Salam..
Arini kita ubah topik ek..
Before ni memang jarang citer pasal rumah kan? Asyik citer pasal Ammar jek. Tapi dah nama pun blog Babah + Mummy = Ammar kan.. ~wink~
Kitaorg dulu kan masa PJJ memang ader niat nak beli rumah. Actually nak beli rumah untuk pelaburan. Rumah murah jek. Kitaorg nak beli rumah yang kitaorg sewa sekarang. Rumah Flat lama jek. Tapi Groun floor, parking sangat senang, depan gate sekolah menengah, walking distance to kedai and school Ammar, masjid and x jauh dgn comercial lot section 18. Sape x mau kan? Tapi, owner tak mau jual. Padahal, sejak kitaorg masuk rumah tu sebelum sebelum kahwin dulu, sekali jek kitaorg jumpa anak owner tu. Yang lain semua tru fone je. Even nak repair apa2 dia suruh encik usrule buat and tolak duit sewa. Sampai macam tu sekali kan. Kitaorg memang sayanggggggggg sangat rumah tu. Rumah first lepas kawen..memory2.
Lagipun masa kitaorang PJJ dulu, memang niat nak back for good ke Melaka. So, nanti2 kalau dah dapat pindah Melaka boleh beli rumah lain. Melaka rumah memang masih murah. Rumah banglo or Semi D area rumah mak aku tu x sampai 300K. Cantik. Nak gi mana2 senang. No tol. Setakat nak lepak shopping kat KL ni..satu jam setengah je. Apa la sangat kan? Tengah2 antara kg encik usrule kat Muar and rumah parents dia kat Sri Gombak.
Tapi, Allah ada perancangan yang lebih baik. Bila Encik usrule dan Ammar balik ke Shah alam, kitaorang decide untuk beli rumah. Antara berapa perkara yang kitaorang pertimbangkan adalah
1. Pelaburan or untuk duduk
Yang ni memang berbelah lagi. Macam aku cakap la, aku suka sangat duduk kat rumah sewa sekarang. Tapi sampai bila kan? Nak tak nak kena ada rumah sendiri. Bila fikir punya fikir, kitaorang pun decide beli rumah untuk duduk. Insyaallah esok2 bila ada rezeki lebih, kitaorang cari untuk pelaburan.
2. Budget.
Yang ni pun penting gak. Kena pandang jauh ke depan. Bukan setakat 5 tahun jek. Mula-mula kitaorang (aku la tu) letak budget sampai 400K. Sebab?? Rumah kat Shah Alam ni mahal. Rumah baru naik memang atas 400K. Rumah lama yang elok skit dapat 300K - 400K. Tapi bila encik usrule bagi nasihat, so kitaorang decide harga rumah tidak lebih dari 300K.
3. Jenis rumah
Bab ni kitaorang sependapat hendak rumah bertanah. Takderla duduk depan grill jek macam Ammar Hafiy buat petang2 macam sekarang. Tapi aku suka single story. Encik usrule plak mau double storey. Kalau single storey dapatla bawah 300K and tengah2 town Shah alam. Bincang lagi. keputusannya kitaorang pilih dua2. Maksudnya kalau single lagi menarik, kitaorang amik single.
4. Lokasi
Lokasi pun memang sangat penting tau. Macam kitaorang ni, encik usrule kerja kat Petaling Jaya (boleh naik motor) dan aku pula kat Shah Alam (naik kereta). So, mestilah kena cari area yang berdekatan kan?. Kitaorang berdua memamng sangat puas hati dengan Shah Alam. Tapi harga rumah mahal! Jadi, kita luaskan pencarian ke pinggir Shah Alam. Antaranya Bandar Saujana Putra, Putra Heights, Kota Kemuning, Bandar putra dan juga Bandar Puteri.
5. Keluasan dan design rumah.
Yang ni bagi aku penting. Kakak aku dulu beli rumah (7 tahun dulu) kat Bandar sri Putra Bangi, harga 217K dengan keluasa 22*80. Heaven! End lot lagi. Member aku plak beli rumah (5 tahun lepas) masa Bandar Puteri Klang baru buka harga 180K dengan keluasan 22*70. Sekarang mana nak dapat? Aku nak rumah yang luas. Design yang cantik. Tapi yang tu kena cari tempat jauh2 la macam Puncak Alam baru dapat murah2. Tapi yang penting kalau boleh aku mau endlot or corner lot :)
Haaa... 5 di atas adalah kriteria penting yang kitaorang list downkan semasa decide nak beli rumah. Dekat 4 bulan gak pencarian rumah ni.
Ok..nanti aku update lagi media yang kitaorg gunakan dalam mencari our HOME SWEET HOME ek..
6 comments:
dah berjaya beli umah ey u??
Dah jumpa rumah idaman tu ke? Kalau belum, and since u sebut suka area Shah Alam, boleh try tgk area Pinggiran USJ, sebelah dengan USJ Heights and dekat dgn Putra Heights :) .Sime Darby punya. Dia boarder Subang Jaya and Shah Alam.
Deena..dah book. Tengah pilih loan bank.. :)
Pink..Already Booked.. :) In progress untuk loan rumah.. :P
seronok kan ada rumah sendiri.. mudah2an dipermudah urusan ;)
Easy..amin..belum rasa excited lagi..tapi dah start riki2 apa2 yang patut untuk rumah sendiri.. :)
wah... dh nak beli rumah sendiri.. bestnya.. wani tengah tercari-cari lg....mudah-mudahan urusan kak mai sekeluarga di permudahkan
Post a Comment