}

Jom Click beramai2.. ~wink~

Ammar Jr.

 Baby Birthday Ticker Ticker

Thursday, November 6, 2014

DUGROSTAR FINALE SUNWAY PYRAMID

Salam semua.. arini ada masa sikit, marilah kita upload blog secara berjemaah :)

Ok..masih nak bercerita pasal DUGROSTAR FINALE yang diadakan di Sunway Pyramid hari Sabtu lepas. Mula2 memang plan nak gi satu family. Ngan encik usrule and the domokss. Tapi apakan daya ada hal lain la plak, So, kitaorg bahagi dua. Aku bawa Hanin gi Dugrostar Finale, Encik usrule bawa the domokss hehe. Giler adil kan. So, kira girl's day out and boy's day out la kan.

Pagi Sabtu tu kitaorang banyak hal nak kena settle. Balik rumah untuk makan je jap. Pastu siapkan Hanin and terus shoot ke Sunway Pyramid. Berdua ok! Tabah giler. First time bawa Hanin sorang2 kuar dari Shah Alam. Tapi kalau ikutkan rekod Hanin so far, dia memang suka jenjalan..naik kereta.

Sepanjang dalam kereta dia senyap je. Takder bunyi. Sampai je kat Parking terus dapat parking. Pastu dekat ngan escalator and lift plak tu. Then terus turun bawah since parking kat atas and event tu kat lower ground. Eh! tetiba je..turun je terus sampai kat event tu.Alhamdulillah. Memeang mudah sesangat. Kalau camni, memang nak jenjalan berdua ngan Hanin.

Dari escalator tu namapak mainan kat bawah ni..


Adusss...rasa sayang plak the domokss takde...huhu.. Tetap ingatkan anak2 gak.


Pemenang 
Ashley Yong Hui Jing, 4y old, Dancing
Vincy Kong Yun Sim , 5y Old, Singing
Cindy Lim, 5y Old, Played the piano


 

Judges
Ruth Liew, Director of Malaysian Child Resource Institute and Child Develomentalist
Elza Irdalynna, Actor, Producer, Speech/drama Instructor at BluBricks
Nur Diyana Hashim, Radio DJ and Instructor at BluBrick




Supporter


Drawing Contest









Antara aktiviti untuk anak2





 Dugro Dance..



Hanin...budak paling sporting heheh

Sangat best..bakat masing2 memang tak boleh blah. Dapat2 yang menari. Selalu terkagum ngan org2 yang pandai menari ni.

So, pada sesiapa yang nak tengok finale ni, masih ada lagi. Weekend ni kat IBorneo Sabah dan di Mahkota Parade Melaka. Jom datang. Jangan lupa tau :)


 DUGRO® MENGANJUR MAJLIS PENGHARGAAN BAKAT KANAK-KANAK TERBESAR DI MALAYSIA PADA TUJUH PERTANDINGAN AKHIR DUGROSTAR™ DI SELURUH NEGARA!
Peringkat Finale Lembah Klang Menyaksikan 40 Kanak-kanak Dinobatkan Sebagai Bintang dalam Dugrostar™ 2014 yang Julung-julung Kali Diadakan

Dugrostar™, wadah seni persembahan pertama yang dianjurkan oleh Dugro®, mengadakan siri persembahan peringkat akhir yang mempamerkan bakat luar biasa kanak-kanak dari seluruh Malaysia.  Seramai 6,381 kanak-kanak tampil menunjukkan potensi dan kreativiti mereka dalam nyanyian, tarian dan bermain alat muzik sejak kempen Dugrostar™ dilancarkan pada bulan Ogos.

Dicipta untuk mendorong kanak-kanak mencungkil potensi diri mereka sepenuhnya, Dugrostar™ merupakan pengiktirafan terbesar Malaysia kepada bakat kanak-kanak. Ia berakhir dengan tujuh pertandingan akhir yang diadakan di tujuh negeri dengan hadiah wang tunai melebihi RM175,000 yang diberikan kepada seramai 280 kanak-kanak di seluruh negara.
Tempat
Tarikh
KB Mall, Kelantan
24-25 Oktober 2014
Plaza Merdeka, Sarawak
31 Oktober-2 November 2014
Sunway Pyramid, Selangor
31 Oktober-2 November 2014
1Borneo, Sabah
8-9 November 2014
Mahkota Parade, Melaka
7-9 November 2014
KSL Mall, Johor Bahru
7-9 November 2014
Queensbay Mall, Pulau Pinang
13-16 November 2014

Pada peringkat finale di Lembah Klang yang diadakan di Sunway Pyramid, seramai 40 kanak-kanak telah dinobatkan sebagai bintang Durgostar™ kerana semangat, minat, tenaga dan bakat yang telah ditonjolkan semasa persembahan mereka, yang telah mencuri hati orang ramai dan juga para juri. *Sila rujuk senarai 40 finalis yang dilampirkan. Untuk setiap lokasi, tiga pemenang hadiah utama menerima hadiah wang tunai masing-masing berjumlah RM5,000, RM3,000 dan RM1,000 di samping piala kejohanan, manakala finalis lain menerima hadiah sagu hati.

