}

Jom Click beramai2.. ~wink~

Ammar Jr.

 Baby Birthday Ticker Ticker

Monday, August 12, 2013

Solat aidilfitri.

Dulu, masa bujang selalu pergi solat raya kat masjid. Kat Melaka, memang orang perempuan ramai gi solat raya kat masjid. Tapi lepas kahwin, memang tak pernah gi. Bila raya kat muar, orang perempuan kat rumah encik usrule tak gi solat raya.

Sepatutnyer, tahun ni kitaorang beraya di Muar. Tapi, tiba-tiba encik usrule kata kita beraya di Melaka dulu lah. Reason? PIL raya kedua baru balik Muar. FIL kena kerja pagi raya. Mummy pun senyum lebar sambil kata OK...hihi.

Kitaorg dah berada di Melaka sejak Ahad, tanpa encik usrule. Nenek Leila ada menyuarakan keinginan untuk bawa Ammar solat terawih. Ooo...mummy tak confident. Buatnyer dia lari pusing satu masjid kang hehe.

So, nenek Leila janji ngan Ammar Hafiy nak bawa gi solat raya. Haaa...kitaorang pun rasa dah sampai masanya kena cuba bawa both domoks ke masjid. Lagipun solat sunat and ramai gi. Kitaorang memang beramai2 gi solat raya.

Pagi2 raya, ammar sudah siap. Ye la..lama dah dia dok sebut2 nak gi masjid. Tiap2 kali lalu depan masjid ok.

Kat masjid kami sengaja pilih saf belakang n paling tepi. Puas pesan kat ammar, kalau org solat dia pun kena solat. No jerit2 n lari2. Dia kata ok.

Bila orang semua dah start bangun nak solat, dia pun bangun. And YES, dia solat sampai abis. FULL STEP! Rasa macam nak nanges jek masa tu.

Akid plak, as expected la. Time org bagun nak start solat dia pun nak ngempeng. Bagi botol, x mau. Terpaksalah mummy dia korbankan solat sunat aidilfitri :)

Jadi, nenek kata ammar lulus. Next time balik boleh ikut nenek gi masjid... :)






Ni dah sudah solat, minum susu. Sangat behave.



Masa ni on the way gi masjid. Dgn pak busu addeen n nekchik

posted from Bloggeroid

No comments: