}

Jom Click beramai2.. ~wink~

Ammar Jr.

 Baby Birthday Ticker Ticker

Thursday, October 31, 2013

Terbayang Muar..terbayang makanan... :)

Kami dah di Muar...heheh...gelak jahat jap...

Ooo...heaven jap bila encik usrule kata dia cuti dari khamis sampaiiiiii laaa Selasa..haha

Balik kampung la jawabyer..apalagi la kan. Dah sebulan setengah x balik. Ulang sore..sebulan setengah ok!

Pagi2 subuh kitaorang dah gerak, ngan niat nak breakfast kat mee bandung. Sampai je bandar Muar, terus gi makan mee bandung n sate kat Abu Bakar Hanifah. Dulu...dulu2, masa zaman bercinta, kalau makan mee bandung kat sini sure kuah licin. Tapi sejak2 akhir2 ni memang kureng. Kuah x abis. Dan hari ni, memang last la kitaorg gi situ. Mee bandung masin ok!..rasa muak. Series x sedap. Kuah sate masam. Memang x la dtg lagi.

Next mission nak makan asam pedas telur ikan yang sangatla fresh kat Tanjunh Emas n gi makan berdua kat bentayan muahaha. Yang ni kena tunggu domoks tido dulu la.

Sabtu petang, kita sambung cari makan kat Melaka plak. Ok. Bye!

Wednesday, October 23, 2013

Rezeki!

Salam semua..
Sangat lama tak menjenguk di sini. Hidup agak sibuk ngan 3 orang hero kat umah ni. Dengan kenakalan ammar and kemanjaan akid, memang tak dan la nak type panjang2. Time diorang tido la nak buat semua benda. Nak mop lantai, masak, makan etc. Weekend plak masa untuk jenjalan. Ye la..dah 5 hari terkurung dalam rumah :)
Siapa kata housewife relaks je? Ooo..tidak ok. Aku rasa masa kerja dulu lagi relaks dari sekarang. Niat still ada untuk bekerja. Bukan apa, buat back up untuk the domoks. So far, memang cukup apa yang encik usrule sediakan.
Ok..kan dah melalut. Sebenarnye nak bercakap pasal rezeki. Rezeki kami, Allah bagi anak2 yang sihat, kesihatan yang baik, kerja yang elok untuk si suami. Cuma kekadang tu..nama pun manusia gak kan. Bila tengok sekeliling, ada impian sendiri yang tak tercapai, tapi org lain dapat..skit jeles di situ. Skit je..hehe
Nama pun manusia kan. Tapi...bila ditenung, direnung..rezeki lain2. Allah bagi kita rezeki lain kat kita. Tak sama. So kena redha banyak2. Rezeki yang ada ni pun tak terkata banyaknye kan :)
Ok lah..nak merepek tu je. Tengah mencari mood berblogging y dah lama ilang..
Ok. Bye!