}

Jom Click beramai2.. ~wink~

 Baby Birthday Ticker Ticker

Ammar Jr.

 Baby Birthday Ticker Ticker

Wednesday, February 27, 2013

Friday, February 22, 2013

One year old!

Salam Jumaat semua..

Yeahh!! Selamat Hari Lahir Akid Hadi :-p

Wee luv uuuu

Semoga jadi anak yang Soleh. Hidup dan Mati di dalam Islam.




Tapi Akid demam plak arini :(

Pagi tadi terbangun pukul 3, terasa Akid main-main kat sebelah. Ingatkan dia nak susu. Peluk dia. Panas plak badan dia. Bagi susu, cek suhu then bagi ubat demam. PAstu bagi susu balik. Lama gak baru dia tido. Then pukul 5 terjaga lagi, makin panas kepala dia. Amik cool fever and tampal. Bangun pagi tadi dah kurang panas tapi still demam lagi.

Perkembangan Akid umur setahun ni

1. Dah boleh berlari... :) tapi still tak tegap lagi la. Jatuh2 gak.

2. Tau salam and cium tangan

3. Boleh naik dan turun motor and kereta mainan sendiri




4. Suka naik motor. Banyak kali gak bila nak keluar jalan naik keta, dia pegang pintu keta. Tak mau masuk.    Nak naik motor..

5. Dah tak takut kat orang sangat.

6. Selalu main kejar2 ngan abang dia. Gaduh pun selalu...huhu

7. Faham arahan yang simple.

8. Tak nak main mainan bayi seusia dia. Nak main apa yang abang dia main jek.

9. Suka sangat copycat apa abang dia buat..huhu..

10. Last but not least..dah sebut mama..heheh

Monday, February 18, 2013

Legoland

Sambung citer holiday lagi. Hari pertama kan kitaorg gi jumpa Thomas, hari kedua kitaorang gi Legoland plak.

Ok gak la, tapi macam paling sesuai untuk bebudak sekolah. Masa kitaorang gi tu, KL je cuti, so memang lengang. Tak ramai orang.

Disebabkan tak ramai and tak banyak game yang sesuai untuk ammar, jadinya satu game dia naik 2,3 kali hehe

Aku plak sempat la naik roller coaster ngan encik usrule. Boleh peluk ketat2. Anak2 biras jaga jap.

Memang panas gile. Sangat panas. Tapi akid relaks je aku tgk. Boleh tido dalam stroller. Ammar pun siap tak nak balik. Time nak balik tu dah pukul dekat pukul 5. Kena kejar dia ajak balik. Masa tu dah nampak akid penat dah. Aku pun dah penat. Atif, kazen ammar dah surrender awal lagi.

Kesimpulannyer, memang kitaorg enjoy la. Even x banyak game ammar boleh main, tapi dia enjoy sgt2. Pastu mana2 game yang dia boleh main memang dia main betul2 :)

Thursday, February 14, 2013

Erk...34

Cerita 1

Sessi pengenalan diri masa masuk keja. Cerita telah dialih bahasa hehe

Boss omputih : baper lama kamu keja dah?

Aku : saya ada 10 tahun pengalaman dalam bidang IT.

Boss omputih : really..kamu start keja umur bape? 12 ke? Hahaha

Aku : i dah 34 tahun boss...

Boss : what??

Cerita 2

Intern : umur you berapa?

Aku : teka la.

Intern : fresh graduate eh? 25?

Aku : erkkk...34

Cerita 3

Officemate : u muda 2 tahun dari i ek?

Aku : muda? Dalam hati...aku tua 6 tahun la dari ko.

Cerita 4

Manager dept lain : itew malay girl, budak intern ka?

Intern : no la, dia staff la. Dah ada 2 kids dah.

Manager : arrr...i tot dia intern...

Ok..ok...sila jangan muntah ye. Citer kat atas adalah kisah benar. X de edit :)

Berlaku dalam masa seminggu dua aku masuk keja aritu.

Just nak bagitau 28 jan aritu aku genap 34 tahun... :)

Perasaan? Macam2! Memikirkan masa hadapan...pk anak2 etc. Tetiap tahun camtu.

Apa2 pun just berdoa diberikan yang terbaik dariNya. Ameen

Wednesday, February 13, 2013

Rabu tanpa kata

Sunday, February 10, 2013

Stock susu free

Salam semua...

Ni stock citer lama ok! Last year..dalam bulan 10 kot, dapat msg dari co. Susu pasal anak yang cerewet makan. Dia suh reply msg tu. Kalau bertuah, dia akan pilih untuk bagi 3 bulan stock susu S26 for picky eater.

Jadi, disebabkam Ammar kan sangatlah x mau makan aku pun reply la.

Then masa bulan nov, dapat call dari diaorang. Rupa-rupanyer terpilih untuk dapat stock susu free tu. Waaa..best tau. Jimat ooo...

Then masa time nak ambil tu kena ambil sendiri kat Jaya 33. Mula2 ingat nak suruh encik usrule yang amikkan sebab sebelah je ngan opis dia, tapi tak boleh plak.

So, gi la sorang2. Nasib baik masa tu mak aku ada sini. Jadi, dia jaga ammar n akid kat umah.

Kitaorg survey kat tesco satu kotak s26 for picky eater tu rm38.90 for 400g. Kitaorg dapat satu katon. So memang jimat la. Dan yang paling best, ammar selamba je minum susu tu. Bab susu memang dia tak memilih. Semua dia belasah je. Legaaa...  :)

Wednesday, February 6, 2013

Ammar jumpa Thomas, Akid jumpa Barney.

