}

Jom Click beramai2.. ~wink~

Ammar Jr.

 Baby Birthday Ticker Ticker

Thursday, April 9, 2015

11 Bulan umurnya...

Salam semua.. Buat apa tu? Hahaha..soalan tak boleh blah. Biasalah, orang dah lama tak buat post. Sian plak ngan si Hanin ni. Update pasal dia memang skit giler. Makin ramai anak..makin jarang berblog. Hanya update kat FB and IG je.

Jadi..moh la kita update skit pasal anak dara nama Haninda Aulia ni. Babah dia suka nau panggil dia AH. AH??? yee.. jangan tanya nape ok. Aku pun tak tau. Nama manja katanyer. Tapi..lama2 panggil sedap plak hehee..

Hanin ni memang tak nak kat orang. Tak nak langsung. Dia nak kat kitaorang berempat je. Aku, babah, Ammar and Akid. Jangan la berangan nak angkat dia. Pegang pun tak nak. So, kalau kitaorang balik kampung ke or gi memana memang dia melekat je la diorang. Stress?? ye juga. Nak buat apa pun tak boleh. Kat rumah ok je. Tapi fikir2 balik..bagus gak..ada alasan nak peluk dia je..hahaha

Satu lagi..masa umur dia 8 bulan setengah dia dah berdiri. Jadi kitaorang syak dia akan cepat berjalan. Maybe dalam 10 bulan ke. Sekali masa umur genap 9 bulan, dia dah berjalan ngan jayanyer. Haa..kurus i ok. 10 bulan dah panjat sofa. Sekarang..baru masuk 11 bulan dia dah boleh jalan2 atas sofa. Siap gelak2 lagi kalau kita suruh turun. Selalu cakap ngan..awak baru 11 bulan tau..slow2 skit..nanti Mummy rindu..hahaha

Pastu sekarang ni dia dah faham arahan simple macam "AH..jom mandi" "AH..amik pampers" "AH, Babah balik" dan banyak lagi. Maybe sebab anak pompuan kot.Orang kata, anak pompuan memang cepat. Dannn yang best..gigi sudah 4 batang hehehe

Ok..rasa cukup la tu. Nanti kita citer pasal Abang Ammar n Akid plak ek. Nak citer gak kitaorang travel ke Langkawi with the Domoksss..3M4H. :)

PS: Banje gambar AH skit


No comments: