}

Jom Click beramai2.. ~wink~

Ammar Jr.

 Baby Birthday Ticker Ticker

Friday, August 2, 2013

Kami nak balik kampung dah.... :)

As Salam Ramadhan semua...

Arini ari Jumaat terakhir di bulan Ramadhan ni. Semoga kita dapat manafaatkan beberapa hari lagi ni. Aku? huhu..ikhlas cakap, memang x dapat buat banyak. Ala2 cukuo makan je. Takperlah, harap2 umur dipanjangkan, bila domoks besar skit dapat buat mana yang terkurang sekarang ni.

Malam ni, or esok pagi kitaorang akan meninggalkan Shah Alam ni. Oh yeahhh! mari kita balik kampung. Kitaorang akan balik Muar weekend ni. Berbuka puasa dengan Nenek encik usrule. Ahad malam baru balik Melaka jumpa nenek Leila Domoks. Encik usrule plak, Ahad malam balik Shah Alam balik coz dia still keja sampai Selasa. Aku and Domok akan tinggal kat umah mak aku. Dah lama x spend time kat kampung.

Pastu Rabu kitaorang akan balik Muar balik. Tahun ni turn Encik Usrule. Waaa..beza ok raya kat Muar and Melaka. Kat Muar, i love their food. Banyak sungguh makanan. Tapi, jenjalan..non ado. Kat Melaka plak..meriah. Jalan kunjung mengunjung sanak sedara dari pagi sampai ke petang. Makanan? Tak sebanyak kat Muar la. Tapi dah kenyang makan kat umah orang hehehhe.

Bab baju raya, memang dah settle. Awal2 lagi dah settle. Kita bersederhana je la. Tahun ni tema warna adalah purple. Tema ditentukan mengikut warna baju melayu domoks yang ada kat kedai yang kitaorang pernah beli last year. See, simple je kan? X mampu ok, nak gi ukur shopping semua. Ye la, kitaorang kalau gi memana kena bawa domoks. So, tidaklah nak bershopping bagai ngan the Domoks...hehehe

Seronok bila anak dah besar skit ni. Ammar dah mula faham skit pasal pose n raya. Alaa..bagi dia tau yang happenning la. Kita dedulu pun macam tu gak kan. Ammar asikla dok tepon nenek Leila dia minta api raya. Muahahha..tau x apa dia api raya? Tu ha...pelita raya yang orang pasang kat laman umah tu. Gara2dia tengok kat tb. Minta kat mummy, mummy dia jawab..nanti kita tepon nenek Leila, kita mintak nenek Leila ye. Muahahhaa...sudahnyer, kalau tepon nenek Leila, itulah yang dia minta. Tergelak besau nenek dia...

Okla..actually, nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir Dan Batin buat semua. Nanti kalau sempat kita bersiaran langsung di Hari Raya plak.

Saper2 yang beraya dia area Durian Tunggal Melaka and bandar Muar, meh arr singgah umah..   :)


Ps:  Jom tengok aksi The Domoks testing baju raya... Daaa






4 comments:

Allene said...

kiutnya budak 2orang tu pkai baju melayu

MyRule said...

Hehe...ammar tgh memyakat adik dia tu

^nanie^ said...

awak!lame xmengomen kt cni tau..since password pon kelaut.haha tema kite pon purple! samesame..selamat hari raye awak..p.s:jom collect duit raye!haha

MyRule said...

Ye awak...lama x nampak. Kita pun nak jalan blog org pun x sempat hehe. Jommmmm