}

Jom Click beramai2.. ~wink~

Ammar Jr.

 Baby Birthday Ticker Ticker

Saturday, December 15, 2012

Scholl warehouse

Yuhuu...kitaorang baru je balik dari Scholl warehouse kat PJ. Dekat je ngan opis encik usrule.

Actually x budget pun nak gi. Both ammar and Akid pakai seluar katok dan singlet je. Pagi-pagi encik usrule ajak sarapan kat luar. Nasib baik semua dah mandi. And nasib baiklah bawa beg bebudak ni. Adalah pampers diaorang and susu ammar.

Gi sarapan kat kedai soto kat seksyen 8. Lama tak datang situ. Sesiapa yang biasa ngan shah alam or ex student uitm sure tau kedai soto ni. Kedai ni banyak sangat pilihan. Dia buka 3 lot kedai tau.

Lepas sarapan encik usrule ajak gi DEMC, dia nak check gigi. Before ni dah checked kat klinik biasa, problem gigi geraham bongsu tumbuh bawah gigi geraham yang sedia ada.

Lama gak kat situ. Dekat satu jam lebih. Lepas siap semua, dia kata jom gi Scholl. Haaa...aku jom je la hehe. Tapi dah dekat pukul 11.

Sampai je kat sana, kereta memang banyaklah. Disebabkan akid tengah tido sambil menyusu so encik usrule gi dulu. Kitaorang parking tepi jalan je. Aku tinggal dalam keta ngan ammar dan akid.

Tak sampai 20 minit dia dah balik. Tau apa dia bawa balik? Bukan kasut....tapi biskut and coklat van houton. Muahaha. Dia kata x de saiz.

Pastu aku plak gi. Haaa...memanglah..takde size. Tinggal saiz yang kecik or besar sgt. Kaki aku saiz 7, saiz standard perempuan Malaysia.  Last2 aku keluat camtu je. Gi minum air vico free heheh

Esok ada satu hari lagi. Aku rasa suret dia restock kot. Takkan nak jual apa yang ada tu. So pada sesiapa nak gi, better gi pepagi.

Haa..meh jamu mata kedai soto and kasut yang aku nak beli tapi tak jadi beli sbb size 7 dia longgar.. :(


No comments: