}

Jom Click beramai2.. ~wink~

Ammar Jr.

 Baby Birthday Ticker Ticker

Tuesday, November 29, 2011

1 tahun 2 bulan

Salam..

Banyak betul nak update pasal Ammar Hafiy. Tapi macam takder idea plak. Malas pun ye..heheh

La ni kalau balik umah jek, mesti dok layan Ammar dulu. Masak pun seminggu 2,3 kali jek. Sebab Ammar ni ader time, ngada2 dia berada di tahap maksima. Mummy bz nak masak, dia pun bz nak kokong (dukung) and nak tgk aper ader dalam sinki, dalam kuali, dalam peti ais. Tapi kalau mood dia ok, mummy boleh masak and Ammar boleh main2 kat belakang mummy..takpun layan babah kat depan.

LAst week kan, mak aku ader kat sini, so Ammar sangat lah happy sebab hari2 x yah gi school. Nenek ader, boleh layan dia. And last week gak ader bawa dia gi JJ card Day kat JJ bukit Tinggi. Sangatlah mencabar, even kitaorg gi bertiga (aku, mak and adik aku). Boleh plak dia lepuk sorang budak pompuan baya dia. Melalak x hingat budak tu. Adesss....ammar..ammar. Tapi berbaloi la..baju jalan murahla.

Setelah x gi school selama 8 hari, pagi tadi memang sgt mendebarkanla untuk antar dia gi school. Tapi awal2 kitaorg dah pesan, hari Selasa kena gi school balik sebab nenek dah balik kampung.

Masa mula2 masuk carseat tu dia happy jek. Siap salam, kiss and byebye encik usrule lagi. Sampai school pun dia senyum2. Bila nak pass jek kat pengasuh, dia ek ek skit. Tapi............. Ammar x nangis! Muka pun relaks jek. Siap pandang2 mummy lagi. PHEWWW!!! lega beb.

Pada umur 1 tahun 2 bulan ni Ammar dah pandai...

1. Mintak susu. Bukan mintak ngan ayat la. Cuma kalau dia dah start merengek tu, kitaorg akan tanya "nak susu ek, tunjuk kat mummy/babah kat mana susu?". Kalau dia nak susu, dia akan bangun and gi tempat kitaorg buat susu dia. Let say kat umah Shah alam, dia tau kat mana, umah Melaka pun dia tau kat mana and yang lagi best.. rumah muar yang dia jarang2 balik pun dia tau kat mana..heheh.

2. Then kalau dah habis minum susu, dia kan cari penutup botol and cuba untuk tutup. That's mean dia dah tak nak lagi.

3. And semalam (latest) bila dia abis menyusu, aku cakap ngan dia. Letak tepi dulu. Mummy penat. Nanti mummy basuh. Tetiba jek dia bangun. Amik botol susu and nak gi dapur. Aku ikutla sambil tanya dia nak gi mana. Rupa2nyer dia nak antar botol susu tu kat sinki. Huhuhu..sgt terharu ok. Bukan sampai pun dia nak letak kat sinki tu. So aku angkat dia and dia letak sendiri botol tu kat sinki..~wink~

4. Bab menyapu jangan cakapla. Pantang jumpa penyapu. So, kitaorg ingat nak beli satu penyapu untuk dia. So, suka ati dia lah nak buat aper ngan penyapun tu. OK x?..heheh

5. Ammar tau, kalau dia nak makan, kena duduk atas tikar ABC or tikar buluh. Sebelum2 ni siap naik atas tilam lagi (abis bersemut). So, kalau dia makan sambil jalan2 tu, kitaorg cakap..makan kena duduk kat mana? Sure cepat2 dia cari tikar ABC..muahahaha

Cukuplah 5 tu jek. Ader lagi..tapi yang kecik2 la. Kita jamu mata dulu.. ~wink~





5 comments:

Nens Collection said...

ammar yg comel..hehe

nur easy said...

bijaknya dia...;)

MyRule said...

Nens..cheeky pun ye gak..

Easy...time nakal pun sama gak time bijak dia..hehe

harzharun said...

mala x jenguk sini..ammar dah pandai mcm2 pun...bagus betul..ciri2 nak jd abang dah menyerlah...gi hantar botol susu kat sinki plg best tu..hehehe...

MyRule said...

Harz..tu la..agaknyer dia pun faham nak jadi abg long. Syukur sgt2.. :)