}

Jom Click beramai2.. ~wink~

 Baby Birthday Ticker Ticker

Ammar Jr.

 Baby Birthday Ticker Ticker

Thursday, October 27, 2011

Ammar tidak sihat!

Lama gak x update blog ni kan?.. dari Jumaat last week..huhu

Nak citer skit pasal Ammar Hafiy x sihat ni.

Mula2 kan, Jumaat aritu masa amik Ammar kat school, muka dia merah. Pengasuh tu cakap baru kejap Ammar berlaga. So aku ok jek la. Then ader hingus..huhuu. Sejak kat nursery ni dia selsema. Skit la.  Aku x derla nak kecoh2 kan.

Pastu balik rumah and bersiap nak balik melaka. Perasan Ammarnyer peha merah. Sebab hari tu aku bagi Huggies biru, so aku fikir mayber effect Huggies biru tu. Huggies biru ni cutting dia seksi skit. Peha Ammar kan before ni taraf bam2.

Sabtu pagi still merah lagi. Tapi aku sapu bedak jagung. Then gi pasar and tesco ngan encik usrule, emak and Ammar.

Tetiba jek dalam keta tu dia buat perangai. Pujuk x jalan..susu pun x jalan. Tido baru senyap. Kitaorg pk sebab dia nampak mak aku. Nak ngada2 la kan. Dah 2 minggu tak jumpa nenek tersayang. Malam kitaorg sampai Melaka tu, mak aku siap bangun main2 ngan Ammar lagi even dah kol 1 lebih. Ammar punyerla eksyen ngan kitaorg sebab dapat nenek dia.

Ok..balik citer lepas balik pasar and Tesco. Aku salin Huggies pakaikan CD plak. Dia tido. Lama. Sekali pas dia bangun. Amik ko!!

Peha and montot dia merah giler. Banyak ok. Dia plak dah melalak meraung. Kaklong aku tgk. Dia kata bukan sebab pampers ni. Sebab bakteria. Sebab lambat salin pampers. Kaklong aku pun sapu cream calamine. Then kipas kat montot ammar yang seksi tu. Kipas pakai tangan tau. Lama kaklong aku kipas. Dari meraung2 tadi sampai la dia dah relaks. Suka sebab bogel and semua org bagi perhatian kat dia. Bergilir2 la kitaorg kipas. Dari kaklong aku then pass kat kakak ipar then aku take over pastu pass kat encik usrule plak. Memang nampakla pertukaran dari merah ke kurang merah. Kaklong aku kata kena bagi berangin and sampai kering. Baru pakai bedak merah Pureen tu.

Petang Ammar berbogel..hehehe

Suka giler dia dapat bogel. Dah la ramai kazen2 dia balik.

After that kitaorg balik Muar. So, terpaksalah pakai pampers on the way balik. Singgah tgk Paklang aku kat GH melaka, and singgah makan kat Bentayan. Sampai umah nenek encik usrule dah merah balik. Meraung2 la Ammar time nak salin lampin.

So, malam tu kitaorg decide Ammar tido bogel. Tak payah pakai pampers.

Bentangkan tikar ABC and alaskan dgn selimut kain. Dia macam pelik jek dapat tido bogel.

SO, malam tu bermula la episode tido2 ayam kitaorg. Setiap kali dia kencing je, sure melalak and meraung. Abis satu umah bangun. Setiap kali tu la aku wipeskan momtot dia. Sapu cream, kipas and letak bedak merah.

Macam tu gak la hari Ahad. Abisla Onyang dia punyer toto, tikar, selimut semua dia kencingkan. Opss..lupa plak nak cakap, Sabtu tu dia kena cirit birit. X teruk. Tapi jenuh gakla kitaorg kena bersihkan tikar, carpet semua tu.

Pastu dengan merengek2 and panas badan.

Hari ahad tu baru perasan. Rupa2nyer gigi geraham dia tumbuh.

DUSHHHH!!! Bertimpa2. Dugaan2

Kesian plak tengoknnyer. Mengada2 dia pun double dose.

Hari Isnin tu aku cuti. Sebab x berani nak antar gi School. Takut merah balik.

By that time pagi Selasa tu memang dah 90% pulih la merah kat montot tu.

And siap pesan kat budak pengasuh tu pasal keadaan Ammar.

Tapi, sedihnyer petang tu amik dia..merah balik..huhuhu

Semalam cuti kan. So pagi tadi antar dgn montot yang sudah kembali seksi and licin. Harap2 petang ni takder merah2 lagi...~wink~

Ps: Mak and nenek aku siap cakap. Diorg jaga setahun x pernah jadi camni. Sekali antar school 2 minggu terus jadi camni...huhu..

13 comments:

nur easy said...

itulah kan.. jaga sendiri tentulah lebih perhatian n sentiasa mahukan y terbaik.. AF pun kulit sensitif.. tang problem cam AH ni, AF cuma serasi dgn minyak gamat je.. hehe.. bedak2, cream2 tu x berapa ok

MyRule said...

Huhu.. tu la..dah jaga elok2, tetiba sehari gi school ader balik. AH kulit dia x sensitif sgt..pakai apa pun ok. Tu yang pelik tu. Setahun ni ok jek..

Mrs Nageb said...

Alalalalalala sianya kat ammar....dah ok e ni..get well soon...

MyRule said...

Mrs Nageb..dah ok..tapi harap2 petang ni x merah balik la..huhu

rDnA said...

alaaa siannya ammar.tp part nenek ammar ckap camtu cam rs sedih plak.yela cucu dgn nenek kan klu ape2 jd kat cucu diorg lebih risau mngalahkan ape2 jd kat anak.
hopefully ammar cpt2 recover..

Unknown said...

auch...
bise betul sindiran dari cik lela and cik non kat kampung tue....
hahhahahahaha

Ibu Najla said...

maybe jugak kot. lambat tukar diaper. maybe dgn nenek, nenek alert je bila cucu dia shi2 ke poo2 ke kan...kat nursery ni dorang tak perasan sgt kot. kena pesan kat dorang kot zatul. sian abg ammar. tido syeksyi malam2 lah ni yer...

MyRule said...

Rdna..aha..nenek and nekyang dia memang risau..dapat2 nekyang dia. Tapi nak buat cane kan..tuntutan keja..huhu

Bok...macam x biase..muahahhaa

Azian..agaknyerla..dah pesan betul2 kat pengasuh tu. Nampaknyer semalam balik dah ok. X merah lagi..:P

Abang Ammar memang suka seksi2 ni..heheh

Mama3Q said...

cian ammar...try mintak kat klinik zinc oxide cream....khusus utk nappy rash camni, biasanya cepat je baik......calamine lotion selalunya tak berapa berkesan utk kes ni...

Siti Hajar said...

Sian ammar.. Harap2 x naik balik merah nye...

MyRule said...

Mama2q..ok..noted.. thanks..nanti nak try mintak

Hajar..merah2 tu kadang2 ader balik..even sehari dua dah ok..confius jap..huhuu

Ana Lyana said...

Dani pun sama, selalu kena rashes.. Nak salahkan BS pun tak boleh sebab Dani mmg jenis kalau kencing, mmg banjir. tapi ana selalu guna krim ni tak ingat lak jenis apa.. dalam 2-3 kali sapu, insyallah ok...luka pedih pun tak pedih dah. nanti ada masa kita inform awak ek..:)

MyRule said...

Analyana...oo sama gak ek.. Dani ellergic ke?

Kesian kan..pedih..kita pun tak tahan..

Ok..nanti update ye :P