}

Jom Click beramai2.. ~wink~

Ammar Jr.

 Baby Birthday Ticker Ticker

Wednesday, April 18, 2012

Ketika budak 2 orang tu tengah tido.

Mummy pun amik kesempatan update blog :)

Fuhhhh....lama gak x update. Sekarang ni sussah nak tgk diorg tido berjemaah. Ammar memang time tido dia around kol 12-3pm. Akid plak x tentu. Ikut dan dia jek. Selalu..dia tido time ammar jaga. Pastu ammar tido dia jaga. Akid jenis baby yang x mau tido..huhu. Lepas x mau kena letak. Nangis..? jangan cakapla.. Aku rasa, jiran2 ni semua boleh tau kalau Akid takder kat umah.

Citer best! Ammar skang share susu ngan Akid. Jangan nampak aku pump susu, dia dah stadby kat depan. Aku abis pump je, dia ckp haus. Kalau dia tgh minum susu (FM) memang lah dia campak FM tu. Mau asli punyer. Akid tengah minum pun dia nak gak. Nangis2 mau. X bagi dia tarik botol tu. AKid?? Pasrah jek sebab x mampu nak melawan heheh. Kalau letak tepi memang selamatlah susu Akid tu. Ngan selamba Ammar boleh amik dan minum ngan selambanyer.. :)

Tapi..at the end, akid x der stock susu macam ammar dulu2. Ader pun setakat dalam 10 botol jek. Tawakal je la. Tak bagi sangat kesian kat Ammar. Ader sekali siap dia buat aksi jilat botol susu yang akid tgh minum. Haa..series!

Sedap ke botol susu akid tu?

Nanti kita citer pasal botol susu Akid plak ek.. bye...

PS: untuk cuci mata. Pic terbaru budak domok 2 org ni... ~wink~





Monday, April 9, 2012

Semakin terurus

Salam korang...

Huhuhu..Akid demam semalam. Sedih ok! Badan panas tapi nasib baik tak meragam.

Dah seminggu jadi full time housewife. So, keadaan dah sedikit terurus. Bolehlah. Ammar pun dah mula beri kerjasama and faham. Cuma, sometimes tu kalau datang aktif and semangat dia tu yang kelam kabut skit. Setakat lepuk adik dia tu biasalah. Sabtu aritu dia baring atas adik dia. Betul2 depan mata aku yang tengah pam susu. Agaknyer dia nak baring macam kitaorg selalu baringkan akid atas badan kitaorg and badan dia. Niat dah baik kan..cuma cara dia tu..

And Sabtu lepas kitaorg (sefamily) gi Gath UB. Dalam x kenal saper pun aku melangkah gagah gi. Nasib baik dia buat kat Shah Alam, kalau x memang tak tau la dapat gi ke tak. Encik usrule memberi kerjasama ngan permintaan wife dia yang dah berpantang selama 44 hari (pantang lah sangat kan) :p

Kat bawah ni ada gambar. Pinjam gambar  Puan manggokiwi


Series! aku bawa kamera, tapi x kuarkan langsung gara2 kitaorg berdua sibuk ngan akid and ammar. Apa pun, makanan best, orang2 nyer pun best. Have fun petang tu walaupun kejap jek.. :)

Tuesday, April 3, 2012

update!

Salam...

x sempat nak update. Masa sgt cemburu. Bila ader 2 orang ni, x sempat nak buka notebook, buka pun cek email.

Semalam secara rasmi aku jadi fulltime housewife. Perasaan?? Susahnyer jadi surirumah..huhu. Rindu keja..rindu opismate.

Akid jenis baby yang x nak tinggal sorang2 sangat. Siang kurang tido. Malam baru mau tido lena.

Ammar plak sayang akid, tapi buli tetap buli. Jeles pun ader.

Semalam gak kitaorg dah balik Shah Alam. Menguruskan 2 baby kecik sangatlah mencabar perasaan.

and....Khamis ni abis PANTANG!! Lega giler!