}

Jom Click beramai2.. ~wink~

 Baby Birthday Ticker Ticker

Ammar Jr.

 Baby Birthday Ticker Ticker

Wednesday, February 29, 2012

Monday, February 27, 2012

Saya sudah botak!


Babah kata rambut Ammar dah panjang. So, Jumaat lepas babah potong rambut Ammar :)

Sunday, February 26, 2012

Ammar Jr.

Salam..



Berapa minit selepas dilahirkan...



Home sweet home!

Friday, February 17, 2012

Home Sweet Home - Langkah 1

Salam..

Arini kita ubah topik ek..

Before ni memang jarang citer pasal rumah kan? Asyik citer pasal Ammar jek. Tapi dah nama pun blog Babah + Mummy = Ammar kan.. ~wink~

Kitaorg dulu kan masa PJJ memang ader niat nak beli rumah. Actually nak beli rumah untuk pelaburan. Rumah murah jek. Kitaorg nak beli rumah yang kitaorg sewa sekarang. Rumah Flat lama jek. Tapi Groun floor, parking sangat senang, depan gate sekolah menengah, walking distance to kedai and school Ammar, masjid and x jauh dgn comercial lot section 18. Sape x mau kan? Tapi, owner tak mau jual. Padahal, sejak kitaorg masuk rumah tu sebelum sebelum kahwin dulu, sekali jek kitaorg jumpa anak owner tu. Yang lain semua tru fone je. Even nak repair apa2 dia suruh encik usrule buat and tolak duit sewa. Sampai macam tu sekali kan. Kitaorg memang sayanggggggggg sangat rumah tu. Rumah first lepas kawen..memory2.

Lagipun masa kitaorang PJJ dulu, memang niat nak back for good ke Melaka. So, nanti2 kalau dah dapat pindah Melaka boleh beli rumah lain. Melaka rumah memang masih murah. Rumah banglo or Semi D area rumah mak aku tu x sampai 300K. Cantik. Nak gi mana2 senang. No tol. Setakat nak lepak shopping kat KL ni..satu jam setengah je. Apa la sangat kan? Tengah2 antara kg encik usrule kat Muar and rumah parents dia kat Sri Gombak.

Tapi, Allah ada perancangan yang lebih baik. Bila Encik usrule dan Ammar balik ke Shah alam, kitaorang decide untuk beli rumah. Antara berapa perkara yang kitaorang pertimbangkan adalah

1. Pelaburan or untuk duduk

 Yang ni memang berbelah lagi. Macam aku cakap la, aku suka sangat duduk kat rumah sewa sekarang. Tapi   sampai bila kan? Nak tak nak kena ada rumah sendiri. Bila fikir punya fikir, kitaorang pun decide beli rumah untuk duduk. Insyaallah esok2 bila ada rezeki lebih, kitaorang cari untuk pelaburan.

2. Budget.

Yang ni pun penting gak. Kena pandang jauh ke depan. Bukan setakat 5 tahun jek. Mula-mula kitaorang (aku la tu) letak budget sampai 400K. Sebab?? Rumah kat Shah Alam ni mahal. Rumah baru naik memang atas 400K. Rumah lama yang elok skit dapat 300K - 400K. Tapi bila encik usrule bagi nasihat, so kitaorang decide harga rumah tidak lebih dari 300K.

3. Jenis rumah

Bab ni kitaorang sependapat hendak rumah bertanah. Takderla duduk depan grill jek macam Ammar Hafiy buat petang2 macam sekarang. Tapi aku suka single story. Encik usrule plak mau double storey. Kalau single storey dapatla bawah 300K and tengah2 town Shah alam. Bincang lagi. keputusannya kitaorang pilih dua2. Maksudnya kalau single lagi menarik, kitaorang amik single.

4. Lokasi

Lokasi pun memang sangat penting tau. Macam kitaorang ni, encik usrule kerja kat Petaling Jaya (boleh naik motor) dan aku pula kat Shah Alam (naik kereta). So, mestilah kena cari area yang berdekatan kan?. Kitaorang berdua memamng sangat puas hati dengan Shah Alam. Tapi harga rumah mahal! Jadi, kita luaskan pencarian ke pinggir Shah Alam. Antaranya Bandar Saujana Putra, Putra Heights, Kota Kemuning, Bandar putra dan juga Bandar Puteri.

5. Keluasan dan design rumah.

Yang ni bagi aku penting. Kakak aku dulu beli rumah (7 tahun dulu) kat Bandar sri Putra Bangi, harga 217K dengan keluasa 22*80. Heaven! End lot lagi. Member aku plak beli rumah (5 tahun lepas) masa Bandar Puteri Klang baru buka harga 180K dengan keluasan 22*70. Sekarang mana nak dapat? Aku nak rumah yang luas. Design yang cantik. Tapi yang tu kena cari tempat jauh2 la macam Puncak Alam baru dapat murah2. Tapi yang penting kalau boleh aku mau endlot or corner lot :)

Haaa... 5 di atas adalah kriteria penting yang kitaorang list downkan semasa decide nak beli rumah. Dekat 4 bulan gak pencarian rumah ni.

Ok..nanti aku update lagi media yang kitaorg gunakan dalam mencari our HOME SWEET HOME ek..


Wednesday, February 15, 2012

Monday, February 13, 2012

Sesi makan2 lagi

Salam..

Baby masih belum keluar lagi...even mummy dah pesan keluar la cepat. Mummy dah tak larat mau naik tangga opis yang 3 tingkat tu..~wink~

Last 2 weeks, sehari lepas birthday encik usrule, kitaorg ader family gathering lagi.

