}

Jom Click beramai2.. ~wink~

 Baby Birthday Ticker Ticker

Ammar Jr.

 Baby Birthday Ticker Ticker

Wednesday, November 28, 2012

Rabu tanpa kata





Monday, November 26, 2012

Jatuh dan terjatuh

Salam semua..

Arini entry sedih skit. Aritu, sabtu kot, encik usrule ade project kat opis. So seperti biasa aku tinggal kat rumah dengan akid dan ammar.

Akid kan sekarang dah boleh berdiri, so dia agak kuat melasak juga lah. Panjat sana, panjat sini. Ammar plak sepeti biasalah. Dengan sikap adventourus dia tu mrmang x yah cakap lah kan.

Jadinyer petang tu dalam pukul 3, ingatkan nak tidurkan akid. So bawa lah dia masuk dalam bilik (kalau letak kat luar memang kejapla dia tidur). Ammar pun ikut sekali. Tapi mamat sorang ni bukan nak tido ok. Dia nak main lompat2 atas katil. Bila akid tgk abang dia lompat2, dia pun join sekali.

Then dalam nak marah ammar lompat2 tu, akid dah kat ujung katil. Pastu sekelip mata tu dia dah jatuh kat bawah. Memang meraung lah. Aku nampak dia jatuh berpusing. Terus gu angkat n pujuk dia. Cek kepala, ade benjol skit. Hati dah risau. Whatapps kaklong aku. Dia suh bawa gi klinik. Tapi aku nak monitor dulu.

So aku monitor, dia ada muntah tak, pengsan eveb sekejap pun, letih/nak tido je, benjol, berdarah. Sampai esok paginyer memang dia ok. Tapi hati tetap risau sgt. Then tengahari tu balik umah in law terus ajak encik usrule gi klinik. Alhamdulillah, bila doc check, semuanyer ok.

Lega!!

Tapi...

Tapi...baru jap ni, stereng game ps3 kazen dia jatuh kena tepi kepala dia. Benjol lagi!! Adeiii, berjaga2 pun kena juga. Gara2 sorang kawan kepada kaxen dia letak stereng tu dalam rak, tapi x tutup rak tu. Akid plak ader kat tepi. Erm...meraung kuat gak. Terus tuam ngan ais. So far, takder muntah, pengsan or another sign yang serius. Hopefully ok la. Doakan akid ok ye..risau ni...




Wednesday, November 21, 2012

Durian crepe

Salam semua..

Korang pernah rasa durian crepe x?

Sure kalau x pernah rasa, mesti pernah dengar kan?

Tetiba je hot giler durian crepe ni.

Akuvpun tetkena wabak durian crepe ni. Memula aritu macam x heran. Cakap ngan encik usrule, dia pun kata kawan dia dok sibuk ckp pasal durian crepe ni.

Pastu last week, malam ok..eh tengah malam, tulis kat status fb "sila tag jika jual durian crepe". Haa...berduyun2 yang tag. Pastu ada sorang tu dekat area rumah ni. Mula2 janji amik lusa. Tapi tetiba 15 min dua kata ade stock lebih?. Mau? Kalau mau sila pick up sekarang. Masa tu pukul 12 am!

Encik usrule dah tido ok. Pastu aku ckp x dapatlah. Then dia kata, hubby dia antar. Last kitaorg laki bini makan durian crepe kol 12.30 malam. Hebat x hebat heheh

Ok..kalau tanya pendapat aku la kan..aku prefer gi makan durian je la. Durian fresh. Pada aku, tak sampai expectation. Sedap..memang sedap, tapi takde la wow kan. Tapi selera lain2. Maybe org tu guna durian biasa2 je. Maybe kalau guna durian d24 mungkin WOW kot ;)

Terible two!

Salam semua...

Lama gile tak update blog. Macam biasa, alasan biasa, tak sempat hihi.

Dengan adanya ammar n akid kat rumah ni memang x menang tgn. Dapat2 plaj akid yang dah nak jalan. Yup! JALAN! Ok! Dia sudah berdiri 5 hari lepas. Esok baru masuk 9 bulan. Cepat? Memang sgt cepat. Tgh type entry ni pun dia tgh guling2 atas perut.

Ok..bab akid nanti kita update entry lain ek. Sekarang mau cerita pasal terible two. Pada sesiapa yang tak tau, terible two ni merujuk pada perangai budak yang masuk umur 2 tahun. Perangai apa? Perangai yang membuatkan ko taruk nafas dalam2, panjang2 and kekadang buat ko rasa apa lah salah ko hihi.

Haa..sekarang aku tgh hadapi terible two. Ammar la..sapa lagi. Kekadang aku sendiri dah jadi macam tarzan.

Ok..meh aku list apa perangai yang dia selalu buat ek

1. Tak mau mandi. Malas mandi. Kena pujuk bagi dia bawa lori la, kereta la, bus la etc bawa masuk bilik air.

2. Tak nak basuh poo2 or x nak salin pampers. Kena bergaduh dulu baru ok.

3. Gi mana2 (jalan2) x mau masuk stroller. Kalau masuk sekejap jek. Dia nak lari, lari dan lari. Kalau x dapat dia akan jerit2 sekuat ati. Nak lagi best guling2. Sampai ade sekali tu rasa frust giler. Sbb bukan selalu dapat jalan2 kan. Sekali dia buat perangai.

4. Tolak n pukul akid. Time sayang memang sayang giler la. Tapi kalau akid nak main ngan dia or kacau dia sure kena la akid tu. Puas dah tegur cara baik. Kekadang geram gak

Ok..4 kat atas ni adalah major la. Ada yang minor tapi still boleh handle lagi.

So, korang hadapi benda yang sama x?