“Pakar perkembangan kanak-kanak percaya bahawa seni persembahan mempunyai kesan yang positif ke atas kanak-kanak, seperti meningkatkan keyakinan dan disiplin diri, serta menambahbaikkan kemahiran bahasa dan sosial mereka. Inilah sebabnya mengapa Dugrostar™ diwujudkan, iaitu supaya kita boleh menggalakkan kanak-kanak sedari usia muda dan memberikan mereka peluang untuk mengembangkan kemahiran dan sikap sepanjang hayat,” kata Cik Connie Ang, Pengarah Urusan, Danone Dumex Malaysia. “Kami juga memahami kebanggaan setiap ibu bapa terhadap anak mereka dan kami amat gembira kerana ramai ibu bapa mengambil peluang ini untuk meraikan kualiti bintang yang ada pada anak mereka dan berkongsinya dengan orang ramai.” 

Finale Dugrostar™ juga menonjolkan persembahan menarik daripada kanak-kanak dan promosi serta aktiviti di atas pentas dan gerai untuk disertai keluarga yang berkunjung, misalnya Dugrostar™ Step, Dugrostar™ Beat, Dugrostar™ Style dan aktiviti mengambil gambar keluarga. Pada masa yang sama, bagi mereka yang tidak sempat mendaftar, mereka masih boleh membuat persembahan di gerai video Studio Dugrostar™ dan berpeluang memenangi hadiah menarik yang lain!

Panel juri Dugrostar™ dan penasihat kempen terdiri daripada pakar kanak-kanak seperti Cik Ruth Liew, Pengarah Institut Sumber Kanak-kanak Malaysia dan Pakar Perkembangan Kanak-kanak;   En. Zaid Mohamad, Kolumnis, Penulis Buku Terlaris, Perunding Keibubapaan; Cik Elaine Yong, Pakar Psikologi Perkembangan dan Pensyarah di Jabatan Psikologi di Universiti Sunway; dan profesional seni persembahan dari Blubricks, sebuah pusat pertuturan dan drama terkemuka yang diketuai Encik Az’farr Baginda, Pengamal Teater, Pendidik dan Pengetua Blubricks.

Dugro® adalah jenama susu formula untuk kanak-kanak membesar. Inovasi terbarunya, Dugro® dengan 5 Nutri, membantu menyokong tumbesaran pelbagai dimensi keseluruhan pada kanak-kanak yang termasuk lima aspek tumbesaran utama, iaitu minda, tulang, imuniti, penghadaman dan kecergasan.

Untuk maklumat lanjut tentang Dugro® dan Dugrostar™, layari www.dugro.com.my atau hubungi Dumex CareLine di 1-800-38-1038.

Mengenai Danone Dumex
Danone Dumex (Malaysia) Sdn Bhd ("Danone Dumex") adalah pakar dalam pemakanan kanak-kanak dan memasarkan rangkaian produk pemakanan kanak-kanak yang inovatif, terbukti dan berasaskan sains. Danone Dumex adalah sebahagian daripada DANONE, sebuah syarikat antarabangsa yang beroperasi di kesemua benua. Kumpulan ini berada di tempat teratas dalam industri makanan sihat melalui empat perniagaannya: Produk Tenusu Segar, Nutrisi Awal Kehidupan, Air dan Nutrisi Perubatan. Misinya ialah untuk memberi kesihatan melalui makanan kepada seramai orang yang mungkin. Danone mempunyai lebih 190 loji pengeluaran dan kira-kira 104,000 pekerja. Disenaraikan di Euronext Paris, Danone merupakan saham komponen indeks tanggungjawab sosial utama termasuk Dow Jones Sustainability Indexes, Vigeo dan Ethibel Sustainability Index. Danone Dumex juga diletakkan pada kedudukan nombor 1 dalam indeks ATNI 2013.

Untuk maklumat lanjut mengenai Danone Dumex, sila layari www.dumex.com.my.

No comments: