}

Jom Click beramai2.. ~wink~

 Baby Birthday Ticker Ticker

Ammar Jr.

 Baby Birthday Ticker Ticker

Tuesday, November 22, 2011

Ammar ikut Mummy and Babah gi Dinner!



Ok.. arini mau citer pasal kitaorg bawa Ammar gi Annual dinner co. aku.

Nak lagi best, sebenarnyer x boleh bawa anak. Tapi apakan daya. Siang tu kenduri adik encik usrule. Nasib baik buat kat dewan and guna catering. So, kitaorg pakai cantik2 dan layan tetamu jek.

Plan awal, sepatutnyer encik usrule akan antar aku ke CITITEL Mid Valley pukul 3. Tapi nak dijadikan cerita, hujan turun dgn lebatnyer. Family aku yang dtg kenduri semua x boleh nak balik. Lepak2 jek kat dewan tu. Member Welfare (committee yang incharge dinner) dah sms aku bila mau sampai. Sebab aku committee welfare gak.

Tunggu punyer tunggu sampai kol 5. Hujan still x behenti. Last2 kitaorg gerak terus ke Cititel dalam ujan tu. Dengan Ammar tido and kitaorg dgn baju kenduri tu. Belasah jek. Dari Gombak tu kitaorg lalu DUKE then masuk ke Kerinchi Link terus sampai Mid Valley. Ngam2 kol 6 kitaorg sampai. And nasib baik senang cari parking even parking penuh. Rezeki2.. :)

Terus gi kat bilik Committee, mandi and siap2. Tapikan ader budak tu memang x penat2. Dah la sepanjang hari lari2 dalam dewan. Masa kat luar ballroom tu pun dia bantai lari sana sini. Lari bawah meja buffet, pungut batu hiasan and tegur opismate aku. Sampaikan ader sorang chef yang lalu behenti main2 ngan dia. Chef tu siap buka topi dia and letak kat kepala Ammar.



Tengah melasak. Main bawah meja buffet before start even.


Aku risau jek dia buat perangai time dalam Ballroom. Tapi.......... 10 min sebelum function start, dia minta susu. Dia tertido sambil minum susu.. LEGA!

Lepas dia tido, aku pun masuk dewan. Alamak!! Meja aku (VIP) dekat giler ngan speaker. Tapi nak buat cane kan..senang nak buat keja. So, bergilir2 la kitaorg pegang Ammar. Nasib baikla meja VIP, ader org serve. So relaksla skit.

Tengah2 Event, AMmar bangun. Kitaorg dah tepuk dahi. Tau2la kan. Sure punyer dia turun and jalan2, nak pegang sudu la, nak kacau org. Tapi ajaib!! Tadaaaa.......... Dia relaks jek. Melekap je kat kitaorg. Bunyi pun takde. Dia layan perasan tgk atas stage. Sangat behave ok.. Kitaorg pun senyumlah sampai ke telinga sampai balik..hehehe




Tunggu mummy settlekan apa2 yang patut, babah plak gi bergambar ngan Band yang best...

3 comments:

Ibu Najla said...

i rs kan, bb ni kalau depan org dorang behave laa...depan parents dia je bt perangai. mcm najla, kat rumah pandai dah masuk benda ke mulut. i dah jadik mak tarzan. kat rumah bb sitter sangggggatlah sopan santun. tak pulak buat camtu. huh.

nur easy said...

gigih betul budak2 ni melasak kan.. slim dibuatnya mummy dia

MyRule said...

Azian..samala..i pun dah taraf mak tarzan dah. Cuma apa yang kitaorg amalkan, bagitau Ammar awal2. Macam dinner and kenduri ni..seminggu kitaorg cakap ngan dia..dalam ballroom sila behave. So memang behave..luar ballroom tu memang dia puas la melasak.

Easy..mummy dia buncit..heheh. Budak2 tgh nak explorer. Nak di larang x patutla la plak. As long as dia x jahanam kan barang org or bahayakan diri dia..ok lagi la.. :)