}

Jom Click beramai2.. ~wink~

Ammar Jr.

 Baby Birthday Ticker Ticker

Wednesday, December 26, 2012

Rabu tanpa kata



Tuesday, December 18, 2012

3 tahun yang indah

Hari ni genap 3 tahun kitaorg kahwin...

Setahun setengah duduk sebumbung and setahun setengah lagi pjj.

3 tahun dapat 2 baby boys yang comel2.. not bad la kan?

3 tahun...3 tahun n still counting... In sya Allah :)

Sempena 3 tahun ni kitaorang ada GOOD news...

Alhamdulillah pada rezeki yang Allah tak pernah putus bagi kitaorang ni. Walaupun macam tak ready lagi, tapi Allah tau yang terbaik.

Selamat ulang tahun mr hubby..luv u dunia akhirat. Semoga sampai ke jannah. Amin...


Saturday, December 15, 2012

Scholl warehouse

Yuhuu...kitaorang baru je balik dari Scholl warehouse kat PJ. Dekat je ngan opis encik usrule.

Actually x budget pun nak gi. Both ammar and Akid pakai seluar katok dan singlet je. Pagi-pagi encik usrule ajak sarapan kat luar. Nasib baik semua dah mandi. And nasib baiklah bawa beg bebudak ni. Adalah pampers diaorang and susu ammar.

Gi sarapan kat kedai soto kat seksyen 8. Lama tak datang situ. Sesiapa yang biasa ngan shah alam or ex student uitm sure tau kedai soto ni. Kedai ni banyak sangat pilihan. Dia buka 3 lot kedai tau.

Lepas sarapan encik usrule ajak gi DEMC, dia nak check gigi. Before ni dah checked kat klinik biasa, problem gigi geraham bongsu tumbuh bawah gigi geraham yang sedia ada.

Lama gak kat situ. Dekat satu jam lebih. Lepas siap semua, dia kata jom gi Scholl. Haaa...aku jom je la hehe. Tapi dah dekat pukul 11.

Sampai je kat sana, kereta memang banyaklah. Disebabkan akid tengah tido sambil menyusu so encik usrule gi dulu. Kitaorang parking tepi jalan je. Aku tinggal dalam keta ngan ammar dan akid.

Tak sampai 20 minit dia dah balik. Tau apa dia bawa balik? Bukan kasut....tapi biskut and coklat van houton. Muahaha. Dia kata x de saiz.

Pastu aku plak gi. Haaa...memanglah..takde size. Tinggal saiz yang kecik or besar sgt. Kaki aku saiz 7, saiz standard perempuan Malaysia.  Last2 aku keluat camtu je. Gi minum air vico free heheh

Esok ada satu hari lagi. Aku rasa suret dia restock kot. Takkan nak jual apa yang ada tu. So pada sesiapa nak gi, better gi pepagi.

Haa..meh jamu mata kedai soto and kasut yang aku nak beli tapi tak jadi beli sbb size 7 dia longgar.. :(


Thursday, December 13, 2012

Rumah kami!

Salam semua... :)

Hari tu kan..kan aku ader buat entry pasal nak cari penyewa untuk rumah baru kitaorang yang tak seberapa baru tu. Tak silap aku kitaorang ad kat mudah sehari je, then kat forum cari and kat blog ni. Punyerla ramai orang yang call kata nak sewa.

Haha...mula2 ingat takda orang nak sewa tau. Risau gak la. Sebab kan kitaorang dah decide tak nak duduk sana. Sekali..berduyun-duyun orang call. Sampai la ni pun ada orang call and sms tanya pasal rumah tu.

Sebenarnyer, x sampai seminggu kot kitaorang dah dapat tenant. Dia call, comfirm nk tgk, kitaorang reserved untuk dia, weekend dia datang tengok and then next week tu sign agreement. Settle!

Lagi satu, pasal entry tu kan..encik usrule berjejak kasih balik ngan ermmm..adik angkat dia. Girl ok! This girls sms tanya pasal rumah sewa. Sekali dia cakap kenal encik usrule. So, aku pass hp kat encik usrule. Haaa...ok..i know that girl.

Opss... X pernah jumpa..x pernah tgk pic tapi i know citer dia ngan encik usrule dulu2. Encik usrule pernah citer kat aku dulu...dulu..zaman bercinta dulu.

So, kalau that girl kalau lah masih baca blog ni, jangan risau..i'm ok with that :)

Opss...sebenarnya nak citer pasal rumah tu je. Walaupun sekarang still duduk rumah lama ni..rumah pertama since kawen, since ada ammar, rumah pertama akid bermalam lepas keluar spital, rumah yang pernah kena tinggal selama setahun setengah (balik ujung minggu je, tu pun sebulan sekali), kami bersyukur dah ada rumah sendiri. Tak besar, tak gah tapi cukup bahagia buat kami...


