}

Jom Click beramai2.. ~wink~

 Baby Birthday Ticker Ticker

Ammar Jr.

 Baby Birthday Ticker Ticker

Tuesday, January 31, 2012

Rentetan dari berita yang x diduga..

Salam..

Malam tadi hujan..and pagi ni mendung jek kat Shah Alam, seakan2 memahami hati staf2 kat opis ni.

Ramai yang bertanya mengenai entri BERITA YANG TAK TERDUGA semalam.

Thanks pada yang sudi mengambil berat..terharu beb! :P

OK..semalam petang kitaorg semua dah dapat penjelasan yang sangat terang pasal apa yang berlaku. Memang berita sedih buat semua.

Semalam pagi masa aku masuk kerja, line internet down. Users cakap dari Jumaat. So, tanya kat boss aku. Dia syak akibat TM maybe tutup line sebab Jumaat tu ader kilang berhampiran terbakar.

So, diorg call TM directory. Dalam pada nak settle problem tu, aku nampak gak SALES manager keluar masuk bilik server. Tapi tak kisah lah kan. Sebab dia x der keja kot..heehe

Tak lama lepas tu, internet pun ok. Tetiba boss aku keluar dari bilik server. Dia gelak2 and cakap kat aku and partner aku, ada masalah besar. Bila aku tanya, dia macam bagi signal ajak masuk bilik server. Aku malas la nak gi. So partner aku gi.

Tak lama lepas tu partner aku keluar dari bilik server. Aku tanyalah apa cerita. Dia just cakap pasal TM. So, aku diam je la. Then tak lama lepas tu, boss aku datang and tanya aku dah tau ke belum? Aku cakap lah tau ape?

Dia pun amik keyboard aku, buka website our HQ kat Jepun. Buka press release yang latest (date semalam) then highlight kat satu statement ni.


Discontinue OK!.. Kalau baca ayat penuh..HQ akan tutup semua kilang2 dia yang produce gold wire. Bukan kitaorg yang di Malaysia ni jek. Semua! Worldwide! Reason? Tak untung sebab harga emas makin melambung.

For info, Co. kitaorg ni bukan co kecik2 kat Jepun tu. Gold mines pun sendiri punyer. Ada banyak cabang bussiness. Lagipun, semua orang macam x sangka. Tak ada khabar berita, tetiba TUTUP terus.

Cuma masa pagi tu kitaorg2 jek yang tau. Antara comfirm ngan tak. Tapi kalau dah kuar official press release, nak expect apa lagi kan?

So, petang semalam lepas meeting ngan exec baru kitarorg tau. Comfirm tutup! First batch akan berhenti end of March. After that End of June. Shipment akan berakhir bulan September.

Yang kesian sangat2 pada husband and wife yang keja kat opis ni. Macam boss aku pun, dia memang terror IT, tapi dia hanya ada cert matrix jek. Umur pun dah 40. Sapa mau amik keja kan? Even manager jepun pun kata dia balik Jepun takder keja dah.

Semalam dah sampai rumah, tengok Ammar baru rasa sedih. Dengan baru nak beli rumah ni. Dengan kedatangan Ammar Jr. Tapi encik usrule positif jek. Rezeki ada di mana2. Aku suka keja kat opis ni. Boss ok..kengkawan ok..enviroment pun ok. Setakat nak cuti ke mc ke boss aku takder hal. Boss yang paling best. Semua ni akan jadi kenangan lepas bulan 3. Sure rindu nanti... :(





Sedih dan happy bila pandang Ammar. Ammar last gi school bulan Feb ni ek. Mummy kata lepas tu mummy jaga Ammar sendiri ~winK~




Monday, January 30, 2012

Berita yang tak diduga

Salam semua..

Selepas seminggu bercuti memang liat la nak masuk opis...huhuhu

Nak bangun mandi pun liat. Apatah lagi Ammar Hafiy kan.

Tapi dia ok jek nak gi school pagi tadi.

Tapi... arini..kitaorg (satu opis) dapat berita yang sangat2 tak diduga.

Berita dari Jepun yang buat semua org panik.

Erm..sekarang ni tengah Manager meeting.

Kol 3 nanti, semua exec kena masuk meeting.

Lepas tu baru tau apa yang patut dibuat..patut dibackup..huhu

Dahla baru nak beli umah ni...huhuhu

Ps: Doakan yang baik2 je la..kalau yang x baik pun..terpaksa redha je la.. :(




Mummy..apa2 pun kita kena bertabah ye... :)

Friday, January 27, 2012

35W

Salam semua..

Minggu ni sudah 35W. Cepat jek masa berlalu. Ammar Jr. pun semakin lasak dalam perut ni. Rasa2nyer macam lagi aktif dari Ammar Hafiy.

Masih bercuti sampai harini. Tapi encik usrule dah start keja. Arini aku antar Ammar Hafiy gi school setengah hari..sebab nak kemas rumah, sapu n mop lantai, lipat baju and iron baju kerja encik usrule seminggunyer stock. Mana tau Ammar Jr. nak keluar awal. So, rumah sudah bersih. Nanti senang hati nak tinggalkan encik usrule.

Cerita pasal rumah ni kan, malam tadi kitaorang dah bagi booking fee kat agent rumah. Last week kitaorg dah tgk sebuah rumah ni. Harga ok, location pun ok gak la. Dapatlah endlot. So, Doakan agar loan rumah lulus ek. Kalau lulus and rumah tu rezeki ktaorg dan tambah kitchen kabinet and cat balik rumah tu.

Ok..nak sambung kemas rumah jap.. tata..

Friday, January 20, 2012

Apa ada dengan 03022012?

Salam...

Dah takder mood mau keja arini... :)

Next week kitaorg cuti seminggu....opsss...aku ngan Ammar jek. Encik usrule Jumaat depan dah keja.

Esok pepagi kitaorg akan shoot balik Melaka.

X decide lagi..mau balik Muar bila..sebab Ahad malam abang ipau ku mau open table.. ~wink~

So, ni mungkin last balik kampung kot sebelum bersalin.

Dah siap2 kemas barang2 nak pakai masa pantang nanti..nak antar balik.

Cuma beg hospital x complete and baju bajan aku and ammar nak pakai nanti masa kat Melaka.

Baju kitaorg memang ada kat Melaka, tapi takut x cukup jek. So kena tapau skit dari sini.

Opss..lari dari tajuk ni.

Ok..kalau ikut pada tarikh due iaitu 2 March = hari Jumaat.

Tapi aku berdoa la, tak yah sampai 40W kan. Tak larat i..hehehe.

Bila belek2 kalender.. 36W (abang Ammar kan lahir 36W) tu jatuh pada hari Jumaat 2 minggu lagi.

Bersamaan 3 February 2012. So apa ada pada 3 February 2012 tu?

Haaa...3 February 2012 ulang tahun encik usurule yang ke 30 ;)

So..Adakah baby mau kongsi besday sama babah? Nanti mummy jimat. Tak payah beli sampai 2 kek..muahaha

Kalau nak kogsi besday sama Mummy pun boleh gak..tapi kena kuar awal seminggu. Tapi macam cepat la plak kan.. Mummy nak makan2 lagi.. ~wink~

Tapi x maula tunggu lama2 ye Ammar JR... :p

Thursday, January 19, 2012

Rindu zaman2 kegemilangan Ammar Hafiy

Salam...

Zaman gemilang time Ammar Hafiy domok2..

Sekarang dah kurang gomok..


Sehari


2M



4M


6M


8M


11M



Now... 15M


Hilang sudah kebulatan...huhuu

JOm..pasni kita bina plak badan dan pipi Ammar JR. ~wink~


Wednesday, January 18, 2012

WW






Tuesday, January 17, 2012

Mari membeli Rumah!

Salam semua..

Lately ni kan, ramai gak blogger yang buat entry pasal rumah, membeli rumah, menyewa rumah and tips berkenaan rumah.

Dan macam tau2 je kan yang kitaorg juga tengah memburu rumah untuk dibeli. Series!! sangat susah ok. Yang membuatkan sangat susah sebab mau cari rumah di tempat yang sesaui, harga berpatutan and jatuh cinta ngan rumah tu.. ~wink~

Macam kitaorg ni kan... Aku kerja kat Shah Alam ni jek. 10 minit dari umah. Dah dekat 10 tahun camtu. Manakala encik usrule plak keja kat PJ tu. Naik motor. Lalu laluan motor kat Federal Highway. Aku balik 5.10. Sampai school ammar dalam 5.30. Sampai umah 5.40. Encik usrule plak balik 5.10. Gi beli makan (opsss..kantoi..hehhe.. aku x masak since pregnant 7 bulan..x larat + nanti ader budak kecit dok kat kaki sambil hulur tangan suh dukung sebab nak tgk ape ader dalam sinki and kuali. Kalau x bagi nanti dia gigit peha mummy dia sebab geram..heheh) sampai umah kol 6. Heaven!!

Rumah sewa sekarang memang best. Rumah kecik jek. Tapi depan sekolah. Jalan kaki je gi kedai and school Ammar. Surau dekat. Giant, care4, kfc, mcd..kira senanglah. Dan kitaorg memang ada niat nak beli rumah tu dari owner (sebagai kenangan our home sweet home yang pertama) tapi, tuan rumah tak mau jual.

Harga rumah kat araea Shah Alam ni memang mahal. 300K ke atas la. Rumah baru 400K starting. Bukan x mampu, tapi untuk jangka masa panjang, takkan nak bayar rumah aje sampai 2k++ sebulan.

So, kitaorg luaskan kawasan ke

1. Bandar Saujana Putra.

- Tepi Elite. Senang nak balik melaka and muar.
- Dekat ngan adik beradik aku yang lain. Abangah kat Putrajaya, Kaklong kat Bandar Sri Putra Bangi, Kidot    kat Nilai.
- Tak jauh dari PJ dan Shah Alam.

Tapi, bila survey, Crime rates tinggi. Jalan x berapa elok. Jalan masuk keluar ke taman x berapa friendly.

So..the answer is NO!

2. Puncak ALam.

- Rumah murah lagi.
- Dekat ngan Mak usu aku kat Saujana Utama.

Tapi, jauh nak ke PJ, Shah alam (even org kata OK) aku still rasa jauh.

So, NO to Puncak Alam..Saujana Utama and seangkatan dengannye.

3. Shah Alam.

- Centre.
- Suka Shah ALam

Pernah survey 3 rumah.

Rumah pertama- emm...sgt kecik pada harga yang dibagi - NO

Rumah kedua - Design agak pelik. KAlau beli mau kena renovate jek 15K sebab design dia sgt pelik ok. Rumah luas tapi banyak dinding partition. At the end, dapat 2 bilik jek. Dapur pun sangat lah kecik - NO

Rumah ketiga - Kejiranan dia adalah sangat serabut. Dan hujung jalan adalah jalan mati - NO

4. Area bukit Tinggi Klang.

Dah tengok dua rumah.

Rumah pertama, taman kecik jek. Aku rasa jauh gile. Sebab bila kuar KEsas tu, masuk dalam lagi dan lagi dan lagi - NO

Rumah kedua, semalam kitaorg gi tengok. Harga sangat ok, rumah cantik tapi kejiranan adalah sangat mengecewakan. Pulang dengan hati yang sangat Frust huuh...

Ooo...bilalah mau dapat rumah yang berkenan dengan hati, mata and poket ni..huhuu





Friday, January 13, 2012

Mandi pagi before gi school??

Salam pagi Jumaat semua..

Minggu ni malam2 hujan je kan. So pepagi time nak gi mandi gi keja tu, sejur giler...grrrr

Kipas pun buka 1 or 2 je laju dia.

Lebih dari tu...ader yang demam kang.

Last Jumaat, masa kemas beg school Ammar Hafiy terjumpa notis kertas a4. Notis dari owner taska.

Antara kandungannyer,

1. List toiletries

2. Berapa pampers kena bawa

3. Towel tak boleh kecik sangat

4. OT time and charge for transit

5. Kena mandi before gi school, except baby bawah 6 bulan.

1 to 3 memang kitaorg tau dan follow. Ot time x terlibat sebab aku amik Ammar awal.

Tapi yang no 5 tu...ade sikit masalah.

Bukan apa, pepagi kitaorg antar Ammar Hafiy dah siap lap2 muka, salin pampers and bagi susu. Memang x mandikan. Aku rasa macam kesian nak mandikan awal2 dalam pukul 7 tu. Nak kena kejut dia. Umur pun baru setahun lebih.

Tapi kitaorg try la seminggu ni.

Memang susah..!!

Kesian pun ada.

Tapi dah mandi memang nampak dia segar la.

Jenuh gak proses nak ajak dia mandi. Sesi pujuk memujuk, cium mencium, geletek etc la..hingga ke bilik air. Encik usrule yang mandikan dia. Aku tukang pakaikan baju, pamper and bedak.

Nak tengok gaya Abang Ammar tak..

Ni gaya pagi tadi ok


Dari tilam ke dapur x snap. Dia x nak bangun. Atas tikar kat dapur ni dia sambung tido


Bila aku cakap nak amik gambar dia..cecepat dia gelak and pusingkan kepala


Buat2 tido...


Tido lagi...padahal..dia dah bangun ni..


Tukar position plak bila babah dia panggil


Buka baju...lentok balik


Haaa..lepas tu, bila encik usrule angkat dia..terus senyum lebar...senyum tau...senang ati sebab babah dia dukung dia and bukakan pampers... ~wink~

err..korang yang antar anak gi nursery..mandikan dulu x?


Tuesday, January 10, 2012

Kami makan-makan lagi di...

Salam..

Kalau bulan lepas kitaorg asik makan- makan nasi arab..

Thin month asik makan-makan westren plak.. Fave i tu..hehe

Last 2 weeks masa balik Melaka, adik aku banja makan western food. Nama gerai ni Pit Stop. Gerai kampung yang cantik.

Aku suka Chicken grill dia. Encik usrule makan rib eye steak kot. Air aku order chocolate blended...

And last week adik yang sama gak belanja makan lagi. Orang dapat bonus kan..heheh

Masa kat Melaka aritu hanya ader kitaorg, dia, adik yang baru kahwen tu jek. So tak cukup korum.

So, repeat balik kat CAFE MALAYA Presint 15 Putrajaya.


Budak ni sangat senang hati sebab ramai org layan dia.


Kali ini, Ammar nyer Paklong n co serta Pak ngah and co. join sekali.

Makanan memang sedap. Kitaorg order western food. Dari lamb to chicken to fish.


Ni fish and chip kaklong aku..aku pun join sekali..heheh



Yang ni first batch order..saper lambat dtg order kemudian..hehehe

Memang sedap.

Kaklong aku order nasi goreng cina untuk anak dia. Aku pun pau sekali untuk ammar, sebab x pedas. Laju sungguh dia makan.

Pastu order ubi rebus (special menu).

Sesungguhnyer memang sangat kenyang ok.

Kaklong aku (lagi) order air sampai dua. Pun aku pau gak..muahahah



Tembikai laici...yang ni pun aku pau..muahaha

Memang best.

Kitaorg pulang dengan senang hati.


Pengantin baru yang x baper baru..muahaha


Aksi orang yang senang hati sebab kenyang..


Tima acih cik ina..banja Ammar makan..layan ammar...Muahhhh kat cik ina..


Senang ati sebab banyak dayang2..






Sunday, January 8, 2012

Checklist Hospital untuk Mummy and baby

Salam..

Haaa... masuk 32w aku cari balik checklist masa nak bersalinkan Abang Ammar dulu.

Nasib baik ada simpan lagi. Ye la, sebab awal tahun aritu aku tukar pc baru. So, banyak benda yang aku delete and TERdelete.

Kali ni, checklist lebih sempoi.

Sebab apa aku kata sempoi??

Sebab ada setengah barang yang hospital dah sediakan (hospital swasta)

Macam kat Shah Alam Specialist Centre ni, masa bersalinkan Abang Ammar dulu, Toiletries, pampers newborn, maternity pad (x silap la) semua ada disediakan. So, tak perlu bawa dari rumah.

Jom check list kat bawah ni



Checklist untuk Mummy 

1. Kad lawatan hospital/kad pink



2. Kad pengenalan/IC


3. Handphone


4. Tshirt


5. Stokin 2 pasang


6. Kain batik sehelai


7. Tudung spare

9. Tuala mandi

10. Selipar


11. camera


12. Air/minyak selusuh (masa Ammar dulu memang tak sempat nak ada)


13. Minyak angin or minyak panas


14. Air zam zam / kurma


15. Food & drinks


16. Bag plastik


17. Nursing bra


18. Breast-pump (masa Ammar dulu x beli lagi)


19. Getah rambut (extra)


20. Sweater

21. barang keperluan suami


22. Disposeable panties, maternity pad
Checklist untuk BabY

1. Newborn sized diapers (bawa juga untuk standby)


2. Baju (lengan panjang-2,3 pasang)


3. Minyak telon

4. Mittens & booties


5. kain bedung


6. Barut

7. Topi


8. Tuala kecil


Simple je kan?..Tak cukup?? aku suruh encik usrule balik amik..bukan jauh pun.. ~wink


Friday, January 6, 2012

Balik Kampung....

Salam jumaat semua.....

LAst week kan kitaorg balik kampung!

Mula2 balik Muar dulu.

Sebulan lebih dah x balik.

Kitaorg gerak kol 6 lebih lepas balik keja. Nasib baik jalan x jem.

Sampai Muar, kitaorg gi makan2 kat Bentayan dulu. Er..kalau orang Muar sure tau Bentayan ni kan.

Bentayan ni ala2 tempat makan. Macam ada. Ada yong tau fu, bubur, sate, mee bandung, nasi etc. Kitaorg kalau balik Muar sure makan kat sini. sebelah je dengan Stesyen bas ekpres muar. Kami order yong tau fu, tauhu bakar dan bubur campur. Ammar hafiy siap join makan Yong tau fu lagi.. :)

Esoknya, kitaorg gi bandar Muar (ala, rumah nenek encik usrule sekangkang kera je dengan Bandar Muar). Kali ni 2 orang sepupu encik usrule join sekali. Kitaorng gi The store Muar. Kitaorg pernah beli LEVIS 50% kat sini. Encik usrule belikan aku 2 helai dan untuk dia sehelai. Hadiah lepas pantang...

Lepas gi The Store, kitaorg terus gi rumah Tok encik usrule lagi satu kat Parit Sakai. Tok encik usrule ni tinggal sorang jek selepas Tok Min dia meninggal. Kitaorg lunch kat situ.

Petang plak, dalam pukul 6 lebih kitaorg gerak balik Melaka. Adik aku mau belanja makan western food. Gambar makan2 adalah tidak ada.. Sebabnyer semua orang kusyuk ngan makanan.

Esoknya, pagi - pagi lagi Ammar Hafiy dah ikut Nenek and cik ina dia gi ukur Jaya Jusco Ayer Keroh. Tinggallah  babah and Mummy dia kat rumah. Babah dia siap boleh qadaq tido lagi, manakala mummy plak sempat basuh and sidai semua CD Ammar Hafiy dan juga baju2 newborn to 6 month Ammar Hafiy yang lama untuk Ammar Jr. nanti.


