}

Jom Click beramai2.. ~wink~

 Baby Birthday Ticker Ticker

Ammar Jr.

 Baby Birthday Ticker Ticker

Friday, July 26, 2013

Abang..abang sangatlah awak ni ammar

Salam semua... Selamat bepuasa di bulan Ramadhan. Dah setengah bulan baru nak wish.. :)

Arini Selangor cuti sempena Nuzul Quran. So, encik usrule pun cuti. Pagi ni x de plan nak ke mana2. Nak tunggu contractor datang betul tangga depan. Lepas solat Jumaat kitaorg nak gi Bangi umah maklong domoks. Ammar sudah rindu kat abang Aid dia. Lama x jumpa. Asik dok sebut nama Abang Aid.

Ok, ni cerita masa kitaorg buka kat umah in law kat Sri Gombak last 2 weeks. Uit..lamanye cite..hehe.

Domoks baru dapat kazen bulan 5 aritu. Boyboyboy gak. Nama Muhammad Adam. Adik kepada Atif yang sebaya Ammar. See..Ammar masa umur setahun setengah dah dapat Akid. Tapi Atid 3 tahun baru dapat adik.

So, maybe dia x ingat la zaman akid baby. Sebab dia pun still baby lagi. Jadi aritu masa biras aku tidokan Adam dalam buaian kat hall, ingatkan domoks tak kisah. Eh...akid x kisah. X peduli pun.

Tapi ada sorang mamat ni, siap dok kat depan buaian si Adam lagi. Main2 toys kat buaian adam...pastu jengah2..pastu hulur kepala gi kiss kepala si Adam. Ingatkan kejap je. Tengok2 lagi, dia still kat depan buaian tu. Abis mak usu dia nak pegang Adam pun dia x bagi. Kitaorang semua dah gelak2.

Bila aku tanya, Ammar suka baby. Dia jawab suka sambil buat muka bajet comel..hahaa

Nanti ye ammar. Bagi ammar n akid manja puas2 dulu. Dah besar skit kita tambah adik baby lagi ek. Tapi ammar jangan buli tau macam ammar buli akid...ye..ammar memang kuat buli akid. Kekadang memang saje je dia buli. Tapi..dia memang sayang giler kat akid. Cuma maybe sbb usia x jauh kan..so dia main2 ngan akid pun kasar... :)

Jom tgk aksi ammar depan buaian Adam. Akid?...cabut gi main bola...hehe

















posted from Bloggeroid

Saturday, July 13, 2013

Ammar dan Pusat sukan Aquatik Shah Alam

Ok..tak wajar membiarkan blog ni terabai di anak tirikan..kan.So, moh la kita update banyak-banyak.

Sebenarnya dah lama dah niat nak bawa Domoks gi sini tapi tau lah kitaorang ni kan. Weekends jek bz berjalan. Kalau tak berjalan pun, balik kg  x pun encik usrule keja..

Jadi, bila tak keja ni and babysitter diorang banyak free, moh la kita amik kesempatan hehhe.

First time gi, weekday. Dengan harapan x ramai orang. Akid aku hantar gi umah nenek Wi. Tak terlarat nak handle 2 orang. Kang x pasal2 aku bertukar jadi ultraman kat sana. Kesian kat Akid, tapi apa boleh buat huhu.

Tapi Akid relaks je. Macam biasalah. Sampai rumah nenek Wi, bukan main melekap ngan nenek Wi.

Pusat Aquatik dekat je ngan opis lama aku dulu. Kat sebelah tesco Shah Alam je. Kalau nak tau sebelah Hotel Carlton tu je. Kami sampai pukul 10 pagi. Slot pagi 9 sampai 11.15 am. Bayaran memang sangat murah ok. Timetable and fee masuk sila refer kat bawah ni. Aku copy and paste ek. Tq to tuan punyer :p



Sampai je Ammar dah terpinga2. Dia x tau aku nak bawa dia gi swim. Dia ingatkan aku nak bawa dia gi shopping kat Tesco hihi. Kat bahagian luar ada gerai jualan. Kalau x bawa pelampong, baju mandi, ball even makanan, semua ada jual. Sediakan duit je.

