Salam..
Sebelum guna pump Spectra 3 sekarang, kitaorg guna MEdela Mini E. Tapi sempat guna sebulan je. Pastu suction dia dah x kuat. Then sebab ader waranty lagi, terus antar kat kedai kitaorg beli pump tu. Tapi sebabkan kedai tu hampeh..selepas sebulan diorg pulangkan pump tu kat kitaorg balik. Diaorg kata x boleh betulkan.
Tapi sebab masa tu tgh cuti kat Melaka lagi and dah ader Spectra, kitaorg pun ignore je la kat Mini E tu. Tangguh punyer tangguh sampailah abis waranty. Sampailah Ammar 9 bulan.
Last week kitaorg decide untuk antar service.
Masa balik SG, kitaorg pun lajak la ke Ampang.
Ok..ader 3 pusat service Medela kat MAlaysia ni.
Satu kat belakang dataran Maybank Bangsar, satu lagi kat Dataran Palma berdekatan Ampang Point (kitaorg gi sini) and satu lagi kat Penang.
Yang kat Ampang ni juga buka hari Sabtu 10-12tgh.
Tapi better call dulu before gi.
Layanan dia memang first class.
Kedai dia pun ader banyak barang baby.
Sambil2 tu boleh cuci mata macam AMMAR HAFIY.
Agak lama juga dia cuba repair Mini E kitaorg tu.
Bersungguh2.
Dekat satu jam lebih.
And rupa2nyer, ader part kat dalam motor tu sudah takder.
And kakak tu cakap, diorg takkan buat macam tu.
Lagipun kalau motor rosak, diorg ganti je yang baru sebab masa rosak dulu tu under waranty.
So, persoalannyer di sini, aderkah cina pompuan tokey kedai baby di MElaka tu tidak hantar ke Medela Service Centre?
Adakah dia memandai2 cuba betul then cakap x boleh repair?
Ooo..hati ini sudah berangin. Rasa macam mau lempang sejuta kali muka pompuan tokey kedai baby itew.
Akhirnya kitaorg decide untuk tukar motor pump tu.
Motor pump yang baru berharga RM250. Tapi sebab tolak motor lama kena bayar RM200 jek.
Mula2 ingat nak jual jek Mini E tu. Tapi tetiba encik usrule kata tak payah.
Bila aku tanya naper. Tau dia jawap aper???
"MEmory...memory...."
Huhuuh..ye la... x jadi jual la...
Mummy..lama lagi ke?
Best gak benda ni..
Nak try la..
Best..best..babah x nak beli ke?
Banyak nyer benda2 best kat sini
Mummy..nak ni..
Yeah...bole?
3 comments:
comelnyeeeee...abg ammar pon dh pandai melasak skang
myrule: kalau kita beli medela from US/UK melalui internet/website(melalui orang) kan.. kalau nak hantar servis kat tmpt awak gi tu boleh ker tak...? atau kalau yang kite beli sendiri kat ebay.. boleh tak hantar servis situ? apa kata awak provide la phone no kat sini skali hehehhee..
Nens..takper..nantu mommy dia kurus jek.. :P
Atul.. boleh. Sebab i pernah baca ader blogger ni antar. Tapi bab waranty i x sure plak. Aper2 u call diorg tau
Lot B2-G, Jalan Selaman 1, Dataran Palma,
Off Jalan Ampang,
68000 Ampang,
Selangor
Tel: 03-42701128
* betul2 sebelah De Palma Hotel
Post a Comment