}

Jom Click beramai2.. ~wink~

Ammar Jr.

 Baby Birthday Ticker Ticker

Wednesday, December 28, 2011

WW - Mummy miss U





Tuesday, December 27, 2011

Baby Checklist

30 Minggu??

Haaa... ayat x boleh blah aku bagi encik usrule kelmarin.

"kalau ammar JR lahir 36 minggu macam Ammar, kita ader 6 minggu jek lagi"

Respond encik usrule??

"err..nama pun tak finalize lagi ni"

Hehehe..boleh plak dia terfikir bab nama. Masa Ammar dulu lepas lahir baru decide nama.

So, kali ni macam tu gak la :)

Pasal baby checklist plak, memang dah start kena tengok.

Actually x banyak sangat nak kena beli sebab barang abang ammar masih boleh pakai. Ni beruntung kalau baby lahir dekat2.

Aritu masa Pureen warehouse dah beli 2 helai baju longsleeve. Satu warna biru and satu lagi warna putih.

Semalam plak dah beli mitten and botties. 2 pasang. Biru dan putih.

Ni untuk pakai kat hospital and kuar hospital. Takkan masa ni nak pakai baju abang Ammar plak kan. :)



Contoh la..tapi memang baju plain. Mitten and booties tu ader gambar cartoon. Cari yang x sama ngn abang Ammar punyer. Abang Ammar sangatla excited. Bila nampak Mummy pilih2 dia pun sibuk sebut "nak..nak".
At the end dia pegang sampaila kat kaunter.

Lepas tu, dah beli sekali towel mandi. Beli untuk abang ammar sekali. Supaya abang Ammar tak terasa ye..

Sebab apa tak mau abang Ammar terasa?

Sebab aritu mummy ader beli botol Safety plus untuk baby yang macam kat bawah ni



Tapi abang Ammar nangis2 nak. Rupa2nyer dia nak minum dari bottle tu. Masalahnyer, bottle tu 5oz jek. Mana la cukup untuk Abang Ammar kan? Abang Ammar pun kekadang bottle avent 9oz dia tu pun x cukup..heehe

So far tu jek kot barang untuk baby yang dah beli. Tailortries semua dah beli. Beli masa Pureen wh aritu. Beli yang besar supaya Abang Ammar boleh share sekali.

Untuk aku plak, aritu baru beli online NR punyer set bersalin. Beli kat sini

Murah and dapat free gift serta free delivery. Berbaloi2.. ~wink~

Nanti bila balik Melaka, dah boleh keluarkan stock baju baby abang Ammar yang bawah 6 bulan. Boleh basuh and lipat siap2 untuk time pantang nanti.

Tengah fikir apa lagi barang nak beli ni ek.. :)


Friday, December 23, 2011

cabaran iPad MySuperKids #6



Teringat lagi zaman mula-mula kenal komputer. Masa tu aku baru form 2 x silap. Zaman-zaman DOS. Hitam dan putih sahaja. Masa tu memang tak reti buka komputer sangat. Kalau buka and keluar lain macam jek, terus cuak. And komputer zaman tu memang jenis besar giler la. Masa tu pun komputer tu digunakan untuk main game jek. Game yang famous kitaorg main masa tu adalah Prince of Persia. Masa ni internet memang takder lagi lah.


Lepas tu, besar skit masa Form 4, dah start ader windows. Lega la skit sebab senang kan. Tak payah nak ingat command. Masa tu semua orang kat sekolah sibuk bercerita pasal Microsoft Office. Ramai kengkawan yang amik class. Lepas SPM pun ramai gak yang gi masuk class. Alasan? Nanti senang nak dapat keja or masuk U.


Bila masuk U, zaman-zaman dah ader internet. Masa tu famous ngan IRC. Ramai gak yang dapat boyfrend kat IRC.  
Tapi penggunaan interney still x meluas. Banyak yang guna untuk chatting.


Then bila zaman pratikal kat Telekom, masa ni la kenal ngan laman-laman forum. Nostalgia sangat tau. Sebab masa ni la mengumpul kenalan. Internet still x berapa meluas. Ada tapi x laju..heheh


Part yang paling best bila zaman bekerja. As budak Computer yang keja dalam bidang IT, memang lah mengikuti perkembangan internet ni. Dapat2lah co. aku ni memang no limit la penggunaan internet. Semua dihujung jari. Internet plak di bawah kawalan MIS. MEmang seronok tau. Masa ni sibuk ngan zaman2 friendster. Ramai bertemu jodoh di sini. Dan masa ni gak aku mula join gathering bebudak forum. Dari alam maya terus ke alam realiti. Sekarang ramai yang dah beranak pinak sesama sendiri.