Shopping dengan nenek, cik ina and kak ayu. 

.
Ada gaya x nak jadi model mee segera?


Petang tu plak, tetiba encik usrule ajak keluar. Nak tau gi mana?? Gi sini..


Bird!..Bird! 



Inilah yang Ammar Hafiy panggil BIRD...heheh




Hot la Mummy..


Nak..nak BIRD!!





Cik Ina dengan Kak Ayu


Ammar... sila tutup perut awak ye...hehhe








Seronok nampak ombak rindu..laut.




Mula2 ingat nak singgah rumah Toklang Ammar Hafiy. Nak menjengah dua pupu dia (Danish-yang kena antar balik Melaka sebab x der orang nak jaga Danish kat Ulu perak sana). Tapi Danish plak ikut Toklang balik umah Moyang dia. So, kitaorg semua terus balik rumah...huhu

Wednesday, January 4, 2012

Negative

Salam semua..

Ni bukan nak citer negative filem tau..tapi nak cerita perangai negative Ammar.

Dalam umur sekarang ni, memang dia kuat meniru. Ko buat skit jek, kejap lagi dia dah buat. So, jaga2 lah perangai and tingkah laku depan anak ye.

Tapi, kita bukan boleh control semua orang kan. Dapat2 plak macam abang Ammar yang gi nursery tu. Bukan nak salahkan nursery tau. Tapi ye la, dah ramai2 tu, pelbagai umur sikit sebanyak tercopy gak kan. Sama juga kalau antar ke rumah orang.

kalau dia ikut yang baik tu..lega hati..tapi bila dia ikut yang negative tu..aduhai,,anak..naperlah ikut. Tapi dia bukan tau apa pun kan? Orang buat..dia pun buat gak.

1.  Benda yang paling kitaorg perasan sekali adalah ammar dah pandai menendang. Tendang ball memang terror la. Tapi ni kalau kita marah dia, dia akan protes dengan menendang. Tendang tau! 2,3 kali pakai kaki. Apa yang kitaorg buat, babap kaki dia. Takpun jentik sambil larang kata ball aje boleh ditendang. Mula2 dulu memang cakap jek. Tapi macam tu gak. Kekadang dia ingat kitaorang memain ngan dia.

2. Satu lagi tanda protes dia, kalau kitaorg larang or tegur dia adalah dia kan hantukkan kepala dia. Takpun ketuk kepala dia. Jangan tanya aku kat mana dia dapat idea ni. Aku pun x tau. Kitaorg selalu cakap ngan dia, yang dia kena sayangkan diri dia. Kitaorg sayang dia. Tak baik buat macam tu kat diri dia. Baru2 ni masa balik umah nenek melaka, dia hantukkan kepala dia kat tembok batu. Depan aku..depan nenek and depan cik ina dia. Haaa..berbekas merah. Slow..tapi tembok batu. Sebelum2 ni dia hantuk kat tilam, kat dada aku or badan encik usrule jek. Nenek aku risau, kot2 sampai besar dia buat camtu.

3.  Dan yang ketiga ni lagi best. Err..aku tak tau la anak korang pun buat camni gak. Kalau nak mandi or tukarkan pampers, Ammar suka pegang2 bibird dia. Agaknya dia baru discover kot. Kekadang terpaksa alihkan tangan dia. Aku risau jek sampai besar esok jadi habit. Ke perkara biasa je tu? Any comment??


Tuesday, January 3, 2012

1 Tahun 3 Bulan

Salam.. and Selamat datang 2012..

Sebenarnya dari last week nak buat entry 1 tahun 3 bulan ni, tapi sebab sibuk menghabiskan cuti and cover orang2 yang menghabiskan cuti terus terlupa.. ~wink~

Jom tengok aper yang Abang Ammar dah tau..

