Salam..
Baru perasan arini hari Khamis ek.. Cuti lama sangat. Ammar Jr. masih enak dok dalam perut. Tak mau share besday ngan babah ~wink~
Pagi2 tadi dah ada meeting ngan boss Jepun pasal manpower.
Sebenarnya, dari aritu nak up entry Ammar Hafiy setahun 4 bulan. Tapi tak sempat nak type (malas).
So arini kena gak merajinkan diri untuk tulis entry ni.
Pada umur setahun 4 bulan ni Abang Ammar
1. Nak pakai baju and seluar sendiri. Tepuk tangan semua..hehehe. Sangat mau berdikarikan? Tapi kekadang bagi Mummy tension sebab x nak bagi mummy tolong langsung. Tolong skit pun dia akan melalak and buka balik baju. Masalahnya, dia memang tak boleh nak buat sendiri, kena ada orang tolong. Ada sekali tu dia cuba sarung tshirt encik usrule. Tau apa jadi? Haaa...dia masukkan kepala kat bahagian tangan. Pastu dah tersangkut. Punyerlah meraung.
2. Sudah pandai guna straw!!..tepuk tangan lagi. Opsss..tau2..anak korang awal2 lagi dah pandai guna straw..hehehe. Ok..memang automaticlah. Before that jenuh tunjuk cane nak guna straw. Memang x reti2. Bila kitaorg buat x tau..sebab ramai cakap, dia akan berlajar sendiri. Tetiba aritu kitaorg saje jek bagi dia air kotak milo. Laju je dia sedut. Sampai tersedak. Waaaa....macam x caya jek kan. Sekarang..pantang nampak straw.
3. Penggunaan sudu and garfu pun dah semakin kemas. Dah boleh suap ke mulut. Ni dah lama praktis, tapi baru je mahir.
4. Minggu lepas, masa aku siap2 nak keluar. Pakailah headband kan sebelum nak pakai tudung. Ammar tengok jek aku pakai headband tu terus dia lari2 masuk bilik solat. Tau apa dia buat? Rupa2nya dia nak capai tudung. Aku gantung tudung tu dalam bilik solat. Nasib baik tudung yang dia tarik tu kena ngan baju aku pakai. Kalau tak..nangis mummy dia sebab takkan x nak pakai plak kan tudung yang anak tercinta dia pilih kan..heheh
5. Sudah mula kenal watak Barnie, Boyboyboy dan juga upish ipish (upin ipin). Menari sambil tangan dia goyang2kan pastu pusing2..heheh
6. Kaki buli..huhuhu. Itu yang kakak kat nursery cerita. Ammar selalu babap ader budak pompuan ni. Budak lelaki dia x kacau sangat. LAgi satu, kalau dia usik org takper. Tapi bila orang usik dia..dia menangis. Yang aku perasan ammar ni, style dia bergurau memang kasar. Nasib baik la budak pompuan yang selalu dia babap tu relaks jek. Macam x kisah. Risau gak kang mak budak tu marah...:)
7. Dah boleh faham arahan. Boleh cakap banyak perkataan even pelat skit. Dia sebut NO sgtla cumel. And ada satu word faverite dia..nak tau apa? OOOCOCOTTTT...muahahaha. Yup..macam melatah tu. Tu bunyi panjang. Kalau pendek jadi ooocott..hehehe
8. Latest! Malam tadi Ammar datang kat mummy sambil cakap YAK..YAK.. Sambil tunjuk pampers dia. Rupa2nyer betul. Dia poo poo.. :)
Aper lagi ek..rasa macam ada lagi, tapi x boleh nak ingat. Lupa jap. Tapi lebih kurang tu la perkembangan Ammar Hafiy..
2 comments:
"ocooccooot" hahaha.. comel.. tak dapat bayangkan camne ammar sebut..
Hahaha.. atul..memang sgt comel..bukan sebab dia anak i..i cakap comel tau..nanti ingat nak rakam bila dia sebut ococooott.. :)
Post a Comment