}

Jom Click beramai2.. ~wink~

 Baby Birthday Ticker Ticker

Ammar Jr.

 Baby Birthday Ticker Ticker

Friday, March 9, 2012

Detik kelahiran Akid Hadi Mohd Asrul

Salam korang..ok, seperti yang dijanjikan arini nak buat entry pasal bersalinkan Akid.

Seperti Ammar, kita orang gi checkup kat SALAM (Shah Alam sepecialist) sebab kita orang suka sangat kat Doktor Mariam. Very motherly, lembut and Islamic.

Due date adalah pada 2/3/2012. Terbalik ngan besday encik usrule. Tapi disebabkan ammar lahir on 36w so kita orang berharap gak Akid lahir on 3/2/2012 (besday encik usrule) iaitu 36w. Tapi akid memang nak duduk lama dalam perut. Tunggu punyer tunggu pun x keluar. Baru la merasa camner perasaan menunggu tu kan. Dulu2 x rasa heheh

Pastu ada checkup on 21/2. Aku siap minta MC sampai 24/2. Dengan alasan x larat nak naik tangga opis. Lagipun keja pun dah takder. So pagi2 masa nak gi checkup (gi sorang sebab encik usrule keja) dah siap2 antar Ammar gi school. Lepas antar Ammar gi school tu terasa macam nak masak plak. Terus aku gi pasar section 6. Beli ayam, ketam, sayur bendi, cendawan n ikan 3 ekor. Beli gak pisang. Haaa..ini macam masa bersalinkan Ammar la. Siap masak bihun goreng lagi.

Balik dari pasar tu, terus bersihkan semua. Masak nasi. Buat rencah etc. Just siapkan sup cendawan + ayam untuk Ammar. After that, sapu satu rumah and mop. Iron baju keja encik usrule sampai Jumaat. Siap semua. Pukul 1 lebih gerak gi SALAM. Aku orang first. Takder orang lain. Bila jumpa doktor Siti, dia check VE. Dah buka 1.5cm. then dia tanya aku, nak dia tolong bukakan jalan ke? Dah alang2 kan, aku ok jek. Sakit gak la. Tapi kejap jek. Dia cakap, after dia bukakan jalan tu dah 3 cm. So maybe dalam sehari dua. Datang hospital bila dah sakit selang 5 minit.

Balik tu terus amik Ammar kat school. Sampai rumah terus masak ketam bercili. Siap masak terus rest. Masa ni x rasa sakit lagi. Lepas jek kol 4, dah start rasa sakit sikit2. Pukul 6 encik usrule balik. Masa ni memang dah rasa sakit. Ader blood stain. Masa abang Ammar dulu pecah air ketuban and x rasa sakit.

Encik usrule tanya nak gi Salam ke? Aku kata x lagi. Contraction pun selang 9 minit camtu. Lepas maghrib kitaorg makan. Encik usrule kata sedap aku masak ketam..heheh. Bangga kejap, sebab dah lama giler x masak. Dia makan bertambah.

Lepas tu aku baring balik. Memang sakit ooo. Time contraction tu memang x boleh nak bercakap. Bangun gi toilet pun terbongkok2. dalam kol 9 tu, aku minta encik usrule kertas and pen untuk catat waktu contraction. Dari 6 minit...5 minit..and pukul 10 dah 4 minit. Terus siap2 nak ke SALAM. Tapi kena antar Ammar kat rumah adik aku. Sampai jek Salam dah dekat kol 11. Register and diorang check bukaan dah 5cm.

Sebab dah 2nd time kan? so dah boleh expect aper yang akan dilalui. So tak nervous sgt. Nurse bagi ubat buang air besar. Masa ni doctor x sampai lagi. Check heartbeat baby. Encik usrule memang ada kat sebelah.  Tolong pegang air zam zam. Epidural memang x boleh dah la time ni. So, nurse nak bagi  phetidine  (masa ammar dulu amik suntikan ni). Sekali, dia orang check dah 7cm. Terus dia orang kata tak boleh bagi. Gas saje yang boleh. Aku rasa gas tu x membantu langsung. Siap cakap ngan diorg. Terasa giler sakit.

