}

Jom Click beramai2.. ~wink~

Ammar Jr.

 Baby Birthday Ticker Ticker

Tuesday, July 31, 2012

Akrab

So sweet tengok Ammar and Akid ni.

Kalau rasa nak marah and penat ngan kerenah diaorg ni kan, suka tgk gambar2 dalam tab.

Ammar sayang kat Akid. Bangun tidur cari Akid. Kiss akid. Tapi dalam pada tu, jeles kalau kitaorg lebihkan Akid. Tak bagi encik usrule pegang Akid lama2.

Ada waktunyer dia guling kat atas adik dia la, nak tido atas dada akid la or nak ajak Akid wrestling. Then bila kena marah ngan kitaorg, Akid kena lepuk ngan dia tanda protes. Tapi, antara tu semua, memang nampak dia sayang Akid.

Akid plak, suka tarik rambut Ammar. Tak pun nak amik botol susu Ammar. Tapi....... kalau Ammar buat apa jek, dia akan jadi tukang gelak. Supporter no. 1 abang dia...



Friday, July 27, 2012

Red Valvet Cake

Yeahhhh!!

Menjadi juga.

First try ok. Buat Cake dia dulu. 2 hari pastu baru buat cream dia.

Masa mula2 nak buat tu kan, ammar dah tido..akid pun tido. Sangat cun timing. Sekali baru kuar bahan2, Akid pun bangun. Tetiba jek kepala dia dah tegak huhu

So, angkutlah dia ke dapur sekali. Letak dalam bouncer. Then panaskan oven semua, tup2..amek kaw...electric plak takder..

Waaa.......rasa nak ngamok jek ngan TNB ni. Dekat sejam la kot tunggu. Sampai Ammar pun bangun. Kesudahannyer, aku kena buat kek sambil dukung Ammar. Tiap kali on mixer, dia melompat suh aku dukung sebab dia takut bunyi mixer tu...




Sempat tapau skit bawa balik untuk Family In Law. Diorg kata sedap. Ikhlas or nak amik ati ke, x tau lah hehe. Yang penting aku rasa sedap. Nak lagi best, ammar cakap "sedap mimi..sedap..." ngan muka2 sekali dia punyer expreesion ~wink~

Wednesday, July 25, 2012

WW



Friday, July 20, 2012

Ramadan Datang Lagi

Alhamdullillah..dipanjangkan umur menyambut Ramadan kali ini.

Semoga kami sekeluarga dapat beramal sebaik mungkin insyaallah...

Wednesday, July 18, 2012

WW


Monday, July 16, 2012

Mixer dan Oven

Dah lama mencari 2 benda ni, Mixer dan oven. Asyik tertangguh jek nak beli. Tunggu promo, tapi tak gak beli2.

Masa beli baju raya Ammar dan Akid kat JJ bukit Raja, ajakla encik usrule gi kat bahagian elekrical. Ingat nak cuci mata je kan. Sekali amik kaw...!! Oven jenama MISTRAL, RM299.00! 52liter ok. Ulang suara sekali lagi. 52L!

Pastu bukan tu jek. Oven tu ader fungsi panggag dan putar. Ala..macam ayam golek tu. Boleh masuk max 5kg..sapa x mau kan.. :p

Apalagi, dan2 tu gak kitaorang beli. Mixer pun ader sale. Jenama cornell.

Haa.. niat hati nak buat red valvet and pavlova. So, kalau dah buat nanti aku upload ye. Bila tu..tak tau la.. ~wink~



Kami beli....

Kami dah beli baju raya bebudak ni.. ~wink~

Beli cecepat sebab malas nak gi shopping time puasa. Tak larat oo ngan budak 2 org ni. Nak tinggal, kesian plak.

So, Sabtu lepas kitaorg gi JJ Bukit Raja. Dah start sale kan. Orang pun x ramai lagi. So, apa lagi,..memborong la mummy ngan babah ammar akid ni. Dapat berpasang2 untuk dia org berdua. Beli extra untuk Akid. Sebab Akid x banyak baju baru. Yang lain beli sepasang ngan Abang Ammar. Cuma beza warna takpun sama warna design lain skit jek.

Ahad plak, kitaorg gi section 18. Gi Tailor yang encik usrule selalu gi. Haa..kat situ baju melayu murah dan cantik. Kemas ok jahitan dia. Tak tipu. So, kitaorg beli baju melayu kat situ je. Sepasang untuk encik usrule, sepasang untuk Akid, sepasang lagi untuk Ammar. Murah sgt. Baju melayu budak2 ni baru rm23 after diskaun! Kitaorg tgk kat JJ rm50, kat PKNS rm50. Sangat cute bila tengok diorg test kat umah.

Korang dah beli ke? Tema apa tahun ni? :p

Thursday, July 12, 2012

Masak-masak

Salam semua,

Tiup habuk jap ek.

Biasalah, jaga budak 2 org ni memang sentiasa bz. Nak tunggu dua2 org tido sekali baru boleh online. Tu pun kalau baju dah siap lipat, dah siap solat and dah siap masak. Kena betul-betul free. Tengah menaip ni pun Akid nangis la plak. Dia ni susah nak tido lena. Tido pun kejap2 jek.

Ok, sekarang tengah sibuk2 nak makan kek. Best giler kek Red valvet and pavlova. Jatuh cinta dengan dua2 kek ni.

Tu tak termasuk lagi ngan kek coklat moist and cheese cake. Mari menambah berat badan yang tak bertambah2 ni :p

Ditambah dengan kerajinan hari tu kan, dengan x der mixer carilah resepi kek kukus n cheese cake. Dah lama tak buat. Pastu kebetulan ader hari yang tak payah masa (encik usrule tapau makan kat pasar malam) and bebudak 2 org tu tido serentak, apa lagi........... start la project.

Hasilnya........... tadaaaa



Ni kek choc moist yang x berapa moist. Dihias STAR fave Ammar.


Kosong, x sempat tabur Star



Marble Cheese cake yang x marble sgt :)



Wednesday, July 4, 2012

WW - STAR!