}

Jom Click beramai2.. ~wink~

Ammar Jr.

 Baby Birthday Ticker Ticker

Thursday, July 24, 2014

Kasih Abang...

Tajuk...memang sangat sweet. Arini nak citer pasal Ammar...Akid dan Hanin. Oo..lupa nak bagitau, nama our new gigirl ialah Haninda Aulia. Lama betul nak pilih nama dia tau. Even dah panggil Hanin pun x decide lagi.

Hanin tu maknanya kasih sayang. Aulia plak utk para anbia..wali...yang tertinggi la. Actually nama ni di simpan dari Akid dulu.

Mula2 dulu ingatkan both the domokss tak kisah ngan Hanin. Tapi bila Hanin dah ada depan mata...memang suprise betul la. Kitaorg memang prepare for the worst la. Sekali memang domokss sayang giler kat Hanin. Jap2 nak cium. Silap besar la siap cakap nak amik or pegang si Hanin tu. Yang lagi best...kalau Hanin nangis..masing2 jerit suh mami or babah angkat Hanin. Akid plak sangat sweet bila sanggup lapkan muntah Hanin, buangkan pampers and bila Hanin nak mandi sesiap amikkan losyen, minyak, alas getah dan etc. Series ok..rasa terharu.

Ammar plak, dia memang x nak lap kan muntah coz dia geli, tapi dia memang caring. Nak letak kat peha la, kat dada la, tidur sebelah la dan macam2 lagi. Kekadang diorg berdua ni boleh berebut si Hanin tu. Seriau tengok kalau dia berebut adik dia.












Tuesday, July 22, 2014

12 cara untuk kekal sihat sepanjang Ramadan

Salam semua....

Fuh..fuh...mari tiup habuk beramai2. Ok...susah betul nak update blog sejak ada anak 3 ni. Ni pun update sambil Akid baring kat peha (dia muntah2 dan panas badan), Ammar plak tgh sibuk cakap2 ngan Hanin sambil main game kat tab dia. Hanin?? Tengah baring lepak2 kat sebelah ni. Nasib baik Hanin ni memag good girl. Senang jaga dia.

Siann Akid...lately ni dia dah 2 kali muntah2. Pastu sembelit sikit. Dah bawa gi doctor. Sekarang ni musim panas. Risau tengok bebudak ni tak sihat. Risau gak la kalau diri sendiri pun x sihat. Sape nak jaga diorang time encik usrule gi keja?

So, sebelum apa2..aku kena sihatkan diri sendiri dulu. Kena jaga diri elok2. So far Alhamdulilla, cuma kurang tidur sikit. Biasalah, ada baby baru lahir kan. Malam2 bangun susukan Hanin.

Camner nak jaga diri agar kekal sihat sepanjang bulan puasa ni? Haaaa...kat bawah ni ada 12 tips untuk kekal sihat dan bergaya.. :p



Senang je kan tips dia? Sure boleh follow. Jom kita cuba buat ramai2. Biar sihat..nanti sure masa raya nampak berseri2 je ~wink~