}

Jom Click beramai2.. ~wink~

Ammar Jr.

 Baby Birthday Ticker Ticker

Monday, October 3, 2011

Seminggu lagi..

Salam..

Yeah..seminggu jek lagi...Ammar, Mummy and Babah will stay together kat Shah Alam ni.

Sangat2 bersyukur and happy dengan ketentuan Allah ni.

Dulu..masa mula2 pregnantkan Ammar Jr. terdetik skit rasa sedih, sebab memang plan bila Ammar genap setahun nak bawa dia stay ngan aku kat Shah Alam ni. Tapi camner nak bawa bila dah pregnant kan? Aku takut tak dapat layan Ammar. Kasih sayang tu memang sentiasa cukup. Cuma perhatian. Ye la..ngan kepenatan..pastu sorang2. Ammar dah la sangat active. X tau penat. Series..aku menangis sungguh2 kat encik usrule. Bukan menangis sebab pregnant anak dekat2. Tapi sebab x dapat nak bawa Ammar.

Encik usrule cool aje. Dia cakap.. "apa2 pun kita hadapi sama2".

And YES..di kotakan aper yang dia janji.

Time aku penat, x larat..semua dia buat. Jaga Ammar..kemas umah etc. Dah la jumpa weekend je..memang terabai skit la encik usrule.

Then aku macam berkeras jek nak bawa Ammar datang Shah Alam. Encik usrule kata OK. Try dulu. Aku plak berbelah bagi. Bukan tak nak, tapi aku takut Ammar rasa berbeza. Kat sana ramai yang bagi perhatian. Kalau aku kepenatan tapi Ammar nak main2..cane?

Dengan rasa berat hati..aku beralah. Macam2 plan kitaorg buat. PLAN A, PLAN B dan juga PLAN C.

Tapi................

Tak sebagus PLAN yang ALLAH dah tentukan untuk kami bertiga.

Saat2 aku redha dengan PLAN kami yang ader kelemahan..ALLAH bagi PLAN yang x kami jangka.

Encik Usrule dapat offer keja kat sini!

Offer lebih baik..malah lebih dari apa yang kami expect.

Dan Ammar sudah setahun..sudah sesuai untuk dihantar ke school (nursery)

Plan untuk beli rumah macam smooth aje..

Dengan kedatangan Ammar Jr. membawa rezeki yang kami tak jangkakan. Anak2 kan membawa rezeki.
Ammar pun semakin berdikari walaupun masih manja. Sudah faham arahan.

Walaupun dia x pandai nak cakap lagi, tapi dia faham apa yang kami cakapkan.

Contoh "ammar, ambil botol susu yang Ammar campakkan kat bawa meja tu..then bagi mummy".

Yes..dia pergi ambil botol susu kat bawah meja kecik tu and bagi kat aku ~wink~

Ader satu lagi contoh.

Kalau kami tanya dia "Ammar..mummy penat la dukung Ammar. Ammar duduk kat kerusi sebelah ni ek"
Kalau dia setuju, dia akan pandang aku. So aku akan letak dia.
Tapi kalau dia x nak. Dia akan ronta2kan badan dia sekejap. Haaa..jgnlah letak..SUre menjerit.

Kitaorg juga cakap ngan dia, yang baby akan lahir..nanti Ammar akan jadi Abang Long. So, Ammar kena jadi Good boy. Nanti baby akan ikut..etc la..

Ps: Encik usrule akan gi meninjau School Ammar petang ni.. :)

6 comments:

mRs.fAriDnAnA said...

alhamdulillah...rezeki anak...kita hanya boleh merancang tp semuanya ALLAH yang tentukan...hepy for u...

MyRule said...

Thanks dear..memang sgt2 happy skang ni..:)

azian abdullah said...

alhamdulillah...setiap anak ade rezeki dia sendiri. congrats dear :)

MyRule said...

Azian...betul tu.Thanks so much dear.. :)

Mama2Q said...

happy for u too!

MyRule said...

Thanks sis.. :)