Selepas zaman Friendster, berpindah plak ke zaman Myspace. Tapi aku kureng skit ngan Myspace ni sebab aku rasa semak la. Pastu ngan Fotopages la. Ini zaman yang aku lalui lah. Orang lain aku x tau. 


And 3 tahun lepas kita mula disogokkan plak dengan Muka buku aka Facebook. Yang ni memang tak boleh nak cakap apa la kan. Budak kecik, makcik pakcik dan nenek datuk pun ada FB. Mula2 aku buat FB ni sebab nak main game je. Game tikus and tanam2. Pengaruh dari rakan2 sebaya kat opis ni. Pengaruh dari boss yang dok kat bahagian depan tu. Jap2 datang meja aku citer baper dah cheese yang dia dapat. Sebab nama pun boss, aku layan ler.


Lepas tu makin lama makin ramai orang yang ada FB. La ni.. kat FB tu siap ada group family lagi. Apa2 hal boleh update and bincang kat situ, Kira latest news semua kaum kerabat tau. Tapi disebabkan kaum kerabat aku semua ok, kira takder masalah la kan.. :)


Nak lagi best, kat sini juga lah jumpa kawan lama masa tadika dulu, long2 lost BFF 20 tahun dulu, ex bf, musuh lama and etc. Masa ni la ader yang berubag 100%. Ader yang dulu memang calon menantu pilihan..tapi la ni memang kontra gila. Ader yang dulu, budak paling nakal kat sekolah, tapi skang nampak macam calon ibu mi/bapa mithali.


Ye..itulah dunia internet..dunia di hujung jari :)




“Entri ini ditulis untuk cabaran #2 iPad MySuperKid yang direviu oleh  Group B juri  Nor Haryati Yahaya   dan ditaja oleh Hafiy Dot Com

Cabaran iPad MySuperKids #5

Ooo..saya sangat rajin arini. Ehh..bukan..!

Arini aku kena jaga kedai sorang2. Boss cuti, partner pun cuti. Ramai yang cuti. So, memang takder problem. Kalau ada pun kecik2 jek. Macam pc x boleh on, nak cari keyboard ganti la dan seangkatan dengannya.

Ok.. untuk cabaran no 5 plak pasal PAKAIAN?

Fikir punya fikir, mestilah nak cerita yang related dengan diri sendiri and keadaan semasa diri sendiri kan.

Memula kita cerita pasal BAJU AKU DAH TAK MUAT!!!.. :(

Err..tapi tak tau nak tunjukkan muka sedih or gembira.

Sedih sebab susah nak cari baju. Asyik baju pregnant yang x berapa banyak tu. Arini pun aku gi keja pakai baju kurung. Lepas ni memang dah x boleh pakai lah, sebab tadi dah tak boleh kancing dah kain baju kurung tu. Actually aku ada baju pregnant ala2 dress yang diwarisi dari kaklong aku. Tapi tak berkenan plak nak pakai. Ala2 feminin plak rasanya..muahaha

Ada juga blouse yang memang feminin abisla. Ni pun kakak aku wakaf kat aku. Tapi memang aku x pakai lah. Nasib lah gi ofis boleh pakai tshirt dan seluar jeans. So, kurang skit tekanan bila baju dah x muat.

Yang kedua.. Masa pregnantkan Ammar dulu, benda first yang aku beli untuk dia adalah romper. Ingat lagi. Masa tu baru 4 bulan pregnant kot. Giler excited..:)

Yang kelakar, tak pandai beli. Beli saiz newborn. Memang kejap je la pakai jawabnya.

Kat bawah ni benda pertama yang aku beli untuk Ammar Hafiy







“Entri ini ditulis untuk cabaran #2 iPad MySuperKid yang direviu oleh  Group B juri  Nor Haryati Yahaya   dan ditaja oleh Bling Boutique

Cabaran iPad MySuperKids #4

Salam..

Untuk2 korang2 yang memang baca entry dalam blog ni, sure korang tau yang kitaorg baru celebrate kitaorg punya ulang tahun kedua kan?

Tapi aku x der citer pun camner kitaorg celebrate.

Sebab aper tak mau citer, sebab citer yang sedih..huhuhu.

Tapi bila cabaran no 4 ni pasal kesihatan, so aku nak citer gak lah walaupun sedih.

Bukan nak minta simpati tau, just nak bagitau apa yang rasanya semua orang dah tau betapa pentingnya KESIHATAN tu.

Ok..kita cerita ikut situasi tau.

Situasi pertama. 

Berlaku sehari sebelum hari ulang tahun. Watak utama bukan pasangan yang menyambut ulang tahun tu. Sabtu aritu kitaorg gi melawat adik aku kat PCMC. Yee..Prince Court Medical centre. Hospital yang bertaraf hotel. Excited ok bila encik usrule kata "jom gi melawat dak Kidot". Ye la, tak pernah lagi gi PCMC ni. Semua orang cakap best. So, tengahari tu kitaorg gi berempat. Adik aku yang sorang lagi tu join. 

Masa amik adik aku (Ina), dia kata Kidot mau coklat. Coklat ok! Tak padan ngan baru lepas operate appendix.  Nafsu x hingat..heheh. Tapi kitaorg ikut kan je la. Aku siap bawa lagi brownies kartika sari Bandung mari punya.

Sampai je kat sana, ok la, not bad gak hospital dia. Tak rasa macam kat hospital.

Kidot cerita dia x boleh makan. Tapi boleh order makan yang lazat2 taraf hotel. At the end, Zul (husband) dia yang makan..heehe

Yang lagi best, sabtu malam tu sepatutnya kitaorg ader gathering makan2 beramai2 di De Arab Cafe. So, terpaksalah diorg dgr cerita jek. Si Zul ok jek, sebab dia dapat makan best2 kan. Yang bengang adalah si Kidot la. Atas meja dia pun ader pelbagai coklat, tapi dia hanya dapat tengok sahaja. Tapi kitaorg takderla kejam nak makan coklat2 tu. Mau nangis dia kalau kitaorg ramai2 makan kat situ. Walaupun ada niat macam nak buat camtu..  :)

Moral of the story kat sini, kalau dah sakit tak kira la hospital berapa bintang pun ko duduk still x dapat nak menikmati kenikmatan makanan kat situ.

Situasi kedua

Hari Sabtu sebelum gi PCMC tu, encik usrule ader bagitau dia rasa macam demam. Dan aku pun takda lah fikir dia teruk sangat. Cuma masa kat PCMC tu muka dia merah. Bila on the way balik tu dia drive keta tak macam selalu. Sampai aku rasa macam nak muntah. 

Kitaorang singgah beli tapau nasi ayam. Encik usrule kata dia x larat nak makan kat kedai. Bila sampai kat rumah je, dia terus baring. So, aku suruh dia tidur dalam bilik sebab kitaorg tengah tunggu kedatangan Pakcik and makcik aku sekeluarga dari Kuantan. Nanti dia x selesa plak nak tidur sebab kitaorg kalau dah berjumpa memang sangat havoc tau.

Bila encik usrule bangun, kitaorang terus gi klinik. Balik dia makan ubat dan rest. Malam tu kitaorang semua gi makan-makan. Dia bagitau aku dia x dapat menikmati makanan yang dia makan.

Esoknya..ye..esoknya di mana hari ulang tahun kitaorang ye kengkawan. Encik usrule tanya nak gi mana? Nak hadiah apa? Aku ajak dia gi Sunway pyramid (nak ajak gi jauh-jauh) takut dia x larat. Rupa-rupanya Sunway pyramid tu pun dia tak larat..huhuhu

And kitaorg keluar nak cari lunch pukul 6 lebih!

Pastu ingat nak gi makan best-best, sekali encik usrule takder selera daaa..

Nak gi buffet..dia kata nanti dia makan skit jek..huhuu

Last-last kitaorg makan kat foodcourt Giant tu jek. Giler sedih!!

KAt situ bila2 pun boleh makan.

Tapi..mengenangkan suami yang x sihat, aku redha je la. Dia pun mungkin rasa bersalah sebab x der selera terus ajak aku gi beli kek secret recipie. Sorang satu slice. Jadila...

dan moral of the story yang sama juga, bila sakit semua yang nikmat dah tak jadi nikmat..

Sila lah jaga kesihatan..untuk anda dan orang2 di sekeliling anda.. ~wink~



Entri ini ditulis untuk cabaran #2 iPad MySuperKid yang direviu oleh  Group B juri  Nor Haryati Yahaya     dan ditaja oleh Vitamin Semulajadi

Cabaran iPad MySuperKids #3

Natural?

Apa ada dengan natural?

Kalau tanya aku sekarang, terus pop out kat otak ni mahu lahirkan Ammar Jr. secara natural?

Kalau ikutkan Pakcik Wikie, Natural Birth adalah seperti di bawah


Tapi aku lebih suka yang kat bawah ni



Masa bersalinkan Ammar, secara normal, no vakum. Semua itu rezeki. Masa yang di ambil memang x lama. Cuma..cuma aku amik gas ketawa tu (mana ader buat ketawa..heheh ). Sakit still rasa, tapi dalam keaadaan mamai la. Dan kita x fikir sgt pasal sakit.

Bila aku tanya pasal epi, nurse tu kata x sempat. SERIES!! x sempat ok. Bukaan sgt cepat. Ok..good! Aku sekadar bertanya jek..heheh

Bila dah boleh push tu, try untuk push. Letih ooo. Tapi baby x kuar2.

Sekali lagi aku buat ayat best. "doc, x boleh..x boleh push lagi..x larat" ~wink~

Sekali doc pun cakap kalau x boleh nanti kita vacuum.

Dan2 tu la laju jek aku try push..muahaha.

Kejap pastu berjaya mengeluarkan Ammar Hafiy.

Itu citer Ammar Hafiy la kan..

Citer Ammar Jr. x tau lagi.

Tapi berdoa juga la dipermudahkan macam melahirkan Ammar Hafiy.

Nak cuba senatural yang boleh. Sebab apa aku nak cuba senatural yang boleh?

Sebab bila dah sakit nak bersalin tu, memanglah tindakan and fikiran tu x seiring. Plan la cane pun. So..just berdoa for the best je la.. :)


“Entri ini ditulis untuk cabaran #2 iPad MySuperKid yang direviu oleh   Group B juri  Nor Haryati Yahaya   dan ditaja oleh Sentuhan Bayu

Thursday, December 22, 2011

Nasi Arab

Salam..

Semalam ingatkan nak buat WW, tapi x sempatla plak.

Hari ni nak citer pasal kitaorg gi makan nasi arab kat De Arab Cafe seksyen 7 Shah Alam.

Mula2 aritu bawa nenek and kak Ayu si Ammar. Cik Ina yang belanja.

Pastu, bawa plak newly wed. Adik encik usrule. Nanie dan Ejad.

And 3 minggu lepas, Ammar belanja Paklong n co, Pak ngah n co and Busu n co sempena Mummy dapat bonus.

LAgiiii..Last weekend Paklong n Co plak banje nasi Arab kat tempat yang sama sempena kedatangan Tok Chik n CO dari Kuantan.

Dan LAGIII!!!...

This Saturday, Ammar akan belanja plak TokNI, Nenda and CO (encik usrule's family) makan2 kat de Arab Cafe. (mummy sudah mau muntah bila dgr nasi arab..hehehe)

Semua kejadian di atas dalam masa sebulan lebih... :)

Nak tau kenapa kitaorg suka gi De Arab cafe??

Sila rujuk entry ini

Mari tgk gambar makan..makan..makan..dan makan lagi..

Err...penuh ngan gambar2!


Tok Chik dok main straw..dah macam Ammar plak suka main straw.


Pak ngah and Kak ain..(mangsa buli Ammar)


Paklong n Co..Paklong yang femes sebab masuk headline buletin tv3 2 hari sebelum tu


Ammar bleh tido sebab seharian kepenatan layan Tokchik n co yang datang dari Kuantan


Babah makan sambil pangku Ammar


Dah 2 kali dah, Mr bunny ikut gi makan Nasi arab. Thanks to Kak Najat ye..


Nek chik and Tokchik yang x dapat dipisahkan oleh LAMB



Mummy and Cik Ina


Mummy and Maklong





Siap tapau bawa balik lagi tu..















Ammar with Uncle ejad and Auntie Nanie







Tuesday, December 20, 2011

Pagi hening 20122004

Sedar x sedar.. sudah 7 tahun Arwah BABAH pergi meninggalkan kami sekeluarga..

Al FAtihah buat HJ Mail Bin Simon.

PS: semoga Arwah Babah ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman... Amin

2 Tahun

Syukur.. 2 tahun..and masih mengira lagi..

Moga sehingga ke akhir hayat..berdua.. dgn anak2..




Thursday, December 15, 2011

Edisi Mummy and anak yang keboringan pasal Babah kena keja on weekend!




TAB itew fave dia..Sila jgn berani2 amik dari dia.. 




Nasi Arab. Pun Fave dia gak. Makan camtu saje. Mak aku kata, Ammar ni nak makan nasi beras mahal jek..heheh


Weekend! Tapi babah kena work. Bukan sehari ye... tapi 2 hari. At d end dok umah ngan mummy je. Ciri2 kebusanan telah melanda.



Baju fave! X mau buka. Esok pagi nak pakai baju ni lagi.



Anda kenal baju itam ni? Nama tulis kat belakang. Depan? Yes dear..ur mommy is a hot blogger mummy..muahaha


Yeah!! rampasan kuasa pau coklat Mommy. Pastu dia yang nak suap sendiri kat Mummy n Babah.