Wednesday, December 12, 2012

Rabu tanpa kata


Saturday, December 8, 2012

ESP Shaklee : Kebaikan dan testimoni

Assalamualaikum dan selamat sejahtera...hehe. Semoga semua rakan-rakan sihat walafiat sentiasa. Hari ni Post aku adalah untuk menceritakan kebaikan ESP shaklee. Memang ramai yang dah tahu dan banyak yang dah baca pasal ESP shaklee. Tapi post aku hari ni adalah beserta testimonial dari Distributor Shaklee jugak dan dia adalah admin blog ini. Puan Mahzaitul. 

Seperti yang kita tahu, Energizing Soy Protein Shaklee mengandungi 22 jenis asid amino dan ia adalah satu-satunya produk di pasaran yang menyediakan 9 asid amino penting yang tidak boleh dihasilkan oleh badan manusia. Ia adalah sesuai untuk semua peringkat umur – tua atau muda.

Protein kacang soya adalah dua kali lebih dari daging, 4 kali lebih dari telur, 12 kali lebih dari  susu. Ia juga rendah lemak, rendah kolesterol dan mudah diserap oleh badan manusia.

Faedah Energizing Soy Protein Shaklee yang utama:

Kekal Muda – Asid Amino membina otot manusia, kuku, rambut, darah, organ, kulit, kelenjar, 50,000 jenis protein, 20,000 jenis enzim dan lain-lain. Pengambilan Energizing Soy Protein Shaklee adalah kunci untuk mengekalkan kulit muda dan otot serta memastikan kita sentiasa bertenaga.

Hormon Berasaskan Tumbuhan Semulajadi – kacang soya adalah tumbuhan yang hanya kaya dalam isoflavon yang sama dengan fungsi hormon wanita. Ia membantu dalam mengurangkan paras kolesterol dan mencegah osteoporosis dan penyakit jantung.

Memulihkan Fungsi Prostat Lelaki - genistein dalam kacang soya telah membuktikan bahawa ia mempunyai keupayaan untuk menghalang pertumbuhan dan mencegah sel kanser daripada merebak. Ia memusnahkan radikal bebas dalam sel-sel kita sebelum radikal bebas bermutasi DNA sel-sel menjadi sel-sel kanser. Ia juga menjaga rahim dan ovari, kitaran haid dan prostat.

Kulit berseri dan anjal – Merangsang regenerasi kulit dan otot, memulihkan kedutan, sebagai anti-penuaan, mengembalikan keserian kulit dan kelembutan-lembutan otot, sekali gus mempercepatkan pemulihan luka danmenghilangkan  parut.

Pemberi tenaga segera – Membekalkan tenaga segera dan meningkatkan sistem imun, dengan itu ia memulihkan keletihan, migrain, insomnia dan tekanan gejala yang berkaitan seperti kemurungan, kebimbangan, ketakutan, dll.

Memulihkan Pigmentasi – Melambatkan proses uban, rambut gugur, masalah keadaan rambut, pigmentasi, freckles.

Memperbaiki Memori – Menguatkan ingatan, kecergasan, keupayaan seksual, dan sebagainya.

ESP @ Energizing Soy Protein :

Kompisis vitamin utama dalam susu ibu ialah protein. Protein adalah makanan sel. Sel tak kenal nasi lemak, air soya atau tempe tetapi sel hanya perlukan protein iaitu khasiat dari makanan yang diambil. Protein berfungsi mengekalkan pertumbuhan normal dan pemeliharaan tisu. Mengawal atur keseimbangan bendalir dalam badan.Pembinaan hormon, enzim dan antibodi memerlukan protein. Selain itu protein dikatakan membantu mengawal keseimbangan asid bes untuk mengangkut nutrien dan sumber tenaga.

Protein sangat sensitif. Ianya wujud pada suhu badan kita dan mudah terhapus pada suhu yang tinggi. So apabila kita memasak sumber protein seperti ikan goreng pada suhu yang tinggi, hakikatnya banyak protein yang telah musnah semasa proses memasak itu sendiri.


ESP Untuk Bina OTOT (Ahli Bina Badan)

Ada antara pembeli saya adalah lelaki. Iya betul, lelaki pun minum ESP ni kerana ESP ini mempunyai kandungan protein sebanyak 14gram/per serving.   Honestly saya tahu, protein digunakan untuk peminat tegar gym untuk bina badan kerana suami saya jugak suatu ketika dulu aktif ke gym. 

