Salam..
Aku jarang cerita pasal makan kan? Bukan aper, selalu macam nak cerita, nak amik gambar. Tapi bila makanan dah terhidang atas meja, dan2 tu gak terus terlupa nak snap gambau. Licin terus…muahahaha
Tapi Selasa petang aritu, sempena adik aku balik keja awal (dia kena monitor student exam) kitaorg pun gi la jalan2 kat Plaza Shah Alam. Biasela, mula2 alasan nak jalan2 and windows shopping je.
Tapi bila kuar dari Plaza Shah Alam tu berbondong2 beg plastic. Dapat lah sambar romper+hood untuk baju raya domok2. Kaler coklat lagi. Siap stripes kat dada. Kalau x beli 3 helai. Tapi sebab 1 lagi romper tu plain putih (Ammar dah banyak romper putih) and satu lagi yang sgt smart (ader collar and stripes kat dada) tu tinggal sehelai and saiz dia macam ngam2 je ngan Ammar, terus x jadi beli.
Itupun hampir tergagal nak beli baju tido Ammar, 2 pasang rm50. Hampir tergagal juga dgn coverall yang ala2 jeans lusuh and kain jeans dia sgt lembut (Ammar udah ader 4 helai coverall).
Ok..stop citer tergagal, dah penat shopping..kitaorg gi makan. Mula2 makan kat Kopitiam. Set Meal. Harga RM13.90. Ok. Menarik sebab ader fried wantan, nasi, ayam bijan, sayur and sup bebola. Adik aku order mee.
Sekali sampai…………… uwaaaaaa…... skit giler. Mana kenyang!!
Series..memang skit. Rasa macam x berbaloi. Sup banyak la. Yang lelain skit. AYam lagi la. Adik aku dah gelak2. Tapi sedap…heheh
Lepas je makan.. X boleh blah. Aku lapar lagi :P
Aku ajak adik aku cari makan lagi.
Kat depan skit dari kopitiam tu, ader satu booth. Adik aku tetiba ckp.. food dia macam ina makan kat Taylors la. Sekali..memang pun Franchise yang sama dia selalu makan kat Taylors tu.
Aku pun aper lagi. Tanya yang mana sedap.
Dia suh aku beli savoury Paratha chicken cheese. Rm3.90.
Kitaorg tapau bawa balik umah.
MAsa dalam keta tu, bau dia..langatla lazat.
Lepas jek mandi and solat terus aku amik dan makan.
Rasanyer?????
Mak aihhh!! Sedap… sgt sedap. Menyesal beli satu je.
Kalau nak try..meh gi tgk website dia. Cari kat mana ader booth dia.
Kat Selangor and KL banyak.
Yeahh!! Kat Melaka pun ader..
4 comments:
waaa ada branch kat sini x?
adeiii...x derla dear...masukkan dalam wishlist nak makan time balik sini..:p
kak mai,
kat EC Mall pn ada, mmg best, aritu 1st time mkn masa kat midvalley kot, lupa dh, adik2 along la ajar heheh.. mmg best, klau mkn yg crispy sure comot hahaha
Long..best sgt kan? Akak tak try yang crispy lagi. Terbayang2 kesedapan dia..:p
Post a Comment