}

Jom Click beramai2.. ~wink~

 Baby Birthday Ticker Ticker

Ammar Jr.

 Baby Birthday Ticker Ticker

Wednesday, March 9, 2011

Ammar tau tak?


Ammar..Ammar tau tak yang Ammar ni baby premature? Ammar lahir pada 36 minggu.. Nasib baik semua organ Ammar dah befungsi dgn baik and berat Ammar cecah 2.9kg.

Ammar tau tak? Sepanjang mummy pregnantkan Ammar, mummy x kena morning sickness, x der masalah makan. Semuanyer ok..cuma mummy jauh ngan babah.

Ammar tau tak yang setiap kali scan Ammar..semuanyer baik2 belaka. Tapi Ammar x nak tunjukkan bibird Ammar. Masa pagi before Ammar lahir (masa ni mummy gi checkup sorang2) baru comfirm yang Ammar adalah baby BOY.

Ammar tau x? Ammar dah biase travel dari dalam perut. Tu la pasal sekarang Ammar suka giler jalan2. And Ammar boleh duduk diam dalam carseat asalkan dapat jalan. Bak kata nenek, kalau kereta berhenti mesti Ammar akan buat bunyi, angkat kepala atau nak start nangis.

Ammar tau tak, malam sebelum Ammar lahir, mummy x tau pun Ammar akan lahir lagi 4 jam. Masa tu babah still lagi kat Melaka.

Ammar tau tak mula2 mummy suruh babah datang esok paginyer, sebab mummy sian kat babah nak drive malam2. Tapi nasib baik babah nak datang time tu juga. Kalau tak, mesti babah x sempat tengok and sambut Ammar lahir.

Ammar tau tak yang mummy hanya sempat minum air zam2 jek sebelum Ammar lahir.?

Ammar tau tak yang babah and mummy completekan barang2 utk gi hospital sehari sebelum Ammar lahir? Selimut untuk bedung Ammar pun beli sehari sebelum Ammar lahir.

Ammar tau tak lepas jek Ammar lahir, babah still x decide lagi nama Ammar?

Ammar tau tak yang mula2 babah nak letak nama Ammar ialah "Haidar".. "Haidar Allauddin".."Haidar Bani Asrul".."Muammar" dan juga "Ammar Mirza" (Mirza tu mummy suka sebab maksud dia anak yang baik.).
Last2 baru Ammar hafiy..yang lembut percakapan, memakmurkan dan yang memuliakan.

Ammar tau tak kereta persona Mak Ngah Tida and Pak ngah Awan kereta pertama yang Ammar naik. Sekali dengan Acik Nani, Mummy, Mak usu Shikin dan Atif. Babah plak balik umah 18 amik barang2 Mummy.

Ammar tau tak tempat pertama Ammar pergi lepas keluar hospital adalah Rumah nenda di Sri gombak? Mula2 mummy ngan babah nak bawa Ammar balik Melaka terus, tapi dah lewat petang. Pastu nenda and nenek Muar suruh balik Sri Gombak dulu.

Ammar tau tak, malam pertama Ammar tido Sri Gombak, Ammar kena gigit nyamuk? Mummy pun kena. Babah jek x kena.

Ammar tau tak yang hari kedua Ammar lahir kita balik Melaka dari Sri Gombak naik keta babah. Kereta nenek babah tinggalkan kat KomuterRaya untuk Cik Ina bawa balik.

Ammar tau tak, babah kena saman sebab tak bayar parking masa kat hospital. Babah lupa nak bayar!

Ammar tau tak masa hari ketiga lepas Ammar lahir, Ammar demam panas. Mummy and nenek tak perasan badan Ammar panas. Ammar pun tak nangis langsung. Nasib baikla nurse enon sebelah rumah perasan time nak mandikan Ammar. Suhu badan Ammar 38.4 Dan hari tu Ammar dapat naik ambulan ke hospital Melaka.

Ammar tau tak, masa Ammar masuk hospital Melaka tu, babah cuti sampai habis cuti babah?

Ammar tau tak yang Ammar kena kuning gak yang menyebabkan Ammar duduk hospital Melaka 5 hari 4 malam?

Ammar tau tak, Babah sampai komplen kat nurse hospital sebab tgk susu yang mummy bekalkan tak bergerak langsung? Mummy and babah syak nurse bagi Ammar susu formula. 

Ammar tau tak yang babah and mummy beli pump medela mini E on the way balik dari hospital? Dan pump tu tahan sebulan jek sebab owner kedai tu x cakap yang pump tu bukan untuk heavy duty. Lepas tu baru kita beli spectra kan?

Ammar tau tak masa hari kelima umur Ammar and ketiga Ammar kat hospital, mummy datang and angkat Ammar and mummy nampak tompokan besar darah kat dada Ammar. Rupa2nyer nurse tu lupa betulkan drip darah. Tu yang darah Ammar terus keluar. Nasib baik mummy datang. Kalau tak, tak tau la aper jadi ngan Ammar.

Ammar tau tak yang babah hampir2 nak pindahkan Ammar ke private bila babah nampak kaki Ammar berbalut sehari selepas mummy jumpa tompokan darah kat dada Ammar tu?

Ammar tau tak.. hari Ammar keluar hospital tu, berat Ammar hanya 2.2kg?

Ammar tau tak yang selepas tu, berat Ammar bertambah dengan cepat? Tadi, masa mummy call nenek..Ammar and nenek baru balik dari klinik. Nak tau berat Ammar berapa ketika Ammar 5 bulan?

Ammar tau tak yang Aqiqah dan cukur jambul diadakan ketika Ammar 5 bulan and buat kat rumah nenek Muar. Lepas tu mummy ngan babah demam teruk.

Ammar tau tak yang Ammar boleh travel berdua je ngan babah dari Melaka ke Shah Alam? Ammar baring dalam carseat babah drive. Ammar boring, Ammar tido takpun babah nyanyikan? Thanks to maklong sebab bagi ammar carseat yang berquality.

Ammar tau tak Ammar ader 5 stroller? Satu Makngah Faieqah punyer (nekcik bagi), satu lagi nekchik punyer kakak bagi (yang ni buat pusing2 dalam and depan umah), SCR6 (mummy luv SCR6), Jogger and buggy My Dear?

Ammar tau tak yang mummy fully breastfeed and pump milk for Ammar? Susu Ammar banyak. Penuh deep freezer umah nenek. Nasib baik pakngah yang bayar bil elektrik..heheh

Ammar tau tak yang Ammar lambat meniarap? Tapi mummy and babah x kisah. Ammar meniarap ketika umur Ammar 5 bulan setengah.

Ammar tau tak..mummy dah penat menaip ni? Nanti 5 bulan lagi mummy buat entry utk Ammar cani. Supaya Ammar, babah and mummy x lupa tau.

Ammar tau tak mummy and babah luv and cinta Ammar so much. Semoga Ammar jadi anak yang soleh dunia akhirat ye cayang..





2 comments:

^nanie^ said...

dear,nanie pon tgh menghitung hari ni..tkut gk bsalin awl cos hb low je..nurse ckp klu hb still low lagi, kena induce on 37weeks..huhu

MyRule said...

Nanie.. rendah sgt ke hb? Cuba amalkan rebus air kurma merah. Then minum.. I dulu pun awal2 pregnant HB low gak. Memang HB i rendah even x pregnant pun.. Cuba ye..