}

Jom Click beramai2.. ~wink~

Ammar Jr.

 Baby Birthday Ticker Ticker

Friday, May 6, 2011

Ammar dan masalah-masalahnya

Salam..

Hari ni mau citer pasal masalah Ammar ni.

Actually, masalah kecik jek.

Tapi tetap nak tau la korang facing benda yang sama tak.

First,

Ammar ni kalau bagi makan, sure melalak macam kena dera tu. Siap lonjak2kan badan lagi. Agaknyer kalau org dengar mesti ingat aku dera Ammar. 

Dia tengok je pinggan and sudu, start lah buat muka. Bila sudu tu cecah je mulut dia, terus meraung. Nak kata gusi or mulut or gigi dia sakit, aku rasa tak Sebab dia minum susu ok jek.

Nak kata dia x suka makan, kalau bagi dia makan guna munchkin food feeder tu ok aje. Siap x cukup lagi.

Kemuncaknyer kelmarin. Mak aku bagi dia makan puree epal + pear + brokoli. Dia boleh melalak x hingat. Mak aku bawa dia gi mandi pun dia menagis meronta2. Pakai baju pun menangis melonjak2. Sampai mak and nenek aku takut je kena sawan nangis.

Pastu bawa dia pakai baju kat luar rumah baru ok skit. Lama2 baru dia berenti menangis (ooo...ammar memang suka duduk depan rumah sampaikan playpen dia pun tarik letak kat luar).

Korang ader idea x camner mau buat ngan Ammar ni. Sekarang ni kitaorg stop bagi dia makan. Hanya susu saje. Dia pun nampak x heran kat makanan. Tapi menyusu...memanggggg banyak la.. :p

Ok.. yang tu masalah pertama. Masalah kedua plak ye.

Ammar ni kan tido ngan babah dia. Jadi en usrule yang selalu perasan. Aku baru sekali je perasan.. Last 2 weeks. 

Kadang2 tengah2 dia tido..dia boleh merengek2. Kalau bercakap time tido tu jgn cakapla..hehe. Selalu! 

Kadang2 bila dia merengek tu, dia macam gelisah. Bila peluk dia ok. Tapi ader waktunyer..peluk pun x jalan. Dia ubah2 kedudukan dia tido. Meniarap..pastu baring..pastu mengiring pastu meniarap balik sambil merengek. Tepuk lama2 baru ok. Dia mengigau ke?

Haaa...tu la masalah ngan ammar. Meh citer kalau korang pun alami masalah yang sama ek. :p






Saya sudah botak kembali. Mummy and babah kata saya cute kalau botak.. :p

7 comments:

nur easy said...

ammar2.. gtu lak ya. dia minum susu ibu kn, dah cukup gaknya. ke kena bubuh makanan dia dlm feeder. xmo bsuap..hik2..

time tdo tu, dia letih kut. cuba urut2 kaki dia..kalu af, sy wat gtula kalau dia gelisah je bila tdo

hehe agaknya la. kita pun tak 24hrs jaga anak ;)

MyRule said...

easy.. aha..rasanyer susu ibu pub dah cukup kan. So far x der tunjuk dia x cukup susu. Lepas je mnyusu terus terlentang senang hati..hehehe

Kalau dalam feeder tu so far baru try pisang and tembikai..yang lain macam x reti nak gayakan.. :p

Ooo..nanti i try ek. Kita tgk ok ke tak. hehehe..sama la kita :p

Lisa said...

kak mai ada cuba bg biskut tak? soh dia pegang sendiri jer kak mai..
susah gak klau tak ajar dia mkn kak mai, harap susu jer pn tak boleh gak sbb dia nak membesarkan..
nanti jd mcm anak buah along dok harap susu jer berat tak naik2 pn.. tiap2 bln kena g klinik utk monitor beratnya

MyRule said...

Long.. dah try. Dia tinggalkan jek biskut tu atas lantai.. :p

So far ammar berat ok. Sepupu along tu minum susu ibu ke FM?

azian abdullah said...

tang nangis time makan tu, tak tau lah pulak nape? belum ada experience lagi dgn najla. tp ada beza ke food feeder tu dgn sudu eh? pakai tu ammar nak pulak ek? pasal yg tiba2 merengek tgh tido tu mmg sebijik mcm najla. i rs ngigau kot. najla pun, i tepuk2 je..pastu dia tido balik. hehe

Siti Hajar said...

xde pengalaman lg, tp my sis punya anak dah 7 month takat mkn xde pulak nangis.. cuba try yg nur easy suggest..urut2 kaki n tapak kaki n belakang bdn dia.. mana tau, dia letih ke kan..:)

MyRule said...

Azian.. thanks dear. Ooo..beza. Food feeder tu kita boleh isi something yang lembut macam pisang dalam jaring dia. Lock and bagi baby pegang n makan sendiri. Macam ammar dia boleh pegang, tapi x pandai lagi nak gayakan. So, mummy diala yang terpaksa picitkan and hulur kat mulut dia.. :P

Najla pun camtu ek.. Aritu dah try picit2 kaki dia..ok gakla..:p

Hajar.. dah try aritu..boleh diapply.... :)