Bila Ammar nampak je pool, dia sudah start excited. Udah mau larik2 terjun muahaha

Lepas je salin baju, terus gi kolam kanak2. Spoil skit. Kolam kanak-kanak dia bebetul kena cahaya matahari. Kolam orang dewasa redup je. Lagi satu, playground kat kolam tu rosak.













Lagi satu, masa kitaorang gi tu, ada 4 buah tadika kemas join sama. Diorang buat rombongan ke situ. Ramai lah jadinya. Tapi Ammar suka ler, pasal ramai gang. Cuma aku risau. Banyak betul adegan tolak menolak bebudak ni.

Second time, aku gi ngan adik aku. Kali ni bawa Akid plak. So, bolehang handle sorang satu. Meh tgk gambau. Gambar Akid ngan adik aku plak. Tak dapek nak sambung panjang2. Akid udah bangun. Tangan mamat ni laju jek tekan keyboard ni..hehe





Wednesday, July 3, 2013

Cubaan untuk dating bertiga dengan domoks

Salam semua... :)

Kali ni nak update pasal cubaan berdating ke post office tesco bersama domokss :)

Patutnya, domoks kena gi umah nek wi, tapi..nek wi gi jalan2 ke JB. So, nak tak nak kena la bawa kan. Sebab nak pos 4 bedak arab yang orang order.

Mula2 plan nak gi kol 9. Awal2 x ramai org. Parking senang. Tapi, delay sampai pukul 10. Sbb ada org order bedak arab lagi. Tunggu orang tu bank in, pastu terus zaaasss.

Ok..pakaikan Akid kasut, so dia jalan sendiri. Akid dah boleh harap tau. Tapi jenuh la nak kejar. Sebab dia lari je.



Dalam kereta Akid duduk depan, abang ammar duduk belakang. And lupa nak bagitau. Akid memang dah x pakai carseat. Jangan tanyalah kenapa. Memang dia x mau dah. Macam abang ammar gak. Tapi nasib baik lah, dia memang boleh duduk behave kat seat ngan seat belt. Ammar pun duduk dia kat seat belakang dengan seat beat. Cuma kena layan ammar berceloteh la.

Sampai tesco je, cari parking kat pintu masuk yang direct dengan post office. Pastu amik troli. Kuarkan akid, then baru masukkan ammar. Aku memang x bawa handbag. So, purse, handphone semua letak kat bag chungginton ammar :)

Sampai post office, orang x ramai. So, urusan berjalan lancar. Bagi ammar tgk tab then settle.

Pastu naik kat supermarket. Nak beli shampoo. Abang ammar macm biasa la kan. Dia memang tau, tempat mainan kat mana. Mula2 tu dia nak lori simen besar harg rm20. Nak beli kwna beli 2 la kan. Ooo...tidak. bukan apa, kat umah ni dah banyak lori kereta semua.

So, beli la sebiji ambulance ngan bas mini.

Masa on the way balik, singgah jap beli subway untuk brunch. Sebab bawa diorang berdua ni comfirm tak boleh singgah mana2. Tengah2 nak beli tu, nampak Akid dah terlentok dalam troli. Adeiii... Terpaksa dukung akid sambil tolak troli. Nasib baik barang skit je. Berpeluh gak weii. Akid berat ooo. Sampai pagi ni sakit tangan..huhu..

Kesimpulannya, memang boleh kuar dating lagi dengan domokss :)











posted from Bloggeroid

Monday, July 1, 2013

New shawl






Salam korang..

Cantek x shawl kat atas tu?..

Ha...next batch..

Ada warna n design lain.

Tunggu.... :)

posted from Bloggeroid