat BP i rasa murah lagi. Sebab kitaorg kalau balik Muar, tengok2 gakla harga umah kat sana..:)

mansyah said...

saya beli rumah di bandar baru sendayan (BSS)...kawasan ni kawasan baru yg bakal membangun kerana kerajaan negeri sembilan sedang dalam proses untuk menjadikan kawasan tu kawasan pentadbiran baru kerajaan negeri sembilan..harga mmg ok dan paten pon cantik2....boleh dikatakan BSS ni adalah bandar terancang. BSS terleak sebelah Seremban 2. Jiran saya kebanyakkan berulang kerja dari S. Alam, KL, Putrajaya dan sebagainya...

MyRule said...

Mansyah..uik..bandar baru sendayan? JAuh tu..heeh

X berani la nak beli jauh2 even murah. My sis laki bini keja KL stay bandar sri putra bangi pun terasa jauh. Sampai uamh terkejar2 nak amik anak lagi.

Maybe kalau keja area putrajaya, cyberjaya or bangi ok kot. Anyway, thanks ye.. :)

Nur Hasyimah Mahasan said...

Salam perkenalan...samer ngan kami sekeluarga...sedang mencari2 lagi umah...plan nk beli umah yg landed but nmpknyer rezeki beli apartment dulu...ader duit lebey nant baru cari lagi...

MyRule said...

Hasyimah..salam perkenalan juga :P

Oo..kitaorg pu backup plan kalau x jumpa umah landed, mybe akan beli apartment. Actually sgt berkenan ngan umah sewa sekarang. Flat lama. Tapi besar gak la. Tapi tuan umah tak mau jual..huhuhu