}

Jom Click beramai2.. ~wink~

 Baby Birthday Ticker Ticker

Ammar Jr.

 Baby Birthday Ticker Ticker

Tuesday, September 6, 2011

Beza raya Rumah Mak sendiri and rumah mertua....

Ooo..malas mau update..tapi macam x der mood buat keja. Lagipun semua org dalam mood beraya lagi. Takder prob..takder call and takder orang cari.

Semua system and komputer berfungsi dgn baik..heheh

Tahun ni kan first time beraya ngan Ammar. Tahun lepas berdua ajek. Beraya di rumah mak aku kat Melaka. Petang raya pertama baru balik Rumah nenek encik usrule di kampung   bandar Muar.

So, this year.. Ahad tengahari kitaorg dah balik bandar Muar. Juadah berbuka aritu adalah nasi lemak sambal sotong + sayur kangkung. And ader lagi, tapi dah lupa.

Kali ini mau citer perbezaan antara beraya kat umah mak aku and kat umah nenek mentua.

Bab makan..memang kat Muar sangatlah heaven. Encik usrule memang suka balik Muar. Bayangkan..malam raya tu jek ader pelbagai rendang, masak lodeh, Satay (buat and bakar sendiri ye), sambal sotong, nasi impit, ketupat dan banyak lagi. Pagi raya..jangan cakaplah. Malam raya pertama tu ader set nasi minyak + kurma kambing. Memang masak sendiri. Aku x tolong sgt..hehehe. Sebabnyer..ammar x nak berenggang ngan aku or encik usrule. Sebab merajuk  kena tinggal ngan encik usrule dalam entry ni 

Kat Melaka plak..makan memang x sebanyak kat Muar. Selalu ader rendang ayam + daging, nasi impit or ketupat and kek. Tak banyak sgt. Sebab? Kitaorg memang cari nasi impit/ketupat and rendang saje di pagi raya. Pastu nanti makan2 kat umah orang.

Itu bab makan. Bab meriah...Melaka la meriah. Kalau kat Melaka..kitaorg bangun awal pagi, mandi sunat pagi raya then makan. Lepas dah kenyang, masing2 bersiap untuk pergi masjid solat raya. Lelaki dan pompuan. Lepas solat raya, sesi bermaafan dan bergambar. Tetiap tahun inilah jadualnyer. Lepas bergambar ramai2..masing2 naik kereta dan menuju ke kubur. Kubur datuk, moyang semua la tu. After that memang berziarah. Rumah nenek sedara, mak sedara. Berjumpa sepupu sepapat dan juga sedara mara yang tidak pernah berjumpa. Sampailah ke petang. Silap2 habis 10 buah rumah. Tahun ni konvoi raya disertai oleh Family aku, Pak lang n co termasuk dua pupu Ammar, Danish yang berusia 8 bulan. Masa ni pun penuh ngan gambar beraya..huhuhu i jeles sebab i x der tahun ni..

Tapi..kat Muar lain. Kali pertama aku mandi pukul dekat pukul 10 di pagi raya. Tunggu encik usrule balik solat raya. Yang pompuan2 semua siap lambat. Diorg sibuk kat dapur. Dan hanya lelaki gi solat raya. Lepas jek mandi and siap2..Ammar plak tido..huarggg!!  Then tengok diorg lepak depan tv. Encik usrule plak lepak kat luar. Tunggu gak bila masanyer diorg nak salam2 and bergambar?. Takkan aku nak kuarkan kamera. Dah lah sebelum2 ni memang x der feedback pun kalau aku ajak bergambar. Non ado. Last2 aku ngantok..terus masuk bilik and tertido..huhuhu. SERIES!! aku tido di pagi raya.. Last2 kitaorg bersalaman di dalam bilik ajer. Tu pun dah tengahari. Orang lain aku x tau..hehe

Dan kami hanya balik rumah Tok sebelah abah encik usrule bila Ammar bangun. Sampai ke petang. Then balik ke rumah yang kitaorg Tok yang kitaorg bermalam tu. Berakhirlah satu hari di hari raya..huhuhu

Gambar? Non ado. Ader takder masa raya ke4 ader kenduri kat umah Tok lagi satu tu, masa tu la kitaorg bergambar. SEDIH! Tapi x perlah..minggu depan adik aku kawen..jadi kitaorg akan recyle balik baju raya, boleh la bergambar macam ala2 di pagi raya.. :)

Tu la perbezaan yang paling ketara. Apa2 pun aku tetap bersyukur dapat beraya bersama 2 cinta hati. Dua2 ader kelebihan dan kekurangan masing2. Kalau tanya aku, of coz la aku cakap kat Melaka lagi meriah. Tapi kalau tanya encik usrule, for sure dia ckp Muar lagi berst.. ~wink~


Satu2nyer gambar raya keluarga kecik kami..

9 comments:

nur easy said...

oh lain gayanya ya.. kalau sy dua2 belah hampir serupa tentatif pagi raya..

apapun betul tu, y penting dapat bersama2.. :)

atulhani said...

tahun ni saya tak merasa makan ketupat nasi huhuhu.. nasib baik takde mengidam..

betul, rasanya johor punya makanan sangat banyak, macam2 adaaaa...

tahun ni saya beraya pertama kali kat kampung hubby dulu kat perak. Takde ketupat, takde sayur lodeh, sambal kacang dan mcm2 lagi.. yang ada lemang dan rendang tok..

MyRule said...

Easy..serupa ye.. you dua2 kat Batu Pahat ek?..hehe

Atul..okla tu..at least jumpa rendang tok..i suka rendang tok..heheh

amiey lee said...

memanmg ada beza umah mil n umah mak sendiri.. tapi beza dia lain la... kalau umah mil jenis kumpul beramai2 n bermaafan then habis balik terus relax2 kt umah..dh tak g mana dah..

kalau umah mak kt kedah ayah memang kaki jalan...dr pagi smpai ke petang masuk ke mlm abis suma umah nk pegi.....

tahun ni adik2 kata tak dpt g mana sbb umah tok plak kena serbu ngan ramai tetamu..smpai tak menang tangan melayan heee

MyRule said...

Amiey..kan..seronok kalau dapat jalan2 beraya..baru happenning..:)

Ibu Najla said...

selamat hari raya abang ammar n mummy n babah :)

MyRule said...

Tq auntie azian and baby Najla.. :)

nur easy said...

batu pahat dgn chaah je..;)

MyRule said...

easy..i siap buka google lagi sebab i tak tau chaah tu kat mana. Ooo..dekat la..sempadan segamat bt pahat aje.. :P