Masa dekat2 nak pukul 12 tu dah dekat 10cm. Encik usrule cakap dgn Doktor Siti nak date 21022012. So, doktor jawab, "ok..ader 5 minit lagi ni. Kita try ek". Try2 memang x boleh. Sebab aku x boleh fokus sebab sakit giler. Kalau masa Ammar dulu, x rasa sakit. Tapi kali ni memang rasa. Sebab aku amik gas jek. Akid plak 3.5kg (ammar hanya 2.9kg). Aku amik masa untuk kuarkan Ammar. Sampai satu tahap, aku dah give up. Series give up. Tak mau teran. Hehehe..malu bila pikir balik tau. Masa tu aku rasa nurse2 tu tarik tangan aku and suruh aku teran. Pastu aku teras encik usrule kiss aku banyak kali.

Yang pasti entah bila la aku rasa doktor Siti kata ok..bahu dah nak kuar. And dah takyah teran. Baby keluar. LEGA!!

Aku dengar Doktor Siti kata kat encik usrule, bersalin memang sangat sakit. Dapat2 plak baby besar and takder ubat tahan sakit. Akid lahir pukul 12.56am. Aku masuk labour room dekat pukul 11pm. 2 Jam lebih jek. Masa Ammar masuk SALAM pukul 10.30pm. Bersalin 3.44am. Ammar lama skit tapi tak rasa sakit. Akid sekejap..tapi memang sangat sakit. Tapi Alhamdulillah dipermudahkan semua...





14 comments:

Nur said...

fuh fuh cemas nak bersalin no 2 nanti (xtau lagi blie) confirm tak sama macam no 1 kan. tapi masa no 1 i ada rasa give up nak teran sebab tak kelaur2 harap2 no 2 senang keluar ;p

Ana Lyana said...

ok bergenang air mata masa part suami cium tu.. sebab dah rasa...

masa dah give up tu pun ana dah rasa sebab benda yg sama ana lalui.. n last doc suh push kali terakhir, then keluarlah Dani...

masa Dani, sakit dan tak yah tunggu2 baby nk kluar sebab induce..

kali ni tertunggu-tunggu bila baby nak kluar..:) suspen jer..

MyRule said...

Nur..betulla orang cakap, setiap anak lain2 rasa. So maybe i dah rasa senang masa Ammar, so ngan Akid rasa la sakit. Mana tau ur 2nd time dipermudahkan juga..:)

Ana..bab tertunggu tu memang best. Baru rasa mencabar kan.. :)

rDnA said...

Dina pun masa danial terasa give up nk push..sebb xreti nk push pun sama.pastu berlagak xmo ambik epidural.pakai gas je mmg azab la tahan sakit.tp bila baby dh keluar rasa lega sgt..

Lain anak lain sakitnya kan..alhamdulillah akid selamat dilahirkan..

MyRule said...

Dina, kan..gas tu tak rasa aper pun. Lalok jek lebih. Alhamdulillah..selamat semuanyer..:)

Lisa said...

wah besarnya akid kak mar, fuh ni yg seriau rasa ni.. along plan thn depan kot nak peknan lg, umur dah bertambah ni harap2 ok ler nanti heheh

MyRule said...

OK LONG...GOOD LUCK TAUN DEPAN..HEHEH

antalya said...

dah mamai or pening ke mai sedut gas oksigen tu? emm kalo baby akid lahir on 21feb, sama birthdate dia ngan auntie yun niha

MyRule said...

yun...x mamai pun..i x nak sedut. Sebab nanti tau lalok sebab masa Ammar tu memang lalok..heheh

nur easy said...

dah ada 2 pengalaman kan..
org kata kalau tanda darah dulu mmg sakit.. sy dulu pun kuar darah dulu, tp alhamdulillah la x lama juga dlm labour room

MyRule said...

eize..aha..memang dgr org cakap camtu. dah rasa baru tau..:)

Mrs Zulkarnain said...

best-nye dapat bersalin normal :)
tahniah ea. tak sempat2 nak komen sejak kamu bersalin aritu.

Mrs Zulkarnain said...

best-nye dapat bersalin normal :)
tahniah ea. tak sempat2 nak komen sejak kamu bersalin aritu.

MyRule said...

mama zz.. thanks dear.. i pun x sempat nak update new entry..huhu