}

Jom Click beramai2.. ~wink~

 Baby Birthday Ticker Ticker

Ammar Jr.

 Baby Birthday Ticker Ticker

Friday, December 23, 2011

cabaran iPad MySuperKids #6



Teringat lagi zaman mula-mula kenal komputer. Masa tu aku baru form 2 x silap. Zaman-zaman DOS. Hitam dan putih sahaja. Masa tu memang tak reti buka komputer sangat. Kalau buka and keluar lain macam jek, terus cuak. And komputer zaman tu memang jenis besar giler la. Masa tu pun komputer tu digunakan untuk main game jek. Game yang famous kitaorg main masa tu adalah Prince of Persia. Masa ni internet memang takder lagi lah.


Lepas tu, besar skit masa Form 4, dah start ader windows. Lega la skit sebab senang kan. Tak payah nak ingat command. Masa tu semua orang kat sekolah sibuk bercerita pasal Microsoft Office. Ramai kengkawan yang amik class. Lepas SPM pun ramai gak yang gi masuk class. Alasan? Nanti senang nak dapat keja or masuk U.


Bila masuk U, zaman-zaman dah ader internet. Masa tu famous ngan IRC. Ramai gak yang dapat boyfrend kat IRC.  
Tapi penggunaan interney still x meluas. Banyak yang guna untuk chatting.


Then bila zaman pratikal kat Telekom, masa ni la kenal ngan laman-laman forum. Nostalgia sangat tau. Sebab masa ni la mengumpul kenalan. Internet still x berapa meluas. Ada tapi x laju..heheh


Part yang paling best bila zaman bekerja. As budak Computer yang keja dalam bidang IT, memang lah mengikuti perkembangan internet ni. Dapat2lah co. aku ni memang no limit la penggunaan internet. Semua dihujung jari. Internet plak di bawah kawalan MIS. MEmang seronok tau. Masa ni sibuk ngan zaman2 friendster. Ramai bertemu jodoh di sini. Dan masa ni gak aku mula join gathering bebudak forum. Dari alam maya terus ke alam realiti. Sekarang ramai yang dah beranak pinak sesama sendiri.


Selepas zaman Friendster, berpindah plak ke zaman Myspace. Tapi aku kureng skit ngan Myspace ni sebab aku rasa semak la. Pastu ngan Fotopages la. Ini zaman yang aku lalui lah. Orang lain aku x tau. 


And 3 tahun lepas kita mula disogokkan plak dengan Muka buku aka Facebook. Yang ni memang tak boleh nak cakap apa la kan. Budak kecik, makcik pakcik dan nenek datuk pun ada FB. Mula2 aku buat FB ni sebab nak main game je. Game tikus and tanam2. Pengaruh dari rakan2 sebaya kat opis ni. Pengaruh dari boss yang dok kat bahagian depan tu. Jap2 datang meja aku citer baper dah cheese yang dia dapat. Sebab nama pun boss, aku layan ler.


Lepas tu makin lama makin ramai orang yang ada FB. La ni.. kat FB tu siap ada group family lagi. Apa2 hal boleh update and bincang kat situ, Kira latest news semua kaum kerabat tau. Tapi disebabkan kaum kerabat aku semua ok, kira takder masalah la kan.. :)


Nak lagi best, kat sini juga lah jumpa kawan lama masa tadika dulu, long2 lost BFF 20 tahun dulu, ex bf, musuh lama and etc. Masa ni la ader yang berubag 100%. Ader yang dulu memang calon menantu pilihan..tapi la ni memang kontra gila. Ader yang dulu, budak paling nakal kat sekolah, tapi skang nampak macam calon ibu mi/bapa mithali.


Ye..itulah dunia internet..dunia di hujung jari :)




“Entri ini ditulis untuk cabaran #2 iPad MySuperKid yang direviu oleh  Group B juri  Nor Haryati Yahaya   dan ditaja oleh Hafiy Dot Com

2 comments:

Unknown said...

wahh..btol tu..die igt sume tu..like la!..hehe..

p/s: soping baju anak pon tenet jgak..hehe

MyRule said...

Nens...memang ingat..zaman2 sekolah kan.

Hahaha..dah sah2 mak dia org IT.. :)