Harga protein yang dikenakan di kedai-kedai kesihatan mencecah sehingga RM250 dan ke atas. ESP Shaklee ini juga berkemampuan membina otot dan mempunyai harga yang berpatutan (sila email saya untuk harga). Nanti saya akan cerita kan dengan lebih lanjut beserta testi dari pengguna saya dalam post di masa hadapan.


ESP TESTIMONIAL

Sebalum saya consume ESP, memang saya skeptical sebab ramai kata rasa ESP ni tak sedap. Bila saya dah beli perkara pertama yang saya lakukan adalah merasa ESP ini dengan lidah untuk memastikan tahap mana kebenaran ketidak sedapan rasa ESP ni. Bau ESP ni sahaja sudah cukup menyelerakan. Bau macam nestum..nyum2. Bila dah rasa..rasa pun agak2 seperti nestum hehe..maybe sebab terpengaruh dengan bau..cuma kurang manis. Resipi saya minum ESP adalah..

1. 3 in 1 horlick
2. air panas
3. air suam4. 
3 sudu ESP

Atau ada banyak cara lain yang saya akan kongsi kan nanti:
Ini cara dari Pn Mahzaitul;

1. Bancuh Meal Shake (Shaklee) 
2. Air Ducth lady
3. 3 sudu ESP






Hebat kan, anak Pn Mahzaitul  (AMAR) yang berusia 2 tahun pun consume ESP untuk kesihatan. Hasilnya, Amar sangat cergas dan jarang demam. Alhamdullilah.



Untuk testi lebih lanjut dari Pn Mahzaitul, boleh anda layari TESTI ESP


Untuk Order atau pertanyaan boleh hubungi saya: ieda.chan@gmail.com

Or... isi borang di atas! :)))))

Setiap pembelian akan diberi jadual pengambilan dan consultancy. 

Tuesday, December 4, 2012

Akid 9 bulan.

Diam x diam dah 9 bulan usia Akid. Kejap jek. Tapi Akid ni cepat betul membesar. Dia ada tok guru, so memang cepat pick up. Sapa lagi tok guru dia kalau bukan si ammar hafiy kan.

Akid ni x nak main ngan baby toys ok. Nak main ngan toys toddler abang dia. Dalam erti kata lain apa yang abang dia main dia nak. Apa yang ada kat tangan ammar tu yang dia idam. Abang dia pun apa lagi, hangin la kan.. :)

Untuk 9 bulan ni akid dah pandai

1. Bubbye. Suka tol lambai org. Kalau dok depan umah tu, entah sapa2 dia lambai.

2. Suka betul menari bila dgr lagu. Kalau nak tgk dia diam, sila la nyanyi. Eh tak gak..dia goyang2kan badan.

3. Tepuk tangan. Bila dengar lagu...tepuk tangan...makan pun tepuk tangan..happy tepuk tangan..abang dia good boy pun tepuk tangan..tengok pocoyo pun tepuk tangan heheh

4. Dah boleh berdiri n melangkah 3,4 step. Cepat kan? Tak lama lagi jalan la tu. Fuhhh...slim la mummy dia

5. Berat 8.8kg. Tapi memang rasa berat tau kalau dukung dia.

6. Dah bubbling banyak perkataan dah. Yang selalu dia sebut yam..yam..time makan n maa..maaa..timw mummy kat depan.

7. Suka MAKAN!

Waa..banyak dah kan. Rasanya cukuplah tu. Banyak2 kang x larat plak nak kira. So far tu yang major la.

Nanti kita update ammar hafiy punyer plak ye. Daaa...





Rabu tanpa kata



Saturday, December 1, 2012

Susu ibu ooo susu ibu

Salam semua...

Akid sekarang dah 9 bulan and ammar plak dah setahun 2 bulan. Perjalanan menyusu diorg berdua memang berbeza. Ammar bf secara pjj and akid plak sentiasa di sisi. Masa ammar gigih buat stock and akid memang direct je. Stock pun ada skit je. X banyak stock sbb x de space nak letak and kalau pam, ammar akan minta nak minum. So at the end memng abis ammar minum. Cuma lately bila dia dah 2 tahun ni aku stop pam. Dia pun dah x minta dah.

Untuk sesiapa yang nak tau lebih lanjut pasal bf secara pjj boleh refer entry

http://myrule-myrule.blogspot.com/2010/12/susu-untuk-ammar.html?m=1

Dan

http://myrule-myrule.blogspot.com/2010/12/susu-untuk-ammar-2.html?m=1

Pada ibu2 yang menghadapi berbagai dugaan untuk menyusukan tu, jangan cepat give up ye. Usaha lagi dan lagi.

Ps: shaklee ade set trial utk ibu menyusu. Kalau nak tau details bole pm or  0122850892