Salam semua...

Kita skip banyak citer ok.

Kita lompat kat citer jalan2 minggu lepas.

Minggu lepas masa cuti federal tu kitaorg ngan ipar2 n biras telah menyerbu legoland and little big club.

Ngan muka selamba amik cuti hari khamis tu. Aku cuti la sebab KL kan. Tapi encik usrule x cuti. So dia dipaksa amik cuti khamis dan Jumaat.

Kitaorg gerak Khamis pagi. Pagi2 lagi ammar n akid dah bangun and mandi. Kitaorang janji ngan adik encik usrule kat highway.

Gerak pukul 7 lebih sampai JB dalam kol 12. Kitaorang singgah lunch kat Mydin Nusajaya. Lepas tu terus shoot ke Little Big Club ot Hello Kitty Town. Tapi kitaorg masuk Little Big Club je sebab ammar, akid and kazen diaorg Atif kan boys. So, macam x sesuai la plak nak masuk Hello Kitty Town.

Erm..apa yang aku boleh cakap banyak yang x ready lagi. Dah tau tempah untuk kanak2 kena lah sediakan jalan yang friendly stroller kan?. Tapi non ado. Terpaksa mengangkat stroller naik tangga. Bukan satu bukan dua tau! Tiga stroller. Nasib baik semua stroller jenis payung. Tapiii..penumpang stroller domok2 hihi..

Dah tu..lift x siap! Waaa...terpaksa bawa stroller naik eskalator. First time buat ok. Bahayaaaa... 

Tapi nasib baik dah sampai dalam best. Masa sampai tu dalam setengah jam lagi ada Thomas show. So, ammar si kipas susah mati thomas dah standby. Masa Thomas keluar, dia jerit ttthoooomaaaaasss..hahaha

Dia siap jerit2 kat thomas. Reaction dia memang pricelessla. Macam org jumpa cinta hati heheh.

Orang tak ramai, so memang sangat best la kan. Boleh buat macam umah sendiri. Akid plak jumpa si Barney pujaan hati.

Kitaorg masuk kejap je. 2 jam lebih. Bayaran rm50 untuk satu park for Malaysian. Kalau amik ngan hello kitty town rm80.

WW

Sunday, February 3, 2013

Omega Guard promo!

Salam semua...

Aik..makin kronik aku ni kan? Makin lama makin x sempat nak update blog. Penat oo n x cukup masa. Banyak benda nak citer ni.

Sekarang ni kat muar. Baru balik dari cuti2 legoland n hello kitty town. Nanti aku buat review ye.

Ok..nak cite tentang promo omega guard shaklee ni. Beli 6 percuma 1. Dapat membership free, rebet lagi. Omega Guard ni adalah minyak ikan. Aku consume ni masa pregnantkan akid. Murah ok!

PROMO FEB 2013: Buy 6 FREE 1

OmegaGuard membekalkan asid lemak omega-3 yang berpotensi ultratulen dengan spektrum penuh bergred farmaseutikal.  Penyelidikan menunjukkan bahawa paras asid lemak omega-3 yang tinggi dapat memperbaiki kesihatan kardiovaskular di samping membantu memelihara tekanan darah dan paras trigliserida yang normal.*

Ultratulen dan Bergred Farmaseutikal
OmegaGuard dihasilkan melalui suatu proses penyulingan proprietari tiga molekul yang memekatkan asid lemak omega-3 yang bermanfaat dan semulajadi sementara menyingkirkan bahan-bahan berbahaya seperti merkuri dan plumbum yang terdapat di dalam kebanyakan jenis ikan.*
Minyak Ikan Terbaik Di Dunia
Mengandungi satu rangkaian penuh 7 jenis asid lemak omega-3 semulajadi iaitu EPA, DHA, ALA dan lain-lain lagi. EPA menyihatkan jantung dan sendi anda manakala DHA pula penting bagi perkembangan dan fungsi otak.*

Faedah & kepentingan Omega-3:

Merendahkan tahap trigliserida dalam darah
Mengurangkan risiko serangan sakit jantung
Mengurangkan risiko ritma jantung tidak normal yang berbahaya
Mengurangkan risiko strok
Melambatkan pembentukan plak atherosclerotic
Merendahkan tekanan darah
Mengurangkan kekakuan dan kelembutan sendi
Mengurangkan risiko penyakit jantung koronari.

Penyelidikan juga menunjukkan bahawa omega-3 menggalakkan kesihatan kardiovaskular dan membantu mengekalkan tekanan darah yang normal. Omega-3 juga menyokong otak, visi, dan fungsi sendi yang sihat.

Mengapa Omega Guard Shaklee?

Shaklee dah berada di pasaran dan terbukti berkesan sejak lebih 50 tahun lalu. Omega Guard Shaklee adalah ultrapure , dibuat dengan begitu sempurna, penyulingan 3 peringkat secara semula jadi memberi manfaat asid lemak pada masa yang sama mengeluarkan sebatian berbahaya seperti merkuri dan plumbum yang terdapat dalam ikan. Omega Guard dibuat dari ikan, bukan hati ikan yang boleh memberi kesan toksik.

Siapa Yang Sesuai Mengambil Omega Guard?

-Ibu hamil
-Ibu menyusu
-Kanak-kanak (1 tahun ke atas)
-Lelaki
-Warga Emas
-Mereka yang mengalami darah tinggi, kolesterol tinggi, diabetes
-Mereka yang mementingkan kehidupan sihat

Ok..jika berminat boleh pm @ email carretem@gmail.com @ whatsapp 0122850892