Salam semua..
Hari ni x mau citer pasal Ammar la.
Di hari Jumaat yang mulia ni, kita just doakan dia semakin OK and back to normal ye.
Hari ni nak citer pasal LUPA.. ~wink~
Pagi tadi.. seperti biase la..masuk opis, cek email opis, yahoo and Gmail.
Pastu, terus buka FB. Err..buka jap jek.
Tetiba.. partner aku kat sebelah ni tanya.
"Harini kita bukan inventory ke?"
Aku pun jawab " ha..aha la..inventory..aku lupala..", sambil tersengih2.
Dia pun kata dia lupa.
Nak lagi best..boss aku yang kat sebelah kanan pun boleh lupa.
Korang bayangkan, inventory start kol 9am.
5 Minit awal, auditee and auditor telah di arahkan berada di stesyen masing2.
Tapi..kol 8.45 baru dialog di atas tu berbunyi.
Berteraburla aku n partner berlari (tipuuu ajek) turun tangga yang 3 tingkat tinggi masuk ke Shipping area.
Tengok2..satu aper pun x siap lagi. Laaaa...tetiba diorg cakap " Mai, sorry! Aku lupa la pagi ni inventory". sambil tersengih2.
Adeii..cane semua org boleh lupa ni?
Bukan sekali dua buat. Sebulan 2 kali and dah bertahun2 dah buat..hehehe
Dengan sepantas kilatnyer kitaorg pun setup notebook, tarik extension, pasang plug..etc.
Tepat kol 9, separuh dari auditor dah sampai.
Baru lah aku perasan..antara auditor yang terlibat adalah Managing Director (Jepanese) kitaorg. Bukan tu jek, ader sorang lagi Jepun (Mkt Exec). Sorang lagi boss QA.
Muahaha..kritikal sungguh kitaorg time tu.
Tapi boss2 ni x derlah kecoh. Relaks jek.
Kitaorg dapat setupkan everything kol 9.10 and 9.15 semua dah start..:)
Tapi yang kelakarnyer..ader ke patut diorg ni bagi mamat2 Jepun ni partner ngan akak2 Supervisor. Dah macam ayam ngan itik bercakap dah. Tak pasal2 boss Prod kena turun jadi translator (dah dia yang susun jaudal)..hehehe
Boleh plak semua org LUPA di pagi Jumaat ni.. ~wink~
No comments:
Post a Comment