}

Jom Click beramai2.. ~wink~

Ammar Jr.

 Baby Birthday Ticker Ticker

Tuesday, October 4, 2011

Pasal Nursery

Salam..

Saper yang antar anak ke nursery?

Ader x diorg bagi surat untuk kita sign seandainya apa2 terjadi terhadap anak kita, kita tak akan ambil tindakan undang2 / mahkamah serta membuat tuntutan atau gantirugi?

Ok..tu satu..

Satu lagi pasal taska berdaftar. Boleh tengok kat sini?

Taska berdaftar di Selangor

Then aku call JKM Selangor. Memang latest la kat website tu. Sampai bulan 8 punyer.

Diorg suruh call JKM Shah Alam untuk lebih detail taska yang baru apply lesen.

Aku pun call la.

Tau x?

Kat section 18 ni, hanya ada satu je taska berdaftar!

Bayangkan la..punyerlah ramai umat kat 18 ni, hanya ada satu Taska berdaftar.

Nursery banyak. Kat area umah aku ni ader 4,5 nursery. Tapi satu je yang berlesen!

Memang dekat la and aku dah gi survey semalam. And ader satu lagi nursery yang kitaorg survey semalam gak.

Nanti aku citer kat bawah ni pendapat kitaorg ek.

Kat Section 19 plak, takder taska berdaftar. Yang ader satu taska yang dalam proses memohon lesen.

Begitu juga kat Section 20. Satu taska dalam proses permohonan.

So, salah sapa kalau parents hantar ke nursey tak berdaftar?

OK..meh citer pasal nursery yang kitaorg survey semalam.

Taska ceri

Taska ni ade 2 cawangan. Satu kat 20, satu lagi yang kat 18 ni. Rumah owner sebelah je.

Mula2..encik usrule gi dalam kol 3 lebih. Memang dgr suara bebudak sgt bising.

Amik EBM tapi tak mau CD. Takper..it's ok. Yang penting EBM.

Suasana taska sgt ceria, pengcahayaan and pengudaraan bagus.

Bila tanya pasal lesen, owner cakap dalam proses nak ambil. Down kejap.

Owner sangat friendly. Ada 4 pengasuh. Bebudak diasingkan ikut umur. Ader xtvt and menu disediakan.

Overall aku ngan encik usrule (aku survey petang kol 6) puas hati..cuma belum berdaftar.

Taska Anggerik.

Berdaftar.

Aku gi dah petang. Owner dah balik rumah. Aku x masuk la..kat luar je. Bebudak pun dah balik.

Amik Ebm and CD..yeah!!

Pengasuh 2 org jek x silap la.

Baby ada 2 org sahaja. budak 2-3 tahun pun 2, 3 org je.

Pencahayaan and pengudaraan agak kurang sebab macam tertutup..pagar batu.

Tapi tak dapat tanya banyak, sebab owner takda.

Tadi call owner, dia kat Kelantan. Anak buah meninggal. So Insyaallah esok petang baru gi sana and nak tau lebih lanjut and tgk taska tu.

Masa cal JKM Shah alam tu, aku ada tanya pasal Taska Ceri ni. Pegawai JKM ni memang mengesahkan yang TAska Ceri memang ader membuat permohonan lesen. Sekarang ni, permohonan untuk Section 20 dalam proses kat JKM. AKan diikuti oleh section 18.

SO....kami sebenarnyer dah tertarik dengan TAska CERI. Cuma taska tu belum berdaftar...huhuhu



10 comments:

juelee said...

kite pun plan nak antar rayyan ke taska sbb dah setahun tapi susah betol nk carik yg berdaftar kat area umah nie.. pelikkan.. penduuduk sikit punye ramai..

MyRule said...

Aha Jue..Kalau masuk taska x berdaftar and if terjadi apa2, kita boleh didakwa. Tapi tu la..skit sgt taska berdaftar..

Luv like this.... said...

u

kita senang hati lebih htr kat bs sekarang ni w/pon pngkt nenek tapi dia sayang kat qaid mcm cucu dia.
cube dgr citer k.yan@salzian psl taska ank dia..horror ok!!dgr aritu dia nk wat report

MyRule said...

Ooo..bestnyer dpt bs yang penyanyang.. I x kenal org sebelah menyebelah..huhu

Anak yan punyer taska pun prob ek?..ok..nanti i roger dia.. :)

eddy ipoh said...

Saya pun sedang cari taska berdaftar kat JKM tapi website sedang diselenggara.

MyRule said...

U nak cari area mana? Call terus je ofis diorg. Minta nak ckp dgn officer yang handle bhgn taska.

Rumpai Laut Arrafeiq said...
This comment has been removed by the author.
Rumpai Laut Arrafeiq said...

Nak tanya CD tu mksudnya apa?

MyRule said...

Cloth diaper dear or lampin kain

dyanadaisy said...

Soo sekarang dah berdaftar ke.ceri tu. I ada baby 7months, tinggal d suri puteri. Tengah cari taska.huhu