}

Jom Click beramai2.. ~wink~

Ammar Jr.

 Baby Birthday Ticker Ticker

Monday, December 22, 2014

POWER OF DOING GOOD

Aritu ada 5 ekor anak kucing kat depan rumah ni. Entah sapa la buang. Dah besau skit..bukan baby merah lagi. Jadi bila domokss nampak anak2 kucing yang comel ni..maka bertempiaran diorang berlari kejar anak2 kucing tu. Mummy dia?? hahaa..mummy dia larik nyorok belakang sliding door coz mummy dia memang x suka kucing :P

Ok..aku kata ngan diorang boleh tgk aje..!! Aci x? memamg x la kan diorang nk tengok. Peluang depan mata daaa.

Memang si Ammar buat macam kawan dia la. Lepak sama2..borak..bercerita. Tak tau la kucing tu faham ke tak. Tapi aku ckp ngan dia kena buat baik ngan kucing..eh! bukan kucing je..semua binatang la.

Ok..nak citer Power of doing good by Pirate and Princess: POWER OF DOING GOOD. Boleh main-main kat sini tau http://www.disneyjuniorpowerofdoinggood.com/  Boleh ajak anak2 sekali. Sangat menarik.

Kitaorg tengah cuba nak register ni..ada error skit. Nak buat aktiviti Ammar akid dan kucing2 nya. Sesuai la tu untuk umur diorang kan. Lagipun dioarang kan suka kucing.

Kat bawah ni ada info details..jom mak2 bapak2..cuti sekolah ni kan





DISNEY JUNIOR LANCARKAN LAMAN WEB INTERAKTIF BARU -
‘PIRATE AND PRINCESS: POWER OF DOING GOOD’

URL:
BILA: 
Bermula 9 Disember 2014
APA: 

Kempen ‘Pirate and Princess: Power of Doing Good’ Disney Junior bertujuan memperkenalkan kepada kanak-kanak yang berusia antara 2-7 tahun idea dan nilai-nilai cinta terhadap - alam semulajadi, haiwan dan saling bantu-membantu. Kempen ini juga akan memperkasakan kanak-kanak prasekolah untuk turut serta dalam aktiviti sukarela yang digalakan ibubapa dan disokong oleh masyarakat.  
“Kami mengharap kekuatan cerita dan watak kami boleh memberi inspirasi kepada kanak-kanak untuk membayangkan dunia yang lebih baik dan membantu mereka memahami, melalui setiap langkah prihatin terhadap persekitaran dan komuniti, yang mereka berpotensi membuat perubahan positif terhadap dunia ini. Kempen “Power of Doing Good” di Disney Junior memperkasakan kanak-kanak dan keluarga mereka dengan maklumat dan peluang untuk bekerjasama dengan kawan-kawan, keluarga dan komuniti mereka untuk meninggalkan kesan positif kepada alam sekitar mereka. Kami berterima kasih kepada rakan-rakan kempen kami – WWF (World Wide Fund for Nature), SPCA Singapura dan Selangor, dan Majlis Alam Sekitar Singapura – di atas sokongan mereka,” kata Natasha Malhotra, Pengurus Besar, Branded Media and Content,  Walt Disney Company Asia Tenggara.     
"WWF gembira menyokong kempen “Power of Doing Good” Disney Junior. Kanak-kanak perlu belajar dari usia muda lagi untuk mengambil berat terhadap alam sekitar, haiwan dan masyarakat. Ini akan banyak membantu dalam memupuk generasi yang lebih bertanggungjawab dalam membentuk planet yang sihat," kata Elaine Tan, Ketua Pegawai Eksekutif, WWF Singapura.
Watak popular Disney Junior Jake (dari Jake and the Never Land Pirates) dan Sofia (dari Sofia the First) akan menjemput kanak-kanak dalam pengembaraan yang memperkasakan diri melalui kempen ‘Power of Doing Good’.

BAGAIMANA:
Ibubapa perlu memuat-turun senarai aktiviti-aktiviti menyeronokkan dari laman web - www.disneyjuniorpowerofdoinggood.com yang berasas dari empat tema  – Komuniti, Haiwan, Alam Sekitar dan Penceritaan. Sijil dan lencana penghargaan online akan diberikan kepada mereka yang telah berjaya menyempurnakan semua aktiviti dan belajar etos berbuat kebaikan. Selain itu, kanak-kanak dan keluarga mereka akan berpeluang membuat “power promises” (janji berbuat baik) online.