Salam...
Selepas jadi mummy selama 6 bulan ni kan..
Ader baper perkara la yang aku rasa macam x best skit.
Nop.. bukan x best jadi mummy..bukan x best dapat baby macam Ammar Hafiy.
Tu sangat best. Err..antara perkara yang paling best dalam hidup.
Yang x bestnyer..ermm..kat sini ader 2 perkara la yang aku nak luahkan.
Yang pertama ek..
Ok..korang yang ader anak kan, sure pernah berada dalam situasi camni kan.
Contohnyer korang tengah makan2 or lepak2 kat restaurant kat shopping complex bersama anak dan suami.
Menghabiskan masa hujung minggu.
Bergurau2 ngan anak and suami.
Tetiba.. datang sorang, 2 org..ke 4,5 orang..pompuan. Datang kat anak ko.. cuit2, picit2 and cium2.
Pernah kan? Aper perasaan korang? Aper tindakan korang?
Aku??
Senyum je la.. and tak kata aper.
Tapi dalam hati fikir gak..errr..tangan dia bersih x? tapi dalam hati je la kan.. tawakal.
Tapi... kalau camni..cane plak reaction korang?
Dah cuit2, peluk2 and cium2...dia angkat anak korang.
Aku?
Senyum lagi.. and x cakap apa2.
Dan kalau orang tu buat camni plak...
Amik anak ko and berlalu pergi????
haa..! korang nak buat aper? Jeritt??
Kitaorg pernah kena cani..
Masa tu kitaorg lepak2 ngan ex housemate aku masa mula keja kat big apple SACC Mall Shah Alam
Sampai2 terus duduk kat luar.
Sekali ader sorang budak pompuan ni datang agah2 Ammar..
Lepas agah2..dia angkat Ammar.
Then terus blah nak masuk pintu Big Apple tu..
Giler x giler la kan.. terus aku bangun and jerit kat budak tu..tanya dia nak gi mana.
Dia cakap nak bawa masuk dalam..dia staff Big Apple tu.
And terus bawa masuk Ammar.
Encik usrule berdiri je pandang budak pompuan tu. Make sure x hilang dari pandangan.
Dalam 3 minit gak dia masuk dalam tu and lepas jek dia kuar terus aku amik Ammar.
Terus zap kan Ammar kat stroller..so x der alasn dia mau angkat Ammar.
Lepas tu dia terus datang gomol2 Ammar banyak kali gak.
Even kengkawan aku datang and lepak2 ngan Ammar pun dia sibuk mencelah nak main2 ngan Ammar.
Dahla kengkawan aku pun first time jumpa Ammar, dia pun nak menyebuk sama.
At least..tanya la dulu kan..ader mummy yang x prefer org asing buat camtu kat anak dia.
Jangan la main terjah terus. Dah la x kenal.
And Ader sekali tu masa kat kedai kasut kat Muar. Tengah tunggu encik usrule tgk kasut.
Staff kat situ sangat bagus. Diorg dtg dekat2 and tegur aku.
Tanya Ammar takut tak kat orang.
Once aku kata tak..diaorg cakap nak dukung boleh?
Aku angguk je, pastu ramai2 datang kerumun Ammar.
Camtu ok la skit. Bukan eksyen tau..tapi berhati2.
Setengah jam selepas kejadian.
Perkara kedua nanti la aku buat entry lain plak ek.. penat dah menaip ni.. ~wink~