Kali kat Perantau Hill Sg merab.

Kitaorg memang selalu makan2 kat sini. Tempat dia besar and food dia sedap. Macam2 ada. Kali ni Nek chik and Tok chik Ammar HAfiy yang datang dari Kuantan belanja makan.

Tokchik Ammar convo pagi tu. Amik Master. Congratesss Bangchik. Lepas ni PHD plak ek. Belajar tak kira umur kan :)

Sempat gak gi beli Yogurt cheese Cake kat Secret Recipi untuk celebrate birthday encik usrule. The more the merrier kan. Nenek and Nekyang Ammar Hafiy pun ada turun dari Melaka. Cuma Tok Ngah and Co. jek cancel last minit dari JB.

Jom cuci mata seperti biasa..


Tengah recharge bateri



Set makanan yang di order


Tokchik and nek chik yang open table. Tokchik dapat hadiah sempena convo..


Makan...makan..


Kek Babah..


Babah potong kek..










Thursday, February 9, 2012

1 tahun 4 bulan..

Salam..

Baru perasan arini hari Khamis ek.. Cuti lama sangat. Ammar Jr. masih enak dok dalam perut. Tak mau share besday ngan babah  ~wink~

Pagi2 tadi dah ada meeting ngan boss Jepun pasal manpower.

Sebenarnya, dari aritu nak up entry Ammar Hafiy setahun 4 bulan. Tapi tak sempat nak type (malas).

So arini kena gak merajinkan diri untuk tulis entry ni.

Pada umur setahun 4 bulan ni Abang Ammar

1. Nak pakai baju and seluar sendiri. Tepuk tangan semua..hehehe. Sangat mau berdikarikan? Tapi kekadang bagi Mummy tension sebab x nak bagi mummy tolong langsung. Tolong skit pun dia akan melalak and buka balik baju. Masalahnya, dia memang tak boleh nak buat sendiri, kena ada orang tolong. Ada sekali tu dia cuba sarung tshirt encik usrule. Tau apa jadi? Haaa...dia masukkan kepala kat bahagian tangan. Pastu dah tersangkut. Punyerlah meraung.

2. Sudah pandai guna straw!!..tepuk tangan lagi. Opsss..tau2..anak korang awal2 lagi dah pandai guna straw..hehehe.  Ok..memang automaticlah. Before that jenuh tunjuk cane nak guna straw. Memang x reti2. Bila kitaorg buat x tau..sebab ramai cakap, dia akan berlajar sendiri. Tetiba aritu kitaorg saje jek bagi dia air kotak milo. Laju je dia sedut. Sampai tersedak. Waaaa....macam x caya jek kan. Sekarang..pantang nampak straw.

3. Penggunaan sudu and garfu pun dah semakin kemas. Dah boleh suap ke mulut. Ni dah lama praktis, tapi baru je mahir.

4. Minggu lepas, masa aku siap2 nak keluar. Pakailah headband kan sebelum nak pakai tudung. Ammar tengok jek aku pakai headband tu terus dia lari2 masuk bilik solat. Tau apa dia buat? Rupa2nya dia nak capai tudung. Aku gantung tudung tu dalam bilik solat. Nasib baik tudung yang dia tarik tu kena ngan baju aku pakai. Kalau tak..nangis mummy dia sebab takkan x nak pakai plak kan tudung yang anak tercinta dia pilih kan..heheh

5. Sudah mula kenal watak Barnie, Boyboyboy dan juga upish ipish (upin ipin). Menari sambil tangan dia goyang2kan pastu pusing2..heheh

6. Kaki buli..huhuhu. Itu yang kakak kat nursery cerita. Ammar selalu babap ader budak pompuan ni. Budak lelaki dia x kacau sangat. LAgi satu, kalau dia usik org takper. Tapi bila orang usik dia..dia menangis. Yang aku perasan ammar ni, style dia bergurau memang kasar. Nasib baik la budak pompuan yang selalu dia babap tu relaks jek. Macam x kisah. Risau gak kang mak budak tu marah...:)

7. Dah boleh faham arahan. Boleh cakap banyak perkataan even pelat skit. Dia sebut NO sgtla cumel. And ada satu word faverite dia..nak tau apa? OOOCOCOTTTT...muahahaha. Yup..macam melatah tu. Tu bunyi panjang. Kalau pendek jadi ooocott..hehehe

8. Latest! Malam tadi Ammar datang kat mummy sambil cakap YAK..YAK.. Sambil tunjuk pampers dia. Rupa2nyer betul. Dia poo poo.. :)

Aper lagi ek..rasa macam ada lagi, tapi x boleh nak ingat. Lupa jap.  Tapi lebih kurang tu la perkembangan Ammar Hafiy..



Wednesday, February 8, 2012

Thursday, February 2, 2012

Esok..

Ammar Jr.... nak kuar esok x?..

Kalau kuar esok..boleh share kek ngan babah...

Kalau nak kuar esok..kuar la ek..jgn malu2..mummy ngan senang hati terima.

Boleh mummy dapat elaun maternity 2 bulan.

And mummy pun dah takder mood mau buat keja (errr..keja pun takder sebab semua users dah malas nak keja)...hehehe

Jom kuar esok!!


Opsss..ni kek besday mummy Sabtu lepas... Kek babah mummy nak cari ke ice cream.. ~wink~

Wednesday, February 1, 2012