1.  Dah tau kalau bunyi azan, terus jek lari gi bilik solat, tarik sejadah and sebut Allahuakbar. Then solat. Solat ala2 dia la. Kekadang memang kitaorg tergelak, sebab sgt cute ok tgk dia sungguh2. Dengan sujud dia, sebutan dia, pastu nak pakai kopiah encik usrule (macam dalam entry WW sebelum ni). Nak lagi best, dia nak pakai telekung aku, nak pakai tudung aku...heheh

2.  Dah tau, kalau nak makan kena baca Doa. Angkat tangan and Doa. X kisahla aper bunyi yang keluarkan. Still dia dah mula berlajar.

3.  Kalau masa 1 tahun 2 bulan dia tau nak minta susu and letak botol susu kat sinki, kali ni dia dah tau nak minta makanan kat mana. Roti or kuih kat atas meja. Sama ngan tempat susu. Tapi dia nak org dirikan dia atas kerusi and nanti dia pilih sendiri apa dia nak atas meja tu. Kalau biskut, dia tau benda tu kat atas fridge (baru discover). Malah, pinggan yang dia makan pun dia nak angkat sendiri ke sinki. Pastu basuh tangan and kaki.

4. Ammar juga dah reti nak buang sampah kat mana. Tapi kekadang dia kutip apa yang ada dalam bakul sampah tu. Jenuh kata yang tu kotor. Dia suka ambil kotak2 makanan or air. Nak lagi best, dia dah boleh gi buang pampers dia sendiri or dia nak buang pampers dia sendiri. Kalau bukakan pampers dia, nanti dia yang minta pampers tu and nak gi buang.

5. Satu lagi, dah tau mana nak letak baju and seluar yang dia dah pakai. Kitaorg bagi dia satu bakul (yang macam bakul sampah) untuk baju kotor dia. Tapiii..aritu masa balik umah nenek kat Melaka, nenek dia punyer bakul sampah sama dengan bakul baju kotor dia. Dia letak baju kotor dia dalam bakul sampah nenek dia. Tergelak semua orang..heheh.

6.  Bab makan, masih macam dulu. Nasi, dia x mau makan sangat. tapi kalau mee, laksa, apam, roti or pau memang dia suka. Last week balik Muar, Onyang sana dah bagi dia makan donut (bergula ok!). Balik rumah nenek Melaka plak, makan jagung bakar. Pandai plak makan. Dia ambil jagung rebus tu terus gigit. Lepas dia umur setahun nu memang dia makan macam2. Mengucap panjang aku. Selalunya orang2 sekeliling la. As long as kurang garam and gula, aku tak la strict sangat. Cuma kekadang kalau x bagi, dia nangis nak. Contoh macam aritu, dia nak makan buah rambutan. Aku tak bagi sebab dia batuk, boleh dia gigit buah rambutan tu depan aku. Aku ambil. Tengok2 dia dah gia makan ngan nenek, nekyang and tok ngah dia. Yang tu semua tukang kopek, dia tukang makan. Laju jek dia makan.




7.  Dah pandai tgk tv. Ehh!! bukan TV. Tapi video2 lagu kanak2, flashcard, abc and mengaji yang kitaorg download dari youtube and pasangkan kat TV. Remote astro and TV tu memang dia lah yang conquer. Kalau kitaorg buka, memang senyum lebar lah. Tapi...kalau nak tgk aksi bapak rebut remote control and tv ngan anak..masa ni la  ~wink~



8.  Memang berani! Berani panjat and duduk atas meja, pastu kat meja makan nak duduk kat kerusi biasa. Dah tak nak duduk dalam baby chair lagi (memang dia boleh behave kalau dapat duduk kat kerusi biasa) and dah pandai nak berdiri atas car mainan dia. Err..x lupa juga kereta mainan berlagu kat shopping tu. Cuma dia x kisah ada lagu ke tak. Dapat naik pun dia dah OK!






Ok..cukup lah 8 tu. Nanti2 update lagi untuk next moth..:)