Budak ni demam sebab nak tumbuh gigi taring!

Ps: Pic di atas adalah pic terkini Abang Ammar... :)

Tuesday, December 13, 2011

3rd Trimister

uwaa..macam x caya dah masuk 3rd trimister ~wink~

Latest berat adalah 58kg. Masa bersalinkan Ammar dulu 61.5kg. Aderkah??

Ammar Jr. sudah 1kg (patut pun rasa berat..heheh)

Selera skang sudah terarah pada western food. Nasi adalah sangat menjelikkan. (masa pregnant Ammar dulu, awal2 dah jelik kat nasi)

X cepat lapar.

Strech mark masih tiada.

Susu kolestrum pun x kuar lagi.

Cuma malam semalam terkena "simpul biawak?" Terkejut giler encik usrule...muahahha

Aper lagi yer..yang lain takder beza and masih sama macam pregnantkan Ammar Hafiy dulu.

Dan yang paling best..Ammar Hafiy sudah menunjukkan ciri2 kejelesannyer.

Camner la masa berpantang nanti.

Dahla encik usrule kat Shah Alam..and aku, ammar hafiy and ammar Jr. akan berada di MElaka..

Sekarang sudah rasa tak larat mau kejau Ammar Hafiy pakai pampers and baju lepas mandi.

Ammar Hafiy pun sudah pandai meragam. Aderkah jeles and mau perhatian lebih? (tapi perhatian sudah cukup banyak).

Terbaca satu blog aritu, seorang ibu ni rasa alangkah bagus kalau dia melahirkan anak kedua ketika anak pertama dia kecik. Tidak tau jeles and pukul adik baby.

Tapi..sama ajek.. Kalau anaknyer kecik..lain lah plak kerenah dia kan?..Setiap stage tu ader beza yer.

Ooo..rindu kat budak cumel, hensome and anak soleh ni la.. (err..pagi tadi nangis masa nak antar gi school)






Wednesday, December 7, 2011

WW = MAKAN??




Friday, December 2, 2011

MAcam2!

Salam..

Nak update banyak benda dalam satu entry bole??

Hehehe..kes malas..tapi ader banyak benda mau citer.

Ok..mula2 citer pasal besday my mom on 17 Nov aritu. Besday yang ke 57. Tapi Cik Leila tetap nampak muda jelita you..

Disebabkan 17 Nov tu hari Khamis, so kitaorg semua x dapat balik Melaka la kan. Tapi..disebabkan weekend tu ader kenduri adik encik usrule, maka my mom turun sini. Kitaorg pun gi celebrate satu family. Semua ade. Kami 6 beradik termasuk 4 org menantu and 11 org cucu. Meriah giler!

Domok2 (nickname Ammar) telah sponsor kek untuk nenek. Kek yang sedap. LICIN!!



Domok2 with nenek. Tak nak berenggang ngan nenek dia. Macam la nenek dia sorang...


Kek yang Domok2 sponsor (pakai duit mummy..)


Nenek potong kek

Citer seterusnyer. Kitaorg ingat nak gi bercuti la bulan ni. Ye la sebelum kena hibenate sebab dah nak masuk 7 bulan kan..better jenjalan dulu. Tapi x tau mau gi mana. Pangkor ke pD? Tapi PD? macam x best je. Pangkor best (boleh feeling2 macam zaman baru nak bercinta dulu). Takpun Cameron? errr..aku sure mabuk kalau naik Cameron tu. Any idea??

Bulan 12 ni gak, aku kena paksarela amik shutdown leave selama 4 hari. Kira shutdown leave ni CO. potong setengah hari gaji. Naper? Sebab sale agak merundum..huhuhu. Naper x tolak cuti? Sebab aku sayang cuti walaupun cuti aku taun ni x guna lagi pun..muahaha. (err..rugi sebenarnyer kalau tolak cuti).

Hari ni for the first time Ammar gi school and rela hati berjalan masuk ke school sendiri. Dengan terkedek2 tu dia masuk menonong jek. Aku bubbye pun dia x pandang. Muka memang happy. Selalu memang berdukung la..pass kat kakak2 pengasuh pun berdukung sampai masuk dalam school..heheh

Esok plak ingat mau gi Pureen WH. MAu stock up toiletries Ammar and Ammar Jr. Err..tapi x bawa Ammar. Dia akan ditinggalkan ngan Cik Ina dia. Harap2 x nangisla..

Ooo..panjang dah entry macam2 ni.. sila layan org yang x der mood mau keja. Sebab dah teringat cuti sampai Isnin